January 29, 2013

'TERASA?'


Pernah rasa ‘terasa’?Selalu sangat..terutamanya bila kita terlalu membuka ruang untuk rasa ‘terasa’. Betul..kadangkala pengalaman yang pernah kita lalui..menyebabkan kita semakin lali untuk ‘terasa’. Tak dinafikan juga dengan faktor usia, semakin menginjak usia purba, maka sebab asbab ‘terasa’ yang kecil-kecil juga seolah-olah mainan-mainan waktu yang akan  pulih sendiri..kenapa?Kerana..banyak lagi masalah dunia yang lebih besar yang perlu diambil peduli..banyak lagi peranan sakti yang perlu ditangani.

Sudah!cukup-cukup dengan ‘terasa’ pada perkara-perkara remeh temeh..jangan kecilkan jiwa, besarkanlah hati pada fikrah dan fitrah manusia sebenar. Kita tak mungkin dapat menyempurnakan permintaan semua, kehendak yang pelbagai. Tumpukan pada tujuan asal kejadian dan perutusan kita di bumi sementara ini. Cukup-cukuplah..

No comments:

Post a Comment