January 17, 2013

1000 daya?


Urusan mencuci dan mensucikan najis anak-anak antara keutamaan dan ke’segera’an dalam aspek pengurusan daya di rumah. Sering sahaja ada yang bertanyakan ‘tak susah ke saya memakaikan anak dengan lampin kain moden (CD)?’. Jawapan saya, ‘hendak seribu daya’.

Zaman berubah, teknologi berkembang. Bagi kami, penggunaan CD untuk Iman satu ketika dulu dan Rayyan buat masa sekarang bukan sekadar mesra alam tapi juga men’cuci’ hati. Anak kencing..anak berak..itu normal. Cuci tempat, cuci anggota itu sudah pasti. Sambil cuci kekotoran sebegitu, sekaligus kita mendidik hati dan men’cuci’ jiwa-jiwa takbur, ‘ujub dan lain-lain sifat ‘busuk’ dalam hati.

Bila ada najis pada CD..buang dan pamkan sahaja di tandas, bersihkan saja CD yang berkenaan, alirkan air secukupnya..kemudian ‘serahkan’ kepada mesin basuh. Cukup masa ia akan selesai sendiri, sidai! Lampin kain moden tak perlukan seluar getah macam zaman kita kecil dulu, rata-rata kita menggunakan mesin basuh dan sudah tentu cepat kering. Tak susah..

Hendak seribu daya..kan?

January 14, 2013

Tugas Baru

Ummi ada tugas-tugas baru yang sedang seronok dinikmati..

~siapkan bekal Amar sebelum Subuh..(termasuk abah ye!)
~mandikan Iman yang masih pejam mata tatkala Amar dan Abah sudah ke surau..(kena buat senyap2 takut Rayyan terjaga)
~hantar dan ambil Amar dan Iman dengan setia ditemani Rayyan
~'check' jadual dan buku-buku Amar (termasuk isi kandungan 'pencil case')
~fikir dan facilitate aktiviti petang Iman dan Rayyan
~rendam n cuci baju sekolah mereka terutamanya bila Ummi bekalkan spaghetti atau air coklat (haruslah bercalit2 dynamo itu tertepek di baju dan seluar putih)

lain2 tugas dah memang ada..
~masak...for B, L n D
~ajar mengaji..
~cloth management..hehhehe (termasuk mencampakkan ke bakul2 bersesuaian)
~FBing..blogging..reading (ini time anak2 'settle' in term of kenyang, bersih, tidur..)

lagi..lagi..lagi..?

best!heaven inside..:)