January 01, 2014

Rayyan 3 Tahun

Tahun baru tertangguh?

Happy Birthday Rayyan! Kehadiran tahun baru pada keluarga kami adalah keraian hadirnya Rayyan. 3 tahun. Rayyan sudah menjangkau 3 tahun. Anak lelaki bongsu (setakat ini) sudah bercerai susu dan mula pandai tidak berlampin. Kisah Rayyan dan kembara penyusuan ekslusifnya antara kisah mahal Rayyan bersama saya. Sejak lahir hingga menjangkau 2 tahun 11 bulan Rayyan menyusu penuh dengan saya. Akhir-akhir tahun ini, Rayyan berkata; 'Ummi, adik rasa susu Ummi dah habis...adik minum susu dalam cawan je lah.'

Alhamdulillah, saya bersyukur proses 'cerai' susu berjalan secara semulajadi. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana keadaan Rayyan dan saya ketika proses ini berjalan, rupa-rupanya sangat mudah dan emosi Rayyan tidak terjejas. Pada tahap ini, Rayyan cuma 'melekat' dengan saya ketika mahu tidur malam, masih mahu dipeluk sebelum tidur.

Alhamdulillah, Rayyan juga sudah belajar tidak menggunakan CD (Cloth Diapers). Siang, sudah pandai ke tandas untuk buang air; kecil dan besar. Malam, dia sudah tidak mahu menggunakan CD namun sebagai langkah berjaga-jaga, saya pakaikan juga ketika dia sudah lena.

Perjalanan membesarkan anak-anak di usia ini punya warna dan kerenah sendiri. Pada Amar, Iman dan Rayyan kesemuanya memberi pengalaman berharga buat kami suami isteri. Alhamdulillah, fasa 2 tahun pertama mereka telah sama-sama kami telusuri dengan syukur meskipun punya cabaran yang tersendiri.

Selamat Hari Lahir Anakanda kami; Muhammad Rayyan. Didoakan keberkatan hidup dan kelangsungan iman, dunia dan akhirat. Moga soleh, bertaqwa dan berjasa kepada agama, sihat dalam keberkatan dan keampunan Allah sentiasa, amiin!

Kek Adik tahun ini

Rayyan potong sendiri

2 comments:

  1. Alahai...dah bercerai susu....sayu kan. Ingat lagi masa zikr dan myra. Esp myra sbb 2 thn...rayyan dah besar....:)

    ReplyDelete
  2. Mummy Yan..mcm 'kehilangan' pagi-pagi pernah Ummi yang cari Rayyan kat bilik..dah terbiasa celah ketiak :P

    ReplyDelete