November 28, 2013

Oh My Ganu

Semalam, bersiaran telemovie 'Oh My Ganu' kemuncak siri Oh My English musim lepas. Suka benar Amar, Iman dan Rayyan dengan siri ini. Awal-awal minggu lagi sudah 'set' mohon izin abah, awal pagi pula 'set' tayangan di Astro. Sepanjang pagi, siri ulangan OME bersiaran, penat jugalah Ummi bersilat itu ini dan jenuh mulut beritahu baik/buruk, mana boleh ikut mana yang tidak.

Tapi, ada baiknya juga. Saya syaratkan pada Amar dia perlu cukup solat tanpa bantahan, tanpa disuruh-disuruh, Iman perlu menjaga 'stesyen buku' dengan baik, kemas! Kalau tidak, keizinan untuk 'Oh My Ganu' akan ditarik balik. Ada kesannya, solat di awal waktu (perlu dibetulkan niat anakanda masa ke semasa). Rak buku pun tersusun baik walaupun masih belum sempurna :).

Ok, kami beri keizinan dan tambahan satu syarat; Ummi dan Abah kena tengok bersama, remote Ummi pegang :).

Watak-watak terkejut

Sumber gambar : ASTRO

8 comments:

  1. unik progam macam gini :) tapi kalau dia buat oh my jawi lagi best

    ReplyDelete
  2. Salam. Suka dgr bab arahan tu :) ada give n take.

    ReplyDelete
  3. bagusnya ibu bapa yang bagi komitmen time tengok tv macam ni..kagumlah kat awak n husband..:)

    ReplyDelete
  4. setuju acik!agak rasa x best dgn iklan martabatkan JAWI kat Tv..seciput je

    UI..ummi ni garang..semua bersyarat :)

    kak syam..kita cuba buat mana yg mampu..

    ReplyDelete
  5. ok lah citer ni !

    ReplyDelete
  6. mmg ok KA tp utk anak2 saya masih perlu pantau..diorang suka ikut 'direct'

    ReplyDelete
  7. Saya belum pernah menontonnya lagi.

    ReplyDelete
  8. Cikgu..pernah ada ulangan di Astro Ceria

    ReplyDelete