Melayan anak demam..itulah rutin saya hampir 2 minggu ini. Saya juga demam, juga sakit mata. Bermula dengan Rayyan yang demam hampir seminggu, bersambung dengan Iman dan Amar sejurus Rayyan pulih. Demam anak-anak yang berpanjangan benar-benar mendebarkan kami suami isteri. Rutin mengawal suhu, memberi ubat, dan seterusnya 'check' darah di KK yang berhampiran. Isnin lepas sahaja Amar dan Iman dirujuk terus ke HBTAR Klang kerana dehidrasi dan tonsil yang sangat bengkak, mujur bukan denggi.
|
Masuk Air |
|
Cuak Naik Ambulan |
Rabu, demam mereka masih belum surut. Seperti saranan doktor, kami bawa sekali lagi terus ke HBTAR. Sekali lagi, darah mereka diambil untuk diuji..kasihan anak-anak, Iman terutamanya. Keputusannya, darah ok tapi dehidrasi Iman menyebabkan doktor cadangkan Iman ditahan di wad, Amar pula diberi MC dua hari. Berjuraianlah airmata si Iman, hasil perbincangan dengan doktor..akhirnya Iman dibenarkan dirawat dan dipantau di rumah beserta nasihat berjela tuan doktor.
Alhamdulillah, hari ini mereka sudah mula segar..boleh makan dan 'sanggup' makan ubat sebab mereka 'tak sanggup' duduk wad :).
Smg semua cepat sembuh... Amin....
ReplyDeleteterima kasih nina..amiiin
ReplyDeletealhamdulillah semua dah sembuh ye kak :)
ReplyDeleteala siannyer, moga semiua kembali sihat & ceria yer
ReplyDeletemamilisa..alhamdulillah hari ini beransur sihat..
ReplyDeleteKA, terima kasih..amiin,itulah hrpn saya..semoga anak2 sihat dan ceria :)
Kenalah lebih berjaga-jaga lepas ni. Alhamdulillah.
ReplyDelete