July 11, 2009

4 tahun menyulam bahagia!

terima kasih cinta
nilaian bukan dek bayangan harta
bukan juga atas bias indahnya rupa

terima kasih cinta
diri dan hati diterima seadanya
pedih dan rintih dikongsi bijaksana
tawa dan girang dititip bahagia

terima kasih cinta
syurga kita sentiasa di hati
penyatuan berwali dan bersaksi
moga lestari hingga ke akhir nanti

terima kasih cinta
setulusnya, seikhlasnya
moga hidayah dan sejahtera
menaungi merahmati di sini dan di sana
selamat ulangtahun keraian cinta
empat tahun meniti bahagia!

* sempena ulangtahun pernikahan kami pada 10 Julai 2009

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...