November 23, 2010

syurga di hati bonda

kehadiran november bagi aku dan suami adalah keraian ke atas kehadiran buah2 hati kami..alhamdulillah!4 tahun dahulu..6 november 2006..amar lahir sebagai putera sulung dan disusuli iman 2 tahun kemudian pada tarikh 5 november 2008..

bagi kami berdua..hari kelahiran anak2 tidaklah perlu besar2an..tidaklah wajib megah2an..tidaklah hadiah mahal2an..memadai kami untuk menghargai anugerah cinta ini dengan kesyukuran yg tiada berbatasan..saling tahniah dan berterima kasih atas kesediaan, kesetiaan mencurah kasih sayang yang telah Dia titipkan..

doa kami..mereka yang Dia titipkan ini..kekal dalam perhatian 'amar' Dia Yang Maha Ghafar..hidup dan mati dalam kelangsungan 'iman' Dia Yang Maha Rahman..amiin..


September 28, 2010

Inspirasi II




Nurul Iman


Rindu kekasih yang syahdu nian

bertemankan kau di kamar hati

nurul iman oh dikau penyeri

kegelapan di kala mencari


Gemersik alunan cinta berputik

mengharap persimpangan idaman hati

memenuhi fitrah insan sejati

keayuan anugerah Ilahi


Nama yang terukir di pohonan suci

bernaung sebuah keikhlasan

engkau tersenyum ceria ku keharuan

dan bersemi cinta selama-lamanya


Dia milik insan yang mendamba kebahagiaan

sebelum sesudahnya tercapai impian murni

kekasih hati cinta yang diredhai

ucapkanlah kalimah yang ku rindu

September 07, 2010

CD Iman


Rutin harian kini :
i) mencuci dan membersihkan CD
ii) menggantung dan mengeringkan CD di jeriji tingkap
iii) berwaspada dengan basah keringnya anak
setakat ini, Iman dah ada 10 pasang CD.alhamdulillah berbaloi!meskipun harga per unit agak mahal tetapi kos jangka panjang (termasuk risiko jangka panjang) adalah lebih jimat dan selamat berbanding lampin pakai buang.
Iman hampir menjangkau 2 tahun dengan keletah yang lebih cepat berbanding Amar..cepat menyatakan resah dan rasa basah!CD ini pasti bakal diwariskan kepada adiknya kelak..yang bakal menjenguk dunia awal tahun depan..insya Allah.

August 30, 2010

Inspirasi I


..dari sebelum kahwin hinggalah sekarang..ketabahan dan kekuatan wanita ini menjadi inspirasi..


walau diri tak sebaris dengan Sumaiyah..keteguhan iman dan kekuatan hatinya segar menjadi qudwah dalam hati..lantas ...menjadi Ummu Amar memadai sebagai inspirasi kekuatannya..



Sumaiyah


Dalam diri selembut sutera
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
Dibelenggu jahiliah kau tempuh dgn berani
Walaupun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
Ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa berkorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada yang bernyawa
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh di dunia sementara
Untuk hidup di dunia yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

July 15, 2010

Sang Pencinta


Sunan dizahirkan kelemahan manusiawinya..Datuk Laksamana Hang Tuah di'muncul'kan sebagai keakuran pada kependekarannya..dan juga pengimbang kekuatan alam Melayu pada zamannya..Puteri Gunung Ledang dijelmakan iras2 sang pencinta pada teater teraju Tiara Jacque..dan sebagai seorang yang menggemari telusuran sejarah; perjalanan Sunan dan Catalina seolah2 turut membawa hati ke daerah berdaulat..hmm..benarkah naga itu ada di Hulu Melaka..jajahan Ujung Tanah dan Rembau juga penghias latar cereka...aduh!kali ini penangan watak Sunan lebih realistik berbanding trilogi sebelum ini..dan aku masih terpana pada 'Cinta Sufi'...
~ dipetik dari : catatan harian
~Julai 2010

May 25, 2010

smart smarties...


what is this?..'lampu stadium shah alam..' ?amar..amar...




then..'it's triangle ummi..' heheheh




smarties becomes..?

...seronok tengok telatah anak2..seronok jugak membuat telahan apa yg dia fikirkan..paling best once amar buat bentuk empat segi tepat..ingatkan dia nak jawab 'rectangle' bleh plak jawapannya..'lampu stadium shah alam..'

March 09, 2010

yang bijak dan yang terpijak

Peluang seperti ini jarang aku lalui, mungkin dalam 2 bulan adalah sekali. Bila melalui selusur berlandasan ini, pasti pandangan aku tertangkap pada belukar2 tinggalan di mana asalnya mungkin tanah warisan. ..(?) Abdullah Hukum, Pantai Dalam, Dato’ Harun tak ketinggalan Batu 3..nama-nama yang berjiwa melayu pastinya…opsss tak ketinggalan Seri Setia..(bukan ke dulu tempat ni namanya Sungei Way..err tiba2 hari ini nama itu seolah lenyap..x sekomersial SUNWAY kan?)

Entah kenapa, ada persoalan dlm hati bila melalui kawasan2 itu..ada cerita yg seolah tak tersuara..rasanya bukan sedikit saudara sebangsa yang berkongsi bahasa dulu berada dan beraja di tanah situ dan tanah sana..

Petempatan ibarat desa diganti cerucuk2 moden berbatu-bata..dan jangan lupa..ia berhakmilik strata kebanyakannya..tambahan ciri, selalunya berdekatan loji kumbahan dan tanah lombong yang ditimbus berlapis-lapis..x pun berdekatan dengan kawasan perindustrian di mana hidung dan deria lali dengan segala ‘kelebihan’. Rasa sesal dan kasihan..kenapa begitu susah untuk menggalas payah? Kalau generasi berpangkat datuk atau moyang kita berhempas pulas meneroka dan melebar selesa anak cucu..generasi pewaris separuh sedar dan separuh tak endah..apatah pula dengan generasi ketiga..dan seterusnya..siapa yang bijak dan siapa yang terpijak..

Aku sendiri x dapat berkonklusi..cumanya pemerhatian aku dalam tempoh 40 minit perjalanan ini masih bersisakan beberapa persoalan (dan mungkin ada unsur kekesalan?) :

1. dulu seusia aku 6 ke 7 tahun pernah aku dan beberapa abang saudara berlegar, bermain dan berlari di Kg Dato’ Harun..tapi di mana kawasan itu sekarang?

2. perjalanan di lebuhraya persekutuan, zmn2 awal persekolahan dan pengajian mata aku selalu tertumpu pada kawasan perkampungan di atas bukit di tepi kilang gula..sekarang..kawasan tu dah jadi apartment bertingkat2..(yg peliknya..kuil berhampiran situ makin besar lingkup pagarnya..?)

3. dulu..aku pernah tengok cerita melayu bertajuk ‘setinggan’ tiba2 cerita itu terimbas..hmmpphh

4. seawal usia aku 11 tahun aku teringat aku ada membaca buku karangan Hatta Azad Khan berupa skrip dan cerita tentang karyanya Syyyhh (Kg Seri Wangi)..aku terpikir semula perkembangan dan sorotan siri itu..dari Kg Seri Wangi menjadi Pi Mai Pi Mai Tang Tu..?hmmm

~ ainzaiha ~
~ Catatan: dalam komuter (08/03/2010)