August 16, 2007

sahabat dan teman (1)

sahabat boleh terjelma dalam pelbagai watak, sebagai pendamping, sebagai pembimbing, tmpt luahan suka dan duka, malah sebagai peng'cover' ketika poket terluka..hmm..sahabat tak tunggu kita minta pertolongan malah dia yang kenalpasti waktu bila kita perlukan pertolongan..membantu ketika ada, menjadi teman setia dan sedia ketika kita tiada..sahabat juga adakalanya mendahulukan keperluan kita..sanggup berkorban masa dan tenaga..berbalik pada fitrah..manusia saling memerlukan..mustahil bila ada yang mengatakan boleh hidup tanpa belas dan dampingan orang lain..bukan ke manusia serba tak sempurna..

saya ada ramai sahabat..di kalangan saudara, di kalangan rakan sekolah tabika, rendah, menengah hatta di pengajian tinggi..juga di kalangan rakan sekerja malah bekas rakan sekerja..terbayang wajah-wajah yang hadir dalam perjalanan hidup di dunia sementara ni..dan saya sering berdoa persahabatan saya dengan mereka ini kekal kasih dan impaknya hingga di akhirat sana..tak terungkap rasa terima kasih pada mereka yang mewarnai suka duka hidup saya, tak terluah juga rasa terharu atas keprihatinan dan keikhlasan mereka..kalaupun ada hati yang pernah terguris, kata yang menghiris..kemaafan sebagai penguat benteng persahabatan..bukan ke kawan yang baik dan menjadi kawan yang baik adalah anugerah kasih Allah pada hambaNya..?alhamdulillah.

August 15, 2007

bajet steady..

Bajet oohhh..bajet..

..5- 9 Ogos 2008..
pembentangan bajet 2008 (hotel Istana, KL)

..bukan mudah mengurus duit..apatah lagi duit zakat!?satu komitmen berat utk unit kewangan menyelaras bajet..menilai keperluan dan menyeimbangkan agihan..

..lebih berat lagi bila ada keperluan yg sengaja diperlu2kan..masya Allah..

..sementalah..unit kewangan tidak dapat beroperasi di pejabat sebab semua penggerak dan pegawai 'beristana' (istilah lain bagi berkampung) di sini, pastinya operasi bayaran dan terimaan tertangguh..sekejap je dunia ni kan..dan betapa terhadnya keupayaan manusia..bila satu jalan..satu lagi terpaksa ditangguhkan..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...