oh mengapa semua ini terjadi
kehancuran wanita akhir zaman
akhlaknya kini dipandang hina
maruah tiada terbela
anak gadis menjadi bahan mainan
hawa nafsu serakah insan durjana
apalah daya dirimu wanita
akhirnya batinmu tersiksa
pilunya rasa di dalam jiwa
hidupmu diselubungi duka
jalan yang disangka membawa bahagia
derita menanti di sana
c/o
sedarlah oh wanita
dirimu amatlah berharga
pertahankan maruah
tinggalkan lembah hina
kembalilah pada Allah
carilah keredhaanNya
masih ada kesempatan masa
sebelum kau menemuinya
lagu nasyid ini adalah nasyid kebanggaan Soutul Mujahideen KISAS, juga antara nasyid yang saya gemar nyanyikan sehingga kini..maaf soutul sekiranya ada lirik yang tak tepat..catatan ini dari memori yang masih bersisa, kaset soutul entah ke mana..catatan liriknya juga sudah tiada..
ketika matrikulasi di MIT Penang, saya dan kawan-kawan matrikulasi bawa nasyid ini dalam Pertandingan Nasyid oleh USM..dapat tempat kedua..:)..paling mencabar part tarik masa korus..lagu ini asalnya dicipta untuk dinyanyikan oleh lelaki pada nada yang agak tinggi..bila perempuan yang membawanya maka key tinggi perlu dibawa berhati-hati..kenangan..kenangan..
*
entri ini entri ke 100..saya dedikasikan entri ini untuk kawan2 Soutul Mujahideen dan Soutul Mujahidah, KISAS SPM 96 dan sahabat2 di Pusat Matrikulasi UKM dan USM-Mutiara Institute of Technology Penang 97
jiwangla izah.sapa penyanyi asal dia ek?ustaz arif 5/6kan?
ReplyDeletekak, rindunye kat akak.... :(
ReplyDeleteizah, kalau dengar betul2 dan hayati liriknya, mmg boleh menitik ayer mata kan :)
ReplyDeleteaida..aku x ingat sapa yang bawa,tp rasanya original from btch atas kita
ReplyDeletesafi sufi..akak pun rindu sgt kat ko..peluk cium akak utk anak2..:)
wan..betul..paling sedey part chorus..sian manusia2 zmn edan ini!
lupa dah izah. tapi aku ingat masa audition ko nak tergelak masa aku nyanyi tang korusnya tau! :d
ReplyDeletetet!hehehe..zana..cam best je kan kita reramai berjubah maroon
ReplyDelete