July 02, 2011

Imam Muda 2011

saya jarang ambil kisah akan program-program realiti..kadangkala tak kenal pun si polan itu juara apa dari rancangan mana..tapi malam tadi saya cenderung juga untuk menonton kemuncak Imam Muda 2011. Saya tidaklah hari-hari menyoroti IM tetapi hati saya sangat tergerak untuk menyaksikan pengakhiran sirinya tahun ini.
bersyukur kerana mereka dilorongkan hati yang baik, pilihan yang berkecenderungan positif dan bercita tinggi dalam memartabat agama.basah juga hati mendengar mereka berhujah dan berpatah dengan petah bertunjangkan Quran dan Hadith.
Allah..kekalkan mereka dalam perjuangan keranaMu..teguhkanlah iman di hati-hati kami yang mudah lupa ini..

July 01, 2011

Campak Tanpa Demam

1 Januari 2011-1 Julai 2o11
Putera kecil ini genap 6 bulan..6 bulan dia menjengah dunia..menambah warna dalam hidup kami!meskipun lahirnya ibarat kain putih..bukankah putih itu terhasil dari ketujuh2 warna..:)
6 bulan juga dia membesar sebaiknya dan sepenuhnya dengan susu Ummi..anugerah tak ternilai, hak anak yang terhak..alhamdulillah!
Minggu lepas Rayyan telah dilanda 'campak'..atau measles..tapi dia tak demam..awalnya disangkakan Rayyan kena gigitan semut.Pengalaman Amar dan Iman serta naluri semulajadi ibu menidakkan sangkaan itu..bintik-bintik merah pada Rayyan tanda-tanda campak cuma kemusykilan melanda kerana dia tidak panas untuk dikatakan demam..lagaknya juga tetap ceria dan gagah..kami ke klinik berhampiran..ialah..Ummi bukan doktor..ilmu perubatan Ummi terbatas pada hanya pembacaan dan pengalaman..setelah diperiksa..ya!Rayyan 'measles' tapi tak demam. Doktor sangat positif dan tak lokek dengan konsultasi bergunanya..Dr Badrul namanya.
"Antibodi anak Puan sangat kuat, sangat kuat untuk melawan demam..dia juga membina antibodinya sendiri dengan baik bila dilanda 'measles'..Puan beri dia susu badan mungkin?"
"alhamdulillah..sehingga kini saya menyusukan Rayyan sepenuhnya.."
"itulah kekuatan anak Puan..saya yakin ruam campak pada badannya akan pulih tanpa demam,insya Allah..Puan teruskan menyusui dia..saya suka attitude ini"
kedua saya dan suami berbesar hati dengan keadaan itu..Rayyan juga tak lokek dengan senyuman tulus dan gerak lincahnya..doktor pun rasa tertambat!ditambah lagi dengan keletah abang dan kakaknya yang tak habis-habis meminta izin doktor mengambil gula-gula atas meja!
hari ini Ummi ceria dengan tekad!beras dan lobak merah dah tersedia bertanak..pengisar berlabel Amar dan Iman juga telah Ummi keluarkan malam tadi..putera kecil Ummi telah sedia untuk makan air tangan Ummi yang pastinya bersulamkan kasih dan sayang yang tak bertepi..:)

hati saya rasa indah

jumaat yang indah!
hati saya sangat basah dengan limpahan kasihNya..alhamdulilLah
semalam 30 Jun 2011,ulangtahun kelahiran kekasih,suami,sahabat,teman sejati..
rasanya tak cukup kasih yang saya tumpahkan pada jejaka jawa terkacak itu..:)..kadang-kadang terasa diri belum cukup adil dalam memberikan yang terbaik untuk sahabat terhebat itu..dia sangat menyayangi..terlalu memahami..dan begitu mencintai.
dia sentiasa sedia..kadangkala terharu rasa tak setimpal berbanding curahan pengorbanannya
dia lelaki setia..kerapkali juga kerbersalahan melanda diri, betapa ketidaksempurnaan kadangkala meracau-racau jiwa..
aduh!hati saya sangat basah..dia adalah anugerah terindah dariNya..
selamat hari lahir sayang!

June 30, 2011

Azan tu AMARlah..

Di suatu petang yang indah
situasi; TV bersiaran Astro Oasis..Amar dan Iman ralit dgr azan asar bersahut-sahutan di antara azan surau dan azan TV..sebelum itu seperti lazimnya slot Indahnya IMAN (slot zikir)..Amar yang sudah boleh membaca berdikit beriya-iya menunjuk dan mengeja nama Iman pada TV.
usai solat asar, TV masih berpasang..ummi tak perasan rancangan Ar Rayyan sedang di kaca TV..Amar dengan bersungguh-sungguh.."ummi..ummi..tengok nama Rayyan kat TV..tadi Iman ni Rayyan pun ada..kenapa nama Amar takde?"
Ummi senyum fikir jawapan..
"Azan tadilah AMAR..AMAR kan maksudnya perintah..azan tu tanda perintah Allah..panggil kita"
"Amar suka azanlah Ummi.." sambil tangan di kedua-dua telinga..berdiri tegak lalu Amar azan dengan bangganya..:)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...