January 24, 2013

Bantuan Awal Persekolahan RM 100

Semalam, ambil duit RM 100 di sekolah Amar, SKPA 3. Seperti dijangka, ibubapa pelajar Tahun 1 yang tampak komited, terutamanya ibubapa 'first timer'. Meskipun masa yang ditetapkan sama dengan pelajar Tahun 2 dan 3, barisan ibubapa Tahun 1 lebih panjang dengan 6 barisan mengikut kelas (A-F). Mujur Amar kelas Amanah (A) dan tampak ibubapa pelajar kelas Amanah juga lebih cantik dan tersusun barisannya, maka urusan ambilan jadi lebih mudah. Selesai ambil duit, dapat 'doorgift' pula, 1 pek minuman dan roti, terima kasih cikgu!

Untuk RM 100 yang diterima, sudah ada senarai cadangan:
1. Sepasang baju melayu putih KAFA (untuk tambah baju sedia ada, jenuh menyental hujung seluar dan lengan baju anak bujang setiap hari..!)
2. Sehelai dua seluar sekolah biru tua..(satu zip dah rosak! menyempit pula..Amar memang cepat membesar..:P)
3. Sempoa untuk Matematik (satu Puncak Alam dah cari, semua kedai kehabisan stok)
4. Stok pensil dan pemadam (pemadam dah banyak 'habis'/ hilang/ bagi kawan)
5. Tupperware air (stok tukar2)

Ada baki?Bagi Ummi..:)

4 comments:

sweet tooth said...

Wah.... Skang belajar math pakai sempoa ke zah?

Kulaan Kuala said...

haah na..jenuh cari..
ada pro n con nya..
dgn mak2nya kena blajar gak..

aynora nur said...

planning yg bagus..

Kulaan Kuala said...

aynora nur..tq..:)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...