August 29, 2013

Minggu Hospital

Melayan anak demam..itulah rutin saya hampir 2 minggu ini. Saya juga demam, juga sakit mata. Bermula dengan Rayyan yang demam hampir seminggu, bersambung dengan Iman dan Amar sejurus Rayyan pulih. Demam anak-anak yang berpanjangan benar-benar mendebarkan kami suami isteri. Rutin mengawal suhu, memberi ubat, dan seterusnya 'check' darah di KK yang berhampiran. Isnin lepas sahaja Amar dan Iman dirujuk terus ke HBTAR Klang kerana dehidrasi dan tonsil yang sangat bengkak, mujur bukan denggi.

Masuk Air

Cuak Naik Ambulan
Rabu, demam mereka masih belum surut. Seperti saranan doktor, kami bawa sekali lagi terus ke HBTAR. Sekali lagi, darah mereka diambil untuk diuji..kasihan anak-anak, Iman terutamanya. Keputusannya, darah ok tapi dehidrasi Iman menyebabkan doktor cadangkan Iman ditahan di wad, Amar pula diberi MC dua hari. Berjuraianlah airmata si Iman, hasil perbincangan dengan doktor..akhirnya Iman dibenarkan dirawat dan dipantau di rumah beserta nasihat berjela tuan doktor.

Alhamdulillah, hari ini mereka sudah mula segar..boleh makan dan 'sanggup' makan ubat sebab mereka 'tak sanggup' duduk wad :).