August 12, 2013

Baraan B5J5


Hari raya ke 4. Sahabat-sahabat saya ber'baraan' di Sg Besar. Gambar di atas, gambar yang cukup buat saya 'cemburu'. Kami bersahabat sejak Tingkatan 1, seawal usia 13 tahun hinggalah kini...:)

Mereka 'tag' gambar beramai-ramai di hadapan sekolah kami yang tercinta dalam akaun FB saya. Aduh!Sangat cemburu..setulusnya saya masih rasa bersyukur, mereka masih 'mengingati' saya biarpun saya tidak dapat turut serta dalam baraan kali ini. Buktinya..mereka 'tag' saya..:).

Sebenarnya ada lagi gambar-gambar lain, tapi saya paling suka gambar ini untuk saya abadikan dalam blog saya sebab ia berlatarbelakangkan sekolah dan asrama tempat kami mula kenal, berkawan, bergaduh, bersaing sesama sendiri satu tika dahulu. Meskipun ada antara kami yang bertukar/ berpindah ke sekolah lain selepas Tingkatan 3 (selepas PMR) tapi ia tidak pernah menghalang rasa 'nostalgia' ini untuk tetap kami kongsikan sampai bila-bila

Selamat Hari Raya sahabat-sahabat tercinta. B5J5 the best!

6 comments:

  1. ko saje kan Jai..sangat cemburu ok!

    ReplyDelete
  2. Blog ciklaili.com pun cerita & guna gambar yang sama.

    Selamat hari raya buat Izah sekeluarga. Maaf zahir & batin. Jemput datang ke rumah..

    ReplyDelete
  3. Nampaknye..olivehijau.com pun kena update ni..hihi

    ReplyDelete
  4. gambar ni best dan nostalgic kan Laili..:)

    yan..meh2 update beramai2

    ReplyDelete