June 01, 2013

Walimah 0106


Pelamin Penuh

Diari cuti sekolah memang tak lari dengan acara 'menghadiri majlis perkahwinan', sana kahwin, sini nikah, sana bertunang, sini dipinang. Tengahari di kenduri sana, malam di kenduri sini, besok pula lain pula petanya.

Hujung minggu kali ini kami memenuhi jemputan bekas rakan sepejabat suami, Abu namanya. Majlis walimah Abu diadakan di Taman Tasik Keramat, betul-betul bertentangan Stesyen LRT Jelatek. Saya tak pernah perasan kewujudan taman tasik ini sebelum ini. Meskipun saya pernah berulang-alik dari Desa Pandan ke Gombak suatu waktu dahulu, saya memang tidak pernah tahu taman ini pernah ada. Maka ketika suami menyatakan lokasi majlis, saya sedikit keliru. 'Ada ke tasik di situ?'. Bila sampai, memang adalah!

Kami sampai sebelum pengantin sampai, tetamu pun belum ramai sangat. Alhamdulillah, jamuannya menyelerakan, suasana pun menyenangkan. Pasangan pengantin tiba dengan persalinan yang cantik pada pandangan saya. Ringkas dan comel!

Pengantin Comel di Taman Tasik

Usai makan, anak-anak ajak main di taman permainan berdekatan. Kami terpaksa menolak sebab suami ada agenda lain untuk anak-anak selepas majlis ini. Suami faham, anak-anak merungut tidak ke mana-mana cuti sekolah ini, maka masa yang ada di hujung minggu cuba untuk di'kualiti'kan.

Ok. Entri lain akan menyusul, Selamat Pengantin Baru Abu dan isteri (lupa pula nama isterinya yang comel).

May 28, 2013

Jom Baca Kombo

Edisi Jun, Mei dan April 2013

Gambar di atas, majalah Pa n Ma untuk 3 bulan yang saya ingin ulang belek, Saya selalunya baca majalah ini dengan anak-anak. Mereka suka tengok gambar bayi dan kanak-kanak. Kata Rayyan, 'ini kawan Adik...comel macam Adik kan Ummi?.'

Edisi Jun, edisi Hari Bapa. Menariknya edisi kali ini di ruangan Papa Pilihan, 3 orang figura Islamik ditampilkan untuk berkongsi tips dan rahsia mereka mendidik anak-anak. 3 Papa Hebat itu adalah Ustaz Muhammad Abdullah, Erwan Muhibbain dan Imam Muda Jabbar. Suka baca pengalaman dan perkongsian mereka. 
 
Bulan Jun ini juga bulan kelahiran suami saya. Anak-anak terutamanya Iman sibuk menghitung hari lahir abah :).

Iman in Action

Celah kayu
 Anak dara saya yang seorang ini, suka bergambar. Kadang-kadang sambil bergambar sambil berlakon, siap ada ceritanya. Bila bergambar di celahan kayu, dia kata 'Iman masuk forest, jumpa Bambi..'

Gaya merajuk
 Bila buat gaya merajuk, Iman kata 'Iman macam muka tunggu abah balik work'.

Tepi sangkar
 Bila tepi sangkar burung, Iman buat kisah sendiri..'Nama burung tu kan..' dan disambung dengan cerita rekaannya.

Train Trip

Bila jalan-jalan naik tren, mula dia buka mulut nampak itu ini, padahal tengok gambar je..
Iman...oh Iman..buah hati abah dan ummi.

Walimah 2505-Farid Ramli

 
25.05.2013- Majlis Walimah anak sepupu saya , Farid. Menetap di Pasir Panjang, Sekinchan, Farid merupakan anak sulung kepada abang saudara saya Ramli dan isterinya Ramlah (nama pun dah berjodoh) yang rapat dengan saya sejak kecil lagi.
 
Abg Ali dan keluarganya.

Saya letakkan momen ini dalam entri kali ini sebagai tanda ingatan saya buat abg Ali dan keluarga, juga sebagai tanda kenangan 'program cuti sekolah' :).
Tahniah Farid dan isteri. Selepas ini adik-adik pula menyusul ye!

Hadiah AlHijrah

Alhamdulillah, pagi tadi saya sudah terima cenderahati dari TV AlHijrah untuk kuiz Telejumaat 'Saadiyat' yang saya menangi April lepas. Lama juga saya tunggu, hampir sebulan setengah barulah bungkusan ini saya terima melalui Poslaju.

Saya seronok sebab 'suka-suka' saya ada pula hasilnya.
 
Set Cenderahati Al Hijrah