Ada ceritanya..!
Sebelum kelahiran Rayyan dulu saya pernah menonton drama Ar Rayyan, cerita tentang seorang Mat Salleh yang memeluk Islam dek terpesona dengan indahnya akhlak Islam dan dalam cerita tersebut Mr Ryan menukar namanya kepada Rayyan sempena bulan Ramadhan. Ar Rayyan adalah nama pintu syurga yang dikhususkan untuk orang-orang yang berpuasa.
Lantaran itu, saya memang jatuh cinta dengan nama itu..maka Rayyan menjadi realiti pada 01.01.11. Bersyukur juga bila 'Rayyan' baru menjadi realiti seperti pautan ini Geofrey jadi Rayyan.
Alhamdulillah :)
January 24, 2013
Bantuan Awal Persekolahan RM 100
Semalam, ambil duit RM 100 di sekolah Amar, SKPA 3. Seperti dijangka, ibubapa pelajar Tahun 1 yang tampak komited, terutamanya ibubapa 'first timer'. Meskipun masa yang ditetapkan sama dengan pelajar Tahun 2 dan 3, barisan ibubapa Tahun 1 lebih panjang dengan 6 barisan mengikut kelas (A-F). Mujur Amar kelas Amanah (A) dan tampak ibubapa pelajar kelas Amanah juga lebih cantik dan tersusun barisannya, maka urusan ambilan jadi lebih mudah. Selesai ambil duit, dapat 'doorgift' pula, 1 pek minuman dan roti, terima kasih cikgu!
Untuk RM 100 yang diterima, sudah ada senarai cadangan:
1. Sepasang baju melayu putih KAFA (untuk tambah baju sedia ada, jenuh menyental hujung seluar dan lengan baju anak bujang setiap hari..!)
2. Sehelai dua seluar sekolah biru tua..(satu zip dah rosak! menyempit pula..Amar memang cepat membesar..:P)
3. Sempoa untuk Matematik (satu Puncak Alam dah cari, semua kedai kehabisan stok)
4. Stok pensil dan pemadam (pemadam dah banyak 'habis'/ hilang/ bagi kawan)
5. Tupperware air (stok tukar2)
Ada baki?Bagi Ummi..:)

January 23, 2013
January 22, 2013
Dia Kekasih Allah
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
~Hijjaz~
Aduhai..nasyid yang satu ini salah satu 'favourite' saya. Tak jemu saya mendengar dan menyanyikannya.
January 21, 2013
Lembaran Sirahmu
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk ummat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran
Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk ummat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran
Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela
*Sangat suka nasyid ini, terutamanya dendangan asal dari The Zikr..:)
Salam untuknya ~ Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam
Khamis nanti hari Maulidurrasul, 12 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 24 Januari 2013. Kala ini saya sedang 'update planner' keluarga. Rata-rata di media utama sedang mewar-warkan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam, serentak itu juga pelbagai isu dan cabaran ummat akhir zaman ini diperkatakan.
Tanpa menafikan peranan ilmu dan kekuatan iman sebagai faktor utama, saya dan suami berusaha dan bertekad agar suasana dan gaya hidup keluarga kecil kami selari dan sentiasa terdorong untuk mengikut sunnah kecintaan kami, Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam. Serasa begitu kerdil bila berbicara tentang dia, terasa betapa sayunya hati bila memikirkan betapa sayangnya dia dengan ummat tidak sezamannya ini.
Jangan pandang belakang lagi!Pada diri dan pasangan hati jua pada sosok khalifah-khalifah kecil yang sedang dipimpin ada potensi yang perlu dipertajam, ada amanah yang tidak tersanggah. Jadikan dia sebaik-baik contoh, bukan nama-nama fana yang sekadar dunia-duniaan..
Wahai Rasulullah cinta hati kami!

