K.I.M... K.I.K ....K.I.S.A.S
Kolej Islam Sultan Alam Shah
Harum namanya semerbak mewangi
Terbangun di atas penderitaan
Kesulitan dan pengorbanan
Besar jasanya pada diri kita
Anak didik bumi wakafan
Bumi wakafan bumi ukhuwwah
Di sini kasihku tertumpah
Bumi wakafan bumi taqwa
Di sini bermula segala
Sejarah mengajar kita
Mengenal hakikat satu perjuangan
Sejarah gemilang perlu diulang
Demi generasi akan datang
Sejarah silam bukan kepunyaan
Dan jua semata kenangan
Bumi wakafan bumi tarbiyah
Di sini terpancar hidayah
Bumi wakafan bumi tercinta
Di sini tertanam mutiara
Kota ini zahirnya usang
Namun sedari di dasarnya
Tertanam mutiasa berkurun lamanya
Sukar dibongkar menjejaknya
Payah ditemui sukar digali
Yang tabah pasti memiliki
Bumi wakafan bumi ukhuwwah
Di sini kasihku tertumpah
Bumi wakafan bumi taqwa
Di sini bermula segala
Akan tertegakkah ia
Terlaksanakah biah solehah
Yang sering dicita-cita
Bumi wakafan bumi tarbiyah
Di sini terpancar hidayah
Bumi wakafan bumi tercinta
Di sini tertanam mutiara
Generasi tunas harapan
Oraklah langkah menuju Ilahi
Jatuh bumi ini, bangun bumi ini
Adalah kita penentunya
Kesempatan itu masih ada
Oleh itu pergunakan ia
Oleh itu pergunakan ia
*Lagu ini lagu kami..anak-anak bumi wakafan
~KISAS SPM '96
setiap kali nyanyi sendiri nasyid ni, menitik air mata.. :(
ReplyDelete-fika-
fika..rindukan?bila nyanyi tu macam ada 'zuq' sikit hehhe
ReplyDeleteAllah mengurniakan ilham untuk saya cipta nasyid ini khas untuk siswi di Asrama Puteri. Saya seorang EX-KIK/KISAS pada tahun 1990 dahulu. Di atas nama pena NUHA. Alhamdulillah, masih tegak berkumandang lagu ini didendangkan. Selamat berjuang generasi baharu. Memang tanah itu tanah barakah, tanah bertuah. Bijaklah menilai permata yang terkandung di dasarnya kerana peluang keemasan tidak berulang banyak kali.
ReplyDeleteDr. Suzana S,
Unisza.
Mei 2024