September 07, 2010

CD Iman


Rutin harian kini :
i) mencuci dan membersihkan CD
ii) menggantung dan mengeringkan CD di jeriji tingkap
iii) berwaspada dengan basah keringnya anak
setakat ini, Iman dah ada 10 pasang CD.alhamdulillah berbaloi!meskipun harga per unit agak mahal tetapi kos jangka panjang (termasuk risiko jangka panjang) adalah lebih jimat dan selamat berbanding lampin pakai buang.
Iman hampir menjangkau 2 tahun dengan keletah yang lebih cepat berbanding Amar..cepat menyatakan resah dan rasa basah!CD ini pasti bakal diwariskan kepada adiknya kelak..yang bakal menjenguk dunia awal tahun depan..insya Allah.