November 07, 2008

CATATAN KELAHIRAN CAHAYAMATA KEDUA...



ALHAMDULILLAH...tak terluah rasanya kesyukuran utk kelahiran cahayamata kedua kami..anak perempuan kami lahir tepat jam 9.14 pagi pada 05/11/2008..sehari sebelum ulangtahun kedua keputeraan anak sulung kami Muhammad Amar...jangkaan kelahiran adalah pada 26 November...namun berdasarkan sejarah kelahiran Amar yang lahir pada minggu ke 36..maka tak mustahil yang kedua ini turut menyusul awal dan 05 November 2008 genap dia 37 minggu dalam kandungan dan ditakdirkan Allah untuk menjengah dunia..

perancangan kami sebagai hamba Allah adalah untuk berusaha melahirkan puteri kami ini secara normal..proses awalnya dgn kerjasama doktor..memang pada jalan itu..seminggu sebelum ini ..bukaan saiz tulang pelvis aku telah di xray untuk menentukan muat atau tidak jalan keluar untuk bayi..alhamdulillah..ukuran memadai untuk saiz bayi..

pagi..seawal subuh 4 November..tanda2 awal dengan keluarnya air jernih ..tidak berwarna dan tidak berbau (salah satu tanda kelahiran)...bergegas aku dan suami ke Pusrawi..setelah mendapat khidmat nasihat para ibu, kawan2 dan Pusrawi sendiri..

melalui unit kecemasan aku terus dibawa ke bilik bersalin..alhamdulillah ..bukaan pangkal rahim telah terbuka 1 cm..benar..air yang keluar adalah air ketuban...sehingga petang..bukaan masih 1 cm..dalam hati telah terdetik..berulang lagi ke kisah kelahiran Amar?..tgh malam ..contraction makin kuat..dan kali ini..masya Allah lebih sakit berbanding Amar..bukaan telah 2 cm..pukul 3 pagi..hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa sakitnya rasa nak bersalin..bukaan menjangkau 3 cm..wahai anakku..bila agaknya nak keluar..bukaan masih belum memadai..sedangkan jangkamasa keluarnya air ketuban dan contraction hampir menjangkau 24 jam..

ketika itu..sokongan dan dorongan suami adalah kekuatan termahal..mengalir airmata menahan kesakitan..sambil bibir dan hati tak putus berzikir dan berdoa..doa nabi Yunus di dalam perut ikan sentiasa aku titipkan ..redha dengan apa yang Allah kurniakan..kesakitan dunia cuba aku hadapi..

tepat jam 8.30 pagi...setelah lebih 24 jam..jantung bayi dalam kandungan lemah apabila contraction kuat(mmg sama kes dengan amar)..dr bagi pandangan profesional..air ketuban dah pecah..kurangnya air pada rahim akan menyebabkan infection pada bayi...nak tunggu hingga bukaan 10 cm...bimbang pula jantung bayi makin lemah dan ibu juga semakin lemah..langkah nekad aku dan suami..kata diputus..kami memilih..redha dengan caesar kali kedua..

pukul 9.00 pagi..aku dah berada di dewan bedah..dgn dr Shu dan Dr Asmah..aku pilih bius separuh untuk memotivasikan diri berhadapan dengan situasi kelahiran..dan aku ajak para doktor untuk berborak ..tentang anak..tentang kerja..tentang ragam Amar..tergelak aku bila dr berkata.."Anak-anak awak Zah..yang lelaki nak pakai neck -tie..yang perempuan pulak nak pakai rantai dalam perut" ...tepat jam 9.14..sang puteri menjengah dunia..Allahhuakbar!tak terbendung airmata melihat wajah dan mendengar suaranya..alhamdulillah..Syukur Ya Allah...

terima kasih wahai suamiku yang setia dan sabar menanti..
terima kasih wahai ibuku yang tidak putus2 berdoa..
terima kasih para doktor yang berusaha bertungkus lumus..berusaha yang terbaik untuk kami..
terima kasih keluarga dan kawan-kawan atas doa dan ingatan..
Syukran LaKa Ya Allah..atas anugerah kehidupan yang tak ternilai..ALHAMDULILLAH


catatan 08/11/2008, 12.38 pagi
Lokasi:Bilik 10, Wad Annur, PUSRAWI Jalan Tun Razak.

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...