Bismillah..Alhamdulillah..sudah seminggu kami ber'gelanggang' di Bazar Ramadhan. Seronok..pada asasnya kami berniat untuk mengetengahkan ayam bakar resepi keluarga ini, atas dasar itu kami tidak peduli bila ada yang sinis berkata 'dah bergaji tetap..elok2 kerja, kenapa pulak nak susah-susah berniaga'..tak pun..' tak cukup senang lagi ke?'..Allahurabbana..jauhkan..jauhkan prasangka dan bait-bait negatif itu melintas bersimpang siur ye..:)
Tujuan dan niat kami..pertama ;kami nak ketengahkan resepi dan air tangan yang abah wariskan kepada kami untuk sama-sama dinikmati juga oleh orang lain. Kami memang suka makan, tidaklah kisah sangat kalau membayar untuk sesetengah hidangan yang mampu kami perolehi dan berbaloi dengan rasanya, apatah lagi bila ia dimasak oleh orang-orang tempatan. Air tangan tempatan..:)
Kedua ; kami sudah berada di 'tempat sendiri'. Daerah kami..daerah datuk nenek moyang kami. Alangkah ruginya andai kami tidak beraja di tanah sendiri. Betul, saya jemu dan kasar katanya 'meluat' bilamana makanan, minuman, hinggakan barang runcit dijual, diurus, dijana oleh orang-orang luar..pendatang tanpa izin, dengan izin segala izin. Justeru, kami gunakan kelebihan 'berada di tempat sendiri' ini dengan cuba menghidangkan sesuatu yang halal, bagus, bersih, sedap dan berbaloi untuk saudara senegara dan yang paling penting seagama. Cuba tengok kiri kanan..tidak kiralah gerai, kedai mana, kadangkala terasa bukan di negara sendiri bilamana duit kita tersalur pada orang luar. Bilamana wang yang kita perolehi untuk sara keluarga dihulur pula kepada minah-minah Indon, Myanmar dan lain-lain.
Ketiga ; kami cuba perkenalkan konsep mandiri kepada anak-anak. Cuba untuk membuka minda mereka seawal usia, untuk melakukan sesuatu dengan rasa 'bebas' di hati. Tidak berada dalam lingkungan selesa sahaja, malah mendedahkan juga kepada mereka dengan kepelbagaian kemampuan manusia. Ada yang senang, ada yang susah. Ada yang hidup mudah..ada juga yang sering merintih payah.
Keempat..kelima...banyak lagi sebenarnya...
Ada kesempatan saya catatkan lagi, ada ruang saya kongsikan lagi. Nanti..:)
July 20, 2013
July 14, 2013
Diari Projek Ramadhan-Pengalaman Pertama
Bismillah..Alhamdulillah..
Semalam, pertama kali saya dan keluarga kecil saya berniaga di Pasar Ramadhan..:). Ini projek keluarga yang kami tag sebagai Projek Usahawan Muda. Suami sangat minat berniaga dan saya sangat mendokong kesungguhannya. Anak-anak pula memang suka tengok orang berniaga dan Amar suka sangat karakter Mail dalam Upin Ipin.
Kami jual ayam bakar, resepi istimewa dari bapa mertua. Sebenarnya saya bukan penggemar ayam, tetapi ayam bakar hasil tangan bapa mertua tidak pernah mengecewakan 'peminat' ayam dan dapat 'memikat' bukan penggemar ayam macam saya.
Saya dan keluarga pernah 'perkenalkan' penangan ayam bakar abah ketika Majlis Kesyukuran pada November lepas. Alhamdulillah, rata-rata tetamu memuji dan berasa puas dengan hidangan ayam bakar kami masa itu. Sebagaimana kami rasakan sedapnya ayam bakar abah, begitu juga yang cuba kami sediakan untuk orang lain.
Ok, berbalik pada cerita semalam. Kami mula dengan 12 ekor ayam bersaiz sederhana besar, bukan saiz ayam Ayamas :). Ramuan, ayam, khemah, kelengkapan..semuanya saya dan suami sediakan sendiri. Kami tak buka masa 1 Ramadhan, beri peluang pada diri sendiri meraikan kehadiran penghulu bulan dengan tenang dan rasa selesa. Tapak kami kosong hinggalah hari semalam.
Cabaran di hari pertama kami, hujan dan ribut. Kanopi kami yang baru dipasang hampir terbang dan penyambungnya patah, tidak boleh berdiri. Hujan pula sangat lebat, saya bisik pada suami..'teruskan bang..hujan ini rahmat, sejuk-sejuk begini orang cari yang panas-panas..'. Mahu tidak mahu, kami berkejar ke stor berhampiran cari dan beli kanopi baru.
Alhamdulillah dalam kepayahan kanopi asal yang patah, dirikan khemah baru di tengah-tengah hujan lebat..akhirnya gerai kami tegak juga. Kami mulakan jualan lambat, dalam serba baru (diri sendiri) dan malu-malu pada mulanya. Mak dan adik-adik saya datang. Hati saya semakin kuat, jiwa saya sudah tersenyum. 'Mental kena kuat..mental kena kuat!' bisik saya pada diri sendiri.
Seorang..dua orang..tiga orang...Alhamdulillah ayam bakar kami dibeli orang! Paling tak menang tangan bila suami berpergian sebentar untuk solat Asar, sebab dia yang mahir potong ayam dan semestinya dia kuat daripada saya. Kala itu juga, orang beratur, Allahurabbana..menggigil jugalah untuk first timer seperti saya.
Menjelang pukul 7.10 malam, ayam kami habis terjual..syukur! Hari pertama untuk kami, pengalaman pertama untuk saya. Ketika maghrib, hujan masih belum berhenti. Pertama kali jugalah kami anak-beranak berbuka bawah khemah gerai sendiri di bulan Ramadhan. Ketika itu tak fikir nasi..tak fikir makan berat-berat. Kurma dan air...air..air.. :).
Usai kemaskan kelengkapan, kami pulang dengan rasa sangat bersyukur dan puas. Saya dan suami sifatkan pengalaman ini sebagai hadiah ulangtahun pernikahan kami..:). Perkongsian kasih kami 8 tahun menyediakan pelbagai ruang dan peluang untuk menikmati kasih Allah seluas-luasnya. Pengalaman berniaga ini juga kami sifatkan antara hadiah termahal Allah untuk kami, perkongsian rasa berdebar-debar, rasa ingin mencuba sesuatu yang berbeza. Sebenarnya cabaran dan dugaan itu sangat manis..manis teramat bila kita 'set'kan ia sebagai kasih sayang Dia yang tak pernah bertepi.
Baiklah..saya dan suami ketika ini sedang bersedia pula untuk ber'gelanggang' lagi di Pasar Ramadhan. Usai sahur sementara suami dan Amar ke surau, saya sudah 'settle'kan diri sendiri dan kerja-kerja rumah.
Masa untuk menyingsing lengan baju!Doakan kami :)