November 21, 2007

my stamps


respon yang sering didengar '..ada masa lagi utk bende2 ni..?' tak pun '..setau saya yg suka kumpul setem ni budak sekolah je..' hmmm apa2lah..tak kisahlah apa tanggapan orang lain yang penting hobi aku tak menyusahkan orang lain hehhheh heh..

bercakap ttg hobi..rasanya semua orang ada hobi memasing..bezanya sama ada sempat atau tidak ..aku?banyak hobi..klu dulu semua benda aku suka kumpul..setem, coins, duit, even tiket bas dan tiket mana2 tempat yang aku pegi for the first time..contoh tiket bas, flight even feri atau tiket masuk kompleks sejarah ke..masuk petrosains dll...seems and sounds macam menyepah je..hehhh hehh..

tapi bagi aku itu adalah dokumentasi kehidupan...tapi apa yang aku kumpul tu takle banyak sangat dan aku tak pun register kat mana2 club yang berkaitan..hanya untuk kepuasan diri..dan terapi minda aku while aku kusut ada 2..satu aku tengok setem2 aku, kedua aku lukis peta tak kiralah peta jalan ipoh ke..peta klang ke..peta sg selangor ke..dan pada waktu itu aku rasa macam terbang sambil tengok bawah..ala2 macam eagle's view..hhe hehhh..best kan hobi aku?

November 19, 2007

kisah kecemerlangan di usia muda

..alhamdulillah rakyat malaysia semakin pandai..itu ayat pertama keluar dari benak aku apabila berita ttg ramainya pelajar yang dapat 5A dalam UPSR. Bila difikirkan kalau dulu..lebih kurang 15 tahun dulu..berita-berita kecemerlangan ini adalah satu yang sangat istimewa..apatah lagi kalau yang dapat tu berasal dari ceruk desa yang kurang serba-serbi..bila fikir lagi kalau dulu sudah tentu yg dapat 4A atau 5A akan berpeluang pergi ke SBP atau mana-mana sekolah yang bagus..keluar dari kepompong desa, kenali dunia dan persekitaran baru dengan kemudahan yang lebih terurus seterusnya mengekalkan kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi..

terfikir pula sekarang..berpuluh ribu yang peroleh 5A..dan tempat di SBP hanya 6,000 khabarnya..terfikir lagi zaman sekarang segalanya mudah dan cepat dengan ledakan teknologi maklumat(terkecuali bagi yang betul2 terperosok di hujung rimba)..warga pendidik juga bukan kepalang input dan pakej mereka..sekolah yang serba indah dengan pelbagai anugerah...terasa seperti istimewa itu makin hilang sengatnya..yang pandai itu makin ramai..bila difikir2kan lagi..adakah dengan ketinggian akal dan akademik maka aras ketinggian budi dan jatidiri sebagai umat manusia juga tinggi di kalangan cerdik pandai muda ini?