June 07, 2011

berabahan..

rumah atuk tinggi..bertiang-tiang..kami suka main bawah rumah atuk..:)
tiang-tiang atuk jadi tempat kami main rebut tiang..bersilang-silang saya dan sepupu2 menyimpang siur berebut tiang..siapa tak dapat peluk tiang..jadi..jadi apa entah..:)

bawah rumah atuk muat untuk segala..letak motor, simpan kawah, tempat barang khazanah..hatta acik2 mendodol juga di bawah rumah..

pangkin bawah rumah tempat paling best!lepak anak beranak..sambil makan rambutan, main batu seremban..minum air sirap buatan nenek..sirap nenek sedap..suam-suam wangi..kami tak minum ais!

tapi kalau atuk nak 'berabahan' di pangkin, semua aktiviti kami tertangguh seketika..tak boleh main tiang2..acik meng'andak' motor pun senyap2..ambil cawan pun terjingkit2..atuk 'guringan'..

sekarang,
tiang2 dah tiada..kami pula dah beranak pinak dan merata-rata berpergian..
pemandangan dan pengalaman bawah rumah atuk sirna ditelan masa..tapi masih jelas di ruang mata..

atuk pun dah 'ranai berabahan'..'guringan' untuk selamanya..

No comments:

Post a Comment