January 17, 2013

1000 daya?


Urusan mencuci dan mensucikan najis anak-anak antara keutamaan dan ke’segera’an dalam aspek pengurusan daya di rumah. Sering sahaja ada yang bertanyakan ‘tak susah ke saya memakaikan anak dengan lampin kain moden (CD)?’. Jawapan saya, ‘hendak seribu daya’.

Zaman berubah, teknologi berkembang. Bagi kami, penggunaan CD untuk Iman satu ketika dulu dan Rayyan buat masa sekarang bukan sekadar mesra alam tapi juga men’cuci’ hati. Anak kencing..anak berak..itu normal. Cuci tempat, cuci anggota itu sudah pasti. Sambil cuci kekotoran sebegitu, sekaligus kita mendidik hati dan men’cuci’ jiwa-jiwa takbur, ‘ujub dan lain-lain sifat ‘busuk’ dalam hati.

Bila ada najis pada CD..buang dan pamkan sahaja di tandas, bersihkan saja CD yang berkenaan, alirkan air secukupnya..kemudian ‘serahkan’ kepada mesin basuh. Cukup masa ia akan selesai sendiri, sidai! Lampin kain moden tak perlukan seluar getah macam zaman kita kecil dulu, rata-rata kita menggunakan mesin basuh dan sudah tentu cepat kering. Tak susah..

Hendak seribu daya..kan?

No comments:

Post a Comment