Tengok Majalah 3 baru-baru ini membuatkan saya teringat, teringin dan teruja nak merasa burger 'monster', burger 'lava' dan seumpama dengannya. Saya memang suka makan burger tapi tidaklah sampai lidah pun jadi 'lidah burger' :).
Burger 1
Burger besar tahap saiz kek di Anjung 7 Shah Alam. Memang sedap dan 'juicy'. Saya dan keluarga pertama kali makan ketika bulan puasa tahun lepas, tapi bukan ketika waktu berbuka puasa. Bagi mengelak sesak dan risiko 'tak dapat' pada waktu berbuka, kami pilih untuk datang dan makan pukul 10.00 malam. Kami pilih burger daging yang beratnya 1 kg. Makan berlima, 2 perut saiz dewasa dan 3 perut saiz kanak-kanak..:). Tak habis, bawa balik. Kami memang jenis 'habis'kan makanan, bila tak habis, mesti bungkus balik..habiskan saja di rumah, jangan membazir..:)
Burger 2
Monster Burger di Pasar Ramadhan Fasa 2 Bdr Puncak Alam. Adalah 2, 3 kali kami beli di gerai suami isteri yang kami tak tahu nama mereka. Juga kena tempah awal, turun sahaja di pasar itu, tempah dulu kemudian 'round' cari juadah lain. Kadangkala, dah siap 'round' pun masih belum siap lagi..:), ramai yang beli. Baguslah, moga rezeki suami isteri itu dipermudahkan Allah.
Burger 3
Burger bakar di AJCC (Alam Jaya). Gerai di tengah-tengah blok bangunan milik beberapa orang anak muda lulusan universiti. Memang belum terkenal dan baru bertatih. Meja makan pun baru ada 2. Burger boleh tahan, ala-ala rasa burger di Fasa 2. Kami sokong usaha dan komitmen pengusaha burger bakar ini. Muda-muda dah ada inisiatif untuk 'tidak bekerja bawah orang'.
Maka,
saya masih berkeinginan untuk merasa burger-burger lain seperti perenggan pertama hehehehe :)
*saya masih 'lidah tempe' meskipun tidak berdarah jawa..:)
No comments:
Post a Comment