Gambar di atas telah berusia 17 tahun (2011-1994). Gambar ketika kami ambil keputusan PMR 1994. Kami..kelahiran 1979 adalah generasi kedua PMR dan sebagai pelajar SMKA kami ambil 9 matapelajaran berbanding 8 untuk pelajar aliran biasa.
Ingat lagi, batch 5 SMKASL adalah batch yang pihak sekolah sifatkan sebagai batch 'baik' ketika itu. Satu-satunya batch yang tiada aktiviti selepas peperiksaan, satu-satunya batch yang di'cabar' untuk berikan keputusan cemerlang dalam PMR seiring ke'cemerlang'an kami dalam mengemudi kenakalan remaja. Batch sebelum kami, tiada yang mendapat 9A..maka kami dicabar untuk merealisasikan keputusan 9A dengan janji tiket/ percutian ke Medan atau Langkawi...ialah kami batch 'baik' kan?
Siapa sangka...6 orang daripada kami mendapat 9A dan 4 orang dengan keputusan 8A 1B dan ramai yang lain dengan keputusan 7A..sila lihat nama-nama kami di dinding Dewan SMKASL..:)..dan janji itu? Tiket percutian kami digantikan haluannya ke Kelantan bersama 2 orang guru pengiring. 6 orang B5J5 (Hamidi, Helmy, AzamMdDin, Khairi, Farahiyah dan saya) diterbangkan khusus ke Kelantan untuk ganjaran itu bersama Ustaz Hadi dan Puan Shor.
Bagi saya, 9A itu bukan saja kecemerlangan peribadi, ia juga kemenangan batch kami. Kekecewaan kami dengan ketiadaan aktiviti selepas PMR ditebus dengan keputusan ini. Ini bukan dendam tapi ia adalah sebuah azam..:)
Midi, Helmy dan Azam |
Besok 22 Disember 2011, calon PMR 2011 boleh mengambil keputusan PMR masing-masing di sekolah selepas jam 10.00 pagi. Tahniah dan terima kasih para pendidik, terima kasih tak terhingga di atas jasa dan penat lelah kalian mendidik anak bangsa.
Alamak... Tengok gambo lama ni teringat la geng2 masa tingkatan 4 & 5 tu.... Huuhuhuh.....
ReplyDeletegeng2 species terutamanya..hehehe
ReplyDelete