Pada suatu masa dahulu..sekitar tahun 1990-1991..
- Kami anak Selangor yang bersekolah pagi dan petang..istilahnya sekolah mengaji..tiap hari Rabu..kami sekolah petang sekerat (sudahlah separuh hari..sekerat lagi!). Waktu ini juga..siri Moero Attack bersiaran..pukul 4.00 petang setiap hari Rabu dan Khamis.
- Masing-masing bersemangat bola tampar..plastik berbungkus2, suratkhabar berlapik2 pun boleh jadi bola tampar. Piring terbang, somersault berpusing..teknik-teknik itu jadi sebutan dan jadi ikutan. Kadangkala sanggup mencipta pelbagai alasan untuk tidak mengaji. Hatta lagu tema Moero Attack pun dihafal...biarpun bahasa Jepun,hentam saja asalkan berbunyi. Seorang nak jadi Chun..seorang Yojia..:)..tapi sehingga sekarang tak faham fungsi orang berjubah misteri yang merisaukan Chun dan Yojia..siapa dia sebenarnya..
- Kalau nak diikutkan..cerita ini biasa-biasa saja...tapi cerita dan kenangan disebalik ceritanya yang masih menggamit jiwa..:)
hehehe...kak baya pun gila taasub dgn meoro attack ni. sampai sanggup mcuba utk join team bola tmpaq sekolah walaupun hakikatnya kaki bangku tak pnh main sukan apa pun. hhihihihihi...tak terpilih pun.
ReplyDeletegelombang piring terbang..hehhhe..:)
ReplyDelete