June 05, 2017

Himpunan Catatan DRR-02


DRR 02/30
๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท
Semakin lama menyusuri garis-garis dewasa,
semakin terasa bahawa dunia ini lebih berbau dusta.
Dalam lalai, manusia masih lali.
Di balik indah-indah, manusia masih ramai dilanda gundah.
Bertebaran segala makhluk Tuhan.
Ada urusan dengan jutaan tujuan.
Baik yang bawa suka, atau resah terkendong duka.
Beza pada thabit pergantungan,
Terikat dengan ketuanan sesama hamba.
Atau kelangsungan harap pada Tuhan.
-ainzaiha1438
๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท

No comments:

Post a Comment