November 19, 2013

Hadiah Mereka

Bismillah..dengan tujuan rekod untuk anak-anak saya tampalkan gambar anakanda Amar dan Iman ketika 'hari bahagia' mereka. Dua acara yang berbeza tapi kegembiraan yang hampir serupa.


Iman mendapat Hadiah Pelajar Berpotensi untuk kategori 5 tahun di TBK Warnasari. Majlis Perpisahan dan Penyampaian Hadiah telah diadakan pada 8 November 2013.


Amar mendapat hadiah matapelajaran terbaik (Feqah) untuk KAFA Integrasi Puncak Alam 3. Amar juga berjaya mengekalkan mumtaz dengan mendapat 97.5% pada peperiksaan akhir tahun. Majlis Anugerah Kecemerlangan berlangsung pada 17 November 2013.

Tahniah anak2 Ummi dan Abah..moga terus cemerlang dalam perjuangan menuntut ilmu, moga sentiasa dilembayungi sayap-sayap malaikat rahmat dengan izin dan redha ALlah semata-mata...amiiin.

9 comments:

  1. Tahniah utk ummi & abah juga...sejuk perut mak ngandung :-)

    ReplyDelete
  2. tahniah yer, tumpang gembira !

    ReplyDelete
  3. tahniah :)semoga jadi anak yang soleh dan solehah

    ReplyDelete
  4. KA..terima kasih..n tahniah adik dapat 10A hehehe

    Achik..tq..amiin.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Iman& ammar.. utk umminya juga..:)
    Semoga mereka terus cemerlang di masa depan. Insha Allah

    ReplyDelete
  6. thanks Kak Z!tahniah atas kelahiran balqis..:)

    ReplyDelete
  7. terima kasih YB :)
    alhamdulillah

    ReplyDelete