Catatan sulung saya di bulan Februari ini saya dedikasikan buat suami dan anak-anak. Terima kasih kepada suami yang memberi hadiah 'awal' hari lahir dengan membawa saya ke Karnival Karangkraf yang berlangsung pada 7 hingga 9 Februari, tempoh hari.
Berminggu-minggu saya 'mengendeng' pada suami, semente beliau sangat sibuk hingga kadangkala tidak bercuti di hujung minggu.
Ok!Buku pertama yang saya 'tangkap' ialah buku Cerita Cinta Ahmad Ammar, terbitan Karya Bestari dan dijual 'fresh' usai percetakan.
Saya tidak dapat tandatangan Kak Ina (Ibu Almarhum) :(. Beliau khabarkan melalui FBnya bahawa dia hanya berada di tapak karnival pada hari Jumaat, manakala saya cuma berkesempatan ke sana pada hari Sabtu.
Sungguhpun begitu, disebabkan insiden tidak terjangka saya ter'sembang' dengan Puan Sri Diah, nama besar di Karangkraf yang menjadi tunjang penerbitan buku ini. Ketika itu saya masuk semula ke tapak jualan buku kerana ada buku yang tersenarai pada resit yang tidak saya perolehi. Ketika berurusan di kaunter, mesra sahaja saya disapa Puan Sri Diah, bertanyakan masalah saya. Sementara petugas beliau mencari buku saya, saya bertanyakan Puan Sri Diah, 'bila lagi Puan Azlina akan berada di tapak karnival ye Puan?'
Memandang saya dengan pandangan matanya yang sangat cantik, 'Puan kenal dengan Puan Azlina?'
Angguk, 'Saya pernah berkhidmat di ABIM ketika Tn Hj Azam menjadi Presiden dahulu'
Lantas Puan Sri Diah bercerita pengalamannya meng'edit' buku ini, berair dan merah matanya. Saya akur, naluri perempuan manapun akan terusik dengan catatan-catatan rindu kerabat dan handai yang menulis tentang almarhum Ammar. Apatah lagi seorang penulis dan editor yang berjiwa halus sepertinya.
Saya maklumkan, saya hanya mengenali Almarhum Ammar ketika usia kanak-kanaknya, namun 'sayangnya' saya dan 'kagum'nya saya pada akhlak almarhum membuatkan saya tidak teragak-agak menamakan putera sulung saya Muhammad Amar.
Perbualan saya bersama tokoh dalam penerbitan ini secara tidak langsung membuatkan saya lebih ter'kesan'. Apatah lagi bila membaca buku yang sarat dengan 'cinta' ini. Betul!Sangat terkesan...
Tambahan catatan.
Malam tadi, saya dan suami berpeluang menonton ulangan Himpunan Murabbi di Astro Oasis. Bicara tentang alam barzakh, di kemuncak siaran ada slot En Azam dan Kak Ina yang menjadi tetamu jemputan khusus membicarakan tentang 'pemergian' Ammar yang menjadi fenomena.
Jujur, saya rasa sangat bersyukur kerana pernah mengenali mereka. Jauh lebih bersyukur bila suami turut meletak minat dan kagum kepada bekas 'Boss' saya Tn Hj Ahmad Azam kala mendengar 'arkitek' yang membentuk Ammar ini berbicara.
Saya sudah kata...sangat terkesan..:)
Saya belum baca lagi buku ni.
ReplyDeleteP/S: Stok buku Tetamu Istimewa telah ada dengan saya. Jika berminat, boleh pesan terus daripada saya. Boleh rujuk entri di blog saya. Terima kasih.
oh..terima kasih atas makluman Cikgu..saya kurang berkesempatan melayar blog akhir-akhir ini, insya Allah saya menjengah :)
ReplyDeletewah mesti best isi ceritanyer kan !
ReplyDeleteKA,
ReplyDeletemengundang air mata. buku ini menghimpunkan catatan insan-insan yang rapat dengan almarhum dari kerabat dan sahabat,
belum punya kesempatan membelek dan memiliki buku ini, sibuknya ngalahkan PM..haha..
ReplyDeleteKak Syam... cepat baca!sangat memberi inspirasi :)
ReplyDelete