July 14, 2013

Diari Projek Ramadhan-Pengalaman Pertama

Bismillah..Alhamdulillah..
Semalam, pertama kali saya dan keluarga kecil saya berniaga di Pasar Ramadhan..:). Ini projek keluarga yang kami tag sebagai Projek Usahawan Muda. Suami sangat minat berniaga dan saya sangat mendokong kesungguhannya. Anak-anak pula memang suka tengok orang berniaga dan Amar suka sangat karakter Mail dalam Upin Ipin.

Kami jual ayam bakar, resepi istimewa dari bapa mertua. Sebenarnya saya bukan penggemar ayam, tetapi ayam bakar hasil tangan bapa mertua tidak pernah mengecewakan 'peminat' ayam dan dapat 'memikat' bukan penggemar ayam macam saya.

Saya dan keluarga pernah 'perkenalkan' penangan ayam bakar abah ketika Majlis Kesyukuran pada November lepas. Alhamdulillah, rata-rata tetamu memuji dan berasa puas dengan hidangan ayam bakar kami masa itu. Sebagaimana kami rasakan sedapnya ayam bakar abah, begitu juga yang cuba kami sediakan untuk orang lain.

Ok, berbalik pada cerita semalam. Kami mula dengan 12 ekor ayam bersaiz sederhana besar, bukan saiz ayam Ayamas :). Ramuan, ayam, khemah, kelengkapan..semuanya saya dan suami sediakan sendiri. Kami tak buka masa 1 Ramadhan, beri peluang pada diri sendiri meraikan kehadiran penghulu bulan dengan tenang dan rasa selesa. Tapak kami kosong hinggalah hari semalam.

Cabaran di hari pertama kami, hujan dan ribut. Kanopi kami yang baru dipasang hampir terbang dan penyambungnya patah, tidak boleh berdiri. Hujan pula sangat lebat, saya bisik pada suami..'teruskan bang..hujan ini rahmat, sejuk-sejuk begini orang cari yang panas-panas..'. Mahu tidak mahu, kami berkejar ke stor berhampiran cari dan beli kanopi baru.

Alhamdulillah dalam kepayahan kanopi asal yang patah, dirikan khemah baru di tengah-tengah hujan lebat..akhirnya gerai kami tegak juga. Kami mulakan jualan lambat, dalam serba baru (diri sendiri) dan malu-malu pada mulanya. Mak dan adik-adik saya datang. Hati saya semakin kuat, jiwa saya sudah tersenyum. 'Mental kena kuat..mental kena kuat!' bisik saya pada diri sendiri.

Seorang..dua orang..tiga orang...Alhamdulillah ayam bakar kami dibeli orang! Paling tak menang tangan bila suami berpergian sebentar untuk solat Asar, sebab dia yang mahir potong ayam dan semestinya dia kuat daripada saya. Kala itu juga, orang beratur, Allahurabbana..menggigil jugalah untuk first timer seperti saya.

Menjelang pukul 7.10 malam, ayam kami habis terjual..syukur! Hari pertama untuk kami, pengalaman pertama untuk saya. Ketika maghrib, hujan masih belum berhenti. Pertama kali jugalah kami anak-beranak berbuka bawah khemah gerai sendiri di bulan Ramadhan. Ketika itu tak fikir nasi..tak fikir makan berat-berat. Kurma dan air...air..air.. :).

Usai kemaskan kelengkapan, kami pulang dengan rasa sangat bersyukur dan puas. Saya dan suami sifatkan pengalaman ini sebagai hadiah ulangtahun pernikahan kami..:). Perkongsian kasih kami 8 tahun menyediakan pelbagai ruang dan peluang untuk menikmati kasih Allah seluas-luasnya. Pengalaman berniaga ini juga kami sifatkan antara hadiah termahal Allah untuk kami, perkongsian rasa berdebar-debar, rasa ingin mencuba sesuatu yang berbeza. Sebenarnya cabaran dan dugaan itu  sangat manis..manis teramat bila kita 'set'kan ia sebagai kasih sayang Dia yang tak pernah bertepi.

Baiklah..saya dan suami ketika ini sedang bersedia pula untuk ber'gelanggang' lagi di Pasar Ramadhan. Usai sahur sementara suami dan Amar ke surau, saya sudah 'settle'kan diri sendiri dan kerja-kerja rumah.

Masa untuk menyingsing lengan baju!Doakan kami :)

16 comments:

ji jai said...

Alhamdulilah

Ummu Amar said...

thanks Jai..doakan kami..doa kami untuk korang juga :)

Ujie said...

Wow...tahniah...alhamdulillah! Teruskan usaha...moga murah rezeki ya.

Byk benda boleh dipelajari bila berniaga terbuka ni. Memula mmg menggigil kan.. Saya pun pernah niaga gini, jual burger..kek (ikut org).
Last sekali jual ice blended...suami blend saya, saya hias dan susun dlm bekas. Tapi tak niaga terbuka, buat dan hantar ke sekolah teknik.

Ummu Amar said...

Alhamdulillah..terima kasih ujie..

memang menggigil, lama2 dah naik confident baru ok dan boleh adapt..zaman2 belajar dulu ada jugak saja2 join kawan2 niaga di tapak konvo, mggu kamsis..tp yg ni betul2 'gerai sendiri'..lain perasaannya..

ice blended?bagus tu..skrg kan byk ice blended di komersialkan..cuba jaya!

ely nahar said...

Tahniah sahabatku....
Rada cemburu gak ni..mmbr start niaga..
Xpe.. rezeki masing2..
SemogA terus BERJAYA
..

Jay Ar said...

Seperti kata org tua2, sikit2 lama2 jadi bukit. Mula2 12 ekor, lepas itu 24, 48, 96......Tahniah atas kecekalan menghadapi dugaan..

Ummu Amar said...

terima kasih Ely..aku cuba dedahkan pd anak2 konsep berniaga..doakan kami ye..!

JR..insyaAllah..kami masih belajar..banyak lagi yg perlu dipelajari..terima kasih :)

Puan Hazel said...

Tahniah Zah. Semoga rezeki melimpah ruah di bulan penuh barakah ni... akak tumpang bangga...

Puan Hazel said...

Tahniah Zah. Semoga rezeki melimpah ruah di bulan penuh barakah ni... akak tumpang bangga...

SoSoMe said...

terliurnyer bile teringatkan ayam yang lembut..sedap..serius mmg sdp... secret recipe???? hik hik....

Kancil 8349 said...

tahniah...

Ummu Amar said...

kak Z..terima kasih atas doa :)

lela..ofkoslah secret recipe..kalo2 terlajak ke sini..mai singgah mai singgah mai!hehehhe..sedap kan?

kancil..terima kasih :)

Mas said...

wah...tahniah...tahniah...patutlah offer sy ayam bakar bile raya nti.... baru sy teringat...sy mesti ajak suami dtg jugak raya ni!!!

Ummu Amar said...

terima kasih Mas..insyaAllah ada rezeki nanti adalah..:)..hehehhehe alamatnya kena ada stok ayam ready dibakarlah gamaknya ye spjg Syawal nanti..hehehhe

sweet tooth said...

Zah, meniaga kt bazar mana? Kot la terlajak ke sana :-)

Ummu Amar said...

Nina, kat bazar Fasa 3 Bdr Puncak Alam..mailah..aku cuti hari Jumaat je..:)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...