September 18, 2013

'Peach'

Pulang dari sekolah, dari dalam kereta kami nampak seorang wanita India Muslim membawa anaknya (saya fikir) naik motosikal.

Iman : Ummi, itu anak dia ke Ummi?

Ummi : Ummi rasalah anak dia (saya anggap begitu sebab sudah selalu terserempak dengan mereka).

Iman : Tapi Iman rasa bukanlah Ummi sebab anak dia tak 'coklat' pun macam 'cream' je.

Ummi : Mak dia kerja kuat, tu yang 'coklat'. Anak dia kecil lagi itu sebabnya masih 'cream'.

Selang beberapa saat, kami betul-betul 'dekat' dengan pasangan anak beranak itu. Iman memerhati dan berkata,

Iman : Betullah Ummi..anak dia, sebab sebenarnya dia bukan 'cream' dia 'coklat muda'.

Menyedari saya tidak berapa cerah, saya tanya pada Iman,

Ummi : Habis tu, Ummi warna apa Iman?

Iman : Ummi 'peach'...

Ummi : Peach?

Macam-macamlah Iman..:)

5 comments:

QueeN TerataI said...

anak2 skrg ni mmg pandai berkata2kan,,

Ummu Amar said...

betul queen..peranan ibubapa pulak untuk membantu/memandu anak2 supaya memelihara kata-kata mereka..supaya tak menyinggung org lain.

Tihara said...

comel je ayat dia, hahak :)

sweet tooth said...

hahahah....lawak btol iman ni :-)

Ummu Amar said...

Tihara..Iman mmg kuat perati :)

Nina..aku yg pgg stereng thn perut je ko tau..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...