June 05, 2017

Himpunan Catatan DRR 03

DRR 03/30
๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ
Sebaik-baik peringatan buat diri ialah kematian.
Sesuatu yang kecil di tangan akan lebih terasa kehadirannya bila ia sudah tiada dalam genggaman.
Hargai nikmat kehidupan meskipun ia bersifat pinjaman.
Rebut peluang perbanyak amalan, selagi nafas masih dalam tempoh pinjaman Tuhan.
-ainzaiha1438
๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ

Himpunan Catatan DRR-02


DRR 02/30
๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท
Semakin lama menyusuri garis-garis dewasa,
semakin terasa bahawa dunia ini lebih berbau dusta.
Dalam lalai, manusia masih lali.
Di balik indah-indah, manusia masih ramai dilanda gundah.
Bertebaran segala makhluk Tuhan.
Ada urusan dengan jutaan tujuan.
Baik yang bawa suka, atau resah terkendong duka.
Beza pada thabit pergantungan,
Terikat dengan ketuanan sesama hamba.
Atau kelangsungan harap pada Tuhan.
-ainzaiha1438
๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท

Himpunan Catatan DRR-1

DRR 01/30
๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ
Syukur.
Masih bernafas di bawah lembayung Ramadan.
Syukur.
Tunduk dan sujud,
masih lagi upaya akur keesaan Tuhan.
Syukur.
Ketaatan itu rezeki.
Kemudahan itu rezeki.
Kesulitan juga rezeki.
Alhamdulillah.
Thumma, Alhamdulillah.
๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