Berilah peluang untuk meluah bahagia. Usah cemburu pada mereka yang melahirkan rasa bahagia. Kadangkala ia mungkin penutup luka atau mungkin juga kesan redha yang ikhlas keranaNya. Ketahuilah, mereka yang menzahirkan bahagia itu ada kalanya sudah jemu meratib derita. Meskipun bahagia dirasa sedetik cuma, baginya ia mungkin nikmat rahmat sepanjang usia. Justeru, dia tidak jemu-jemu menyatakan bahagianya.
Ketahuilah, mereka yang menzahirkan betapa dia bahagia tergolong mungkin mereka yang insaf keberadaan fana. Tidak perlu membazir-bazir masa dan ruang. Hidup ini singkat, juga tidak terjangka. Hargai apa di tangan sebaiknya. Ia telah datang dan mungkin tidak berulang. Maka, benarkan bahagia itu menghiasi ruang senyumnya.
Bahagia..berbeza-beza aturannya
Bahagia..berbeza-beza nilaiannya..
November 12, 2011
November 11, 2011
Untuk Permata Hati~catatan 11.11.11
buku untuk Iman |
Untuk ulangtahun kelahiran tahun ini, kami hadiahkan buku-buku cerita untuk Amar dan Iman. Diari ulangtahun kali ini sangat menarik. Iman menjangkau 3 tahun pada 05.11.2011 bersamaan 09 Zulhijjah 1432 (Hari Wukuf) dan ulangtahun ke 5 Amar disambut dengan takbir Aidiladha pada 06.11.2011.
Oh..sudah pasti pencerita setia dan pembaca utama buku-buku ini..Ummi..! Dengan suara dan mimik berbeza-beza..:)
Hadiah sampingan pun ada..set golf mainan!catatan berkenaan golf mainan di entri akan datang..:)..mencabar kesabaran hati dan kelenguhan kaki..!
milik Amar |
November 10, 2011
Senyum
Senyumlah...meskipun hati sedang berduka
senyumlah...meskipun hati terus-terusan diluka
senyumlah...kerana pahit itu hilang dek sakti manisnya
Senyumlah...kerana segala-galanya ujian dan tanda kasih Tuhan yang tidak bertepian
senyumlah...kerana mungkin segarit senyuman itu bisa mengubat lara sepanjang usia
senyumlah...kerana mungkin ia bisa melentur kerasnya sombong dan ego didada
senyumlah...kerana mungkin ia bisa menyiram jiwa yang ketandusan
Senyumlah...ia tidak memerlukan apa-apa bayaran
senyumlah...tak perlu kata apa-apa