Awal pagi dan sahur tadi dikejutkan dengan berita tragedi. Belum lagi reda kesedihan rakyat Malaysia akan hilangnya MH 370, kita dikejutkan pula dengan berita terhempasnya pesawat MH 17 di Timur Ukraine berhampiran Rusia.
Ujian mahupun peringatan langsung dari Maha Pencipta, kita harus akur dengan fitrah manusia sebagai hamba. Entah bagaimana pengakhiran hidup kita, entah di bumi mana kita bakal berkubur. Tiada siapa pernah menyangka pesawat komersial yang membawa penumpang dan anak kapal terhempas kerana dikatakan ditembak di persempadanan negara yang berkrisis.
Jujur, sebagai Muslim saya sedang sedih. Tragedi di Gaza, Syria dan saudara-saudara Muslim lain yang bertalu-talu diuji dan dinafikan hak kemanusiaan mereka, timbul pula tragedi yang menimpa pesawat negara. Ini menambah lagi sebak yang tidak terungkap.
Benar, di sisi Allah ada perancangan yang sentiasa dalam rahsia-Nya. Di sisi kita sebagai hamba, carilah reda hakiki-Nya agar kita dapat membaca segala 'situasi' yang Dia takdirkan sebagai penguat keimanan, juga jalan menjadi Muslim Mukmin yang lebih baik dari hari ke hari.
Ramadhan Kareem WaLlahu Akram!