Baru-baru ini kami berpeluang mengikuti rombongan peminangan sepupu ke Sabak Bernam. Saya suka perjalanan itu, meskipun jalannya lebih luas dan lebih selesa berbanding dahulu tetapi laluan Kuala Selangor ke Sabak Bernam bagi saya adalah laluan yang penuh kenangan; manis, pahit, indah, mentah..:).
Sejurus melepasi jambatan Kuala Selangor, terbayang betapa 'jauh'nya rasa perjalanan pergi balik ke asrama dahulu. Merentasi Tanjung Karang dan Sekinchan membuatkan saya terimbau betapa penatnya badan menahan hentakan bas berwarna merah putih tanpa aircond hampir 20 tahun dahulu. Pastinya sawah padi di kanan jalan dan lorong-lorong kecil beratap pohon-pohon kelapa di bahu kiri menggamit kemanisan zaman belasan tahun itu..aduhai! Seterusnya melalui Pasir Panjang, Sg. Nibong..dan pastinya SIMPANG LIMA!Teringat lagi, saya akan sentiasa berawas untuk menekan loceng ketika selekoh di Simpang 5 tampak kelihatan. Belumpun peluh turunnaik bas bersisa, saya bakal berpeluh lagi dengan berjalan kaki ke bangunan asrama tercinta...(boleh tahan gigih ye!).
Daerah ini pernah menjadi 'taman ilmu' untuk saya suatu ketika dahulu dan sewajarnya ia menjadi kenangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan sepanjang hayat. Sementara perjalanan menuju ke Sabak Bernam, saya masih mengutip sisa-sisa ingatan 'perjalanan outing' dahulukala, seronok menunggu bas di tengah-tengah panas..tambang 70 sen kalau tak silap. Ketika itu, barulah saya mengenali nama-nama Sg Haji Dorani, Sg Limau, Pancang Bedena, BNO dan tak lupa Sg Air Tawar.
Usai urusan peminangan, kami singgah di rumah saudara di Taman Kenangan, melepas lelah seketika. Ketika perjalanan pulang ke rumah, saya lahirkan hasrat untuk menjenguk sekolah tersayang. Saya selusur semula laluan 'outing', juga tersenyum sendirian bila melalui kawasan kebun di mana saya dan kawan-kawan pernah rentasi dulu..seterusnya laluan merentas desa..dan akhirnya di hadapan pintu pagar utama..dengan bangganya 'inilah sekolah Ummi, sekolah aunty Dila..sekolah acik Laili....'...:)..SMKASL.
perasan tak masa Petronas Sungai Haji Dorani? rumah abah saya betul2 berhadapan dgn Petronas :)
ReplyDeleteSaye pulak terasa bergenang....
ReplyDeleteNaik bas loncat la paling feel utk yg mghala ke kl/klang,pitstop kuala sgor pekena rojak,hehe...
ReplyDeletelaili...kiri kanan mata sy melilau
ReplyDeleteella..jln itu juga laluan kenanganmu kan?
mat..bukan port tukar baju ke?