Bumi Tercinta
K.I.M... K.I.K ....K.I.S.A.S
Kolej Islam Sultan Alam Shah
Harum namanya semerbak mewangi
Terbangun di atas penderitaan
Kesulitan dan pengorbanan
Besar jasanya pada diri kita
Anak didik bumi wakafan
Bumi wakafan bumi ukhuwwah
Di sini kasihku tertumpah
Bumi wakafan bumi taqwa
Di sini bermula segala
Sejarah mengajar kita
Mengenal hakikat satu perjuangan
Sejarah gemilang perlu diulang
Demi generasi akan datang
Sejarah silam bukan kepunyaan
Dan jua semata kenangan
Bumi wakafan bumi tarbiyah
Di sini terpancar hidayah
Bumi wakafan bumi tercinta
Di sini tertanam mutiara
Kota ini zahirnya usang
Namun sedari di dasarnya
Tertanam mutiasa berkurun lamanya
Sukar dibongkar menjejaknya
Payah ditemui sukar digali
Yang tabah pasti memiliki
Bumi wakafan bumi ukhuwwah
Di sini kasihku tertumpah
Bumi wakafan bumi taqwa
Di sini bermula segala
Akan tertegakkah ia
Terlaksanakah biah solehah
Yang sering dicita-cita
Bumi wakafan bumi tarbiyah
Di sini terpancar hidayah
Bumi wakafan bumi tercinta
Di sini tertanam mutiara
Generasi tunas harapan
Oraklah langkah menuju Ilahi
Jatuh bumi ini, bangun bumi ini
Adalah kita penentunya
Kesempatan itu masih ada
Oleh itu pergunakan ia
Oleh itu pergunakan ia
*Lagu ini lagu kami..anak-anak bumi wakafan
~KISAS SPM '96
PHD ~ Susu Ibu
Berdua dengan Rayyan tatkala Amar dan Iman bersekolah menyediakan ruang seluasnya untuk kami berdua. Sarapan, bermain, 'mengemas' rumah, sambil-sambil itu ada juga 'gaduh-gaduh manja' dengan putera kecil bertuah ini.Sedar tak sedar dah 2 tahun dan 21 hari Rayyan menjadi pelengkap keluarga kami juga teman setia Ummi..2 tahun 21 hari juga saya susukan dia..tanpa campur..ok?Alhamdulillah..:).
Ketika hari lahir Rayyan yang kedua tempoh hari, suami 'bikin surprise' untuk saya. Dia bawa kami sekeluarga ke Tree Steak House..tempat 'lamb chop' yang menjadi 'favourite' saya. Tak cukup dengan itu, kami bawa mak saya sekali..:). Ujar suami..hadiah untuk Rayyan adalah kek untuk keraian sekeluarga. Manakala hadiah untuk saya kerana berjaya capai tahap 'PHD' menyusukan Rayyan (2 tahun), adalah makan makanan kegemaran saya; 'sizzling lamb chop' bersama insan kesayangan saya iaitu mak saya. Huhuuhuhu..mengingatkan betapa suami memahami saya membuatkan saya masih lagi rasa terharu. Dia tahu, hati saya paling rasa indah bila bersama dia, anak-anak kami dan pastinya bila mak saya juga ada di sisi. Aduh!terima kasih..

Kisah Burger
Tengok Majalah 3 baru-baru ini membuatkan saya teringat, teringin dan teruja nak merasa burger 'monster', burger 'lava' dan seumpama dengannya. Saya memang suka makan burger tapi tidaklah sampai lidah pun jadi 'lidah burger' :).
Burger 1
Burger besar tahap saiz kek di Anjung 7 Shah Alam. Memang sedap dan 'juicy'. Saya dan keluarga pertama kali makan ketika bulan puasa tahun lepas, tapi bukan ketika waktu berbuka puasa. Bagi mengelak sesak dan risiko 'tak dapat' pada waktu berbuka, kami pilih untuk datang dan makan pukul 10.00 malam. Kami pilih burger daging yang beratnya 1 kg. Makan berlima, 2 perut saiz dewasa dan 3 perut saiz kanak-kanak..:). Tak habis, bawa balik. Kami memang jenis 'habis'kan makanan, bila tak habis, mesti bungkus balik..habiskan saja di rumah, jangan membazir..:)
Burger 2
Monster Burger di Pasar Ramadhan Fasa 2 Bdr Puncak Alam. Adalah 2, 3 kali kami beli di gerai suami isteri yang kami tak tahu nama mereka. Juga kena tempah awal, turun sahaja di pasar itu, tempah dulu kemudian 'round' cari juadah lain. Kadangkala, dah siap 'round' pun masih belum siap lagi..:), ramai yang beli. Baguslah, moga rezeki suami isteri itu dipermudahkan Allah.
Burger 3
Burger bakar di AJCC (Alam Jaya). Gerai di tengah-tengah blok bangunan milik beberapa orang anak muda lulusan universiti. Memang belum terkenal dan baru bertatih. Meja makan pun baru ada 2. Burger boleh tahan, ala-ala rasa burger di Fasa 2. Kami sokong usaha dan komitmen pengusaha burger bakar ini. Muda-muda dah ada inisiatif untuk 'tidak bekerja bawah orang'.
Maka,
saya masih berkeinginan untuk merasa burger-burger lain seperti perenggan pertama hehehehe :)
*saya masih 'lidah tempe' meskipun tidak berdarah jawa..:)