September 17, 2013

Puteri KISAS SPM 1996 (Re-U)

Puteri KISAS SPM 1996
15 September 2013, sahabat-sahabat saya. Pelajar puteri KISAS SPM 1996 be're-union' di Bangi. Sahabat kami Huda menjadi tuan rumah manakala Diana sebagai 'koordinator'. Saya tidak dapat hadir kerana ada komitmen menghadiri hari sukan Iman di Saujana Utama.

Seronok membaca cerita mereka dalam grup kami di FB, seronok juga saya melihat wajah-wajah terkini para sahabat. Kami bersekolah di Kolej Islam Sultan Alam Shah pada tahun 1995 hingga SPM 1996, ada sebahagian daripada kami meneruskan perjuangan ilmu di KISAS sehingga Tingkatan 6 sebelum masing-masing meniti perjalanan di menara gading, alam pekerjaan dan perkahwinan.

Berlainan latarbelakang, didatangkan dari seluruh pelosok negara, kami dihimpunkan di sebuah SBP yang sangat menitikberatkan suasana (biah) Islam dalam kehidupan sama ada dari sudut pembelajaran, ibadah, akhlak mahupun ukhuwwah. Masing-masing kini dengan aturan dan kehidupan masing-masing. Ada yang bergelar pendidik, doktor, jurutera, akauntan (pernah saya sandang suatu ketika :)), dan tak kurang juga yang menjadi pengurus rumahtangga sepenuh masa (seperti saya sekarang!).

Saya sangat-sangat pasti, ketika be're-u' para sahabat seronok mengimbau kisah-kisah silam kehidupan di KISAS; asrama, dewan makan, kelas, silat, taekwondo, surau yang sentiasa penuh (kami wajib solat jemaah setiap waktu), ma'thurat, halaqah Al Mulk..dan sekiranya saya di situ..nasyid-nasyid kami yang sangat mahal!

Saya juga pasti para sahabat saya ini tidak memandang status ketika berhimpun sebegini. Tiada peduli siapa bergelar doktor, surirumah, mahupun jurutera. Masing-masing pasti lebih terikat pada ukhuwwah fillah yang tidak pernah bertepi.

Salam sayang sahabat-sahabat saya. Uhibbikum Fillah!

Turut saya letakkan di sini catatan sahabat saya Re Union Puteri KISAS SPM 1996; Nina yang comel!

13 comments:

||aLeaSaRa|| said...

salam pagi :)

wah bestkan sekali-sekala berkumpul.yelah apalah ada pada jawatan...yang penting re-u ni dapat mengeratkan silaturrahim,sambil bertukar cerita,suka duka segalanya :)

Ummu Amar said...

salam Kak Lea..tulah..sy x dapat pegi sebenarnya re-u ni, diorang update dlm FB grup..sangat best sebenarnya kalau jumpa kawan2 lama, semua cerita lama gerenti terbukak :)

Norsa'adah Ahmad said...

salam izah, seronok tengok gathering macam tu. tapi aku pun tak dapat pergi. dah dok jauh ni selatan ni.

sweet tooth said...

Izah, kalau hang ada, kompem aku suruh hang nyanyi balik lagu2 nasyid dulu... huhuuhu...

Ummu Amar said...

Adah..alaiki salam :),aku pun dapat tengok je..kata diorang nak buat re-U susulan kat southern region n northern region..

Nina..hahahhaa..aku nyanyi ko ketuk lah apa yg patut..karang abis baldi Huda jadi kompang plak..hehhe

Ujie said...

saya respect student KISAS, walau bertudung labuh masa main bola keranjang..tapi tetap mengungguli.

*saya SMAP labu, pernah jadi hos sukan SBP masa tu..

Ujie said...

sorry..bola jaring!

Ummu Amar said...

Ujie..sekolah yg lain dr yg lain

SMAP Labu ye?x jauh caranya dari KI :)

Kesuma Angsana said...

wah seronok nyer !

Ummu Amar said...

KA..mereka yang seronok..saya x dpt hadir.

Rubiatul Adawiyah said...

best nya.. kita tak reti main bola jaring.. ajarkan :D

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

seronoknya jika dapat mengikuti program reunion bersama kawan-kawan lama.. aiza pun dah lama tak jumpa kawan-kawan masa belajar dulu..

Ummu Amar said...

Rubi, saya pun x reti..mmg x berapa sport ni

aiza, betul tu!zmn belajar..zmn sekolah kalau diimbau dgn kawan2 mmg sangat seronok.

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...