Cerita ini sangat istimewa buat saya dan buat suami saya..ada kisahnya.
May 18, 2013
Anne dan Gilbert
Hanya untuk saya dan dia
Cerita ini sangat istimewa buat saya dan buat suami saya..ada kisahnya.
Cerita ini sangat istimewa buat saya dan buat suami saya..ada kisahnya.
Anne - Lily Maid
Hati remaja saya terusik..:)
Antara episod yang saya sangat gemari dalam cerita Anne dan Gilbert
Antara episod yang saya sangat gemari dalam cerita Anne dan Gilbert
Burger MAN LAVA di Saujana Utama
Burger Rusa-Ummi punya..:)
Saya pernah tulis tentang cerita burger dalam entri saya sebelum ini. Baru-baru ini, ketika kami saja ambil2 angin di Saujana Utama, 'ternampak' pula nama Man Burger Kukus Lava yang baru sahaja dibuka. Burger inilah yang pernah disiarkan di Majalah 3. Terus singgah..:) |
Square Patty |
Fries dan Chicken Hotdog untuk Iman
Alhamdulillah, rasa burger di sini tidak mengecewakan. Persembahan hidangan mereka juga kreatif dan menarik. Boleh datang lagi..tak jauh pun..:)
|
May 16, 2013
Terima Kasih Cikgu!
Saya sangat menghargai guru-guru, ustaz ustazah, para pensyarah yang pernah mendidik, memandu dan memberikan inspirasi dalam kehidupan yang serba fana ini. Saya tak fikir ucapan terima kasih dan ribuan penghargaan itu dapat dijadikan ganjaran atau balasan kepada segala jerih payah para pendidik ini. Terlalu hebat jasa mereka, terlalu indah tempat yang Allah sediakan untuk pencerah hati ini di sana nanti.
Saya mendoakan keberkatan ilmu, kekuatan iman, kelangsungan semangat buat mereka. Saya tidak punya apa, saya mungkin bukan sesiapa kalau bukan dengan iltizam mereka. Syukur ya Allah, kurniakan sebaik-baik pahala dan kasihMu kepada para guru.
Terima kasih cikgu!
Sumber: YouTube
Kabinet
Media perdana, media sosial..media meja..hampir semua media cerita tentang kabinet baru Malaysia. Menteri itu, Timb. Menteri ini, senator itu sebagai apa..YB sinun dapat jaga apa..
Rakyat Malaysia sudah semakin matang..semakin ambil peduli, ambil tahu siapa yang berkhidmat, kena ambil tahu untuk 'tahu' mereka yang terpilih benar-benar ambil peranan fungsi dan tanggungan mereka..lebih tepat tanggungjawab mereka.
Sehingga lewat tengah malam begini, media masih membincangkannya, saya juga masih memikirkannya.
Hmmm.

May 15, 2013
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru buat para pendidikku..Semoga Allah merahmati kalian atas ilmu yang dicurahkan, atas usaha yang tak pernah jemu..
Buat para guru SK Parit Mahang dan SRA Bukit Hijau, Kuala Selangor (1986-1991)
Buat para guru SMKA Simpang Lima, Sg Besar (1992-1994)
Buat para guru Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang (1995-1996)
Buat para pensyarah Pusat Matrikulasi Akaun UKM (MIT) Pulau ...Pinang (1997)
Buat para pensyarah Akaun FPP UKM Bangi (1998-2001)
Buat yang teristimewa..buat ibuku..guru pertamaku..Puan Hamsah binti Hamed..
Hanya Allah sebaik-baik pemberi ganjaran, terima kasih!

Sihat Matlamat
Saya pasti semua orang mahukan yang terbaik untuk diri, keluarga terutamanya anak-anak. Saya juga tidak terkecuali. Saya juga yakin, sebagai ibubapa kita akan berasa risau dengan persekitaran dan pengaruh tidak sihat terhadap anak-anak saya.
Saya berhajat dan berharap, anak-anak saya lebih kenal dan lebih kagum pada individu-individu yang sihat. Sihat akal, sihat hala tuju hidup..sihat iman..sihat matlamat.
Saya berusaha dan berikhtiar..memperkenal dan mendedahkan anak-anak kepada sosok-sosok pemuda pemudi yang baik. Baik akhlaknya, baik hatinya..baik ilmunya..baik cara hidupnya. Setakat ini saya 'sedang kumpul' beberapa 'manusia hebat' pada penilaian saya..diulangi pada penilaian saya. Contoh-contoh hidup yang mencontohi contoh terbaik..iaitu Rasulullah tercinta.
Saya (dan suami juga) wajib berusaha dan berikhtiar..agar diri kami juga menjadi 'manusia hebat' pada pandangan mata anak-anak. Usaha tingkatkan ilmu..berusaha kuat tingkatkan sabar dan santun..aduhai!
Usaha Ummi..usaha!

May 14, 2013
May 13, 2013
PBAKL 2013 (4)-Khusus untuk Amar
3) Adila Bijak Matematik (saya hanya perasan Amar ambil buku ini bila nak bayar!..) |
Selamat Hari Ibu (3)
Warna-warni kasih |
tulisan anak dara :) |
'Iman tak pandai tulis sangat lah Ummi..hmmm,' ujar Iman.
'Isyyy..ini pun dah sangat bagus tau..touching Ummi.' jawab saya.
Iman senyum dan dia peluk saya kuat-kuat..
'Iman sayang sangat Ummi..'
*'touching' tau!
Because U Live - Janggeum dan Jungho
Entri ini khusus untuk saya. Rindu cerita ini, suka dengan cara ceritanya..:)
Sumber: YouTube