June 07, 2011

makan 'Ahmad Albob'




sebelum catatan ini dimulakan..bismillah..alhamdulillah..:)


suami dan anak-anak kurang sihat hujung minggu yang lepas..dan bersambung Isnin..(semalam)..kasihan suamiku..pergi pejabat..kemudian balik semula..'dapat mc'..riaknya tak ceria tanpa senyuman manisnya..:(..



anak-anak pula..batuk sekejap2..mujur ada stok ubat pelega batuk..aku biarkan suami berehat sepanjang hari dan melayan kerenah pening anak-anak..seorang batuk, seorang merengek...subhanaLlah..



malam tadi, ajak mereka bernasi arab di Anjung 7..tempat itu dah 3 kali kami kunjungi..kala lidah tiba2 rasa nak ber'timur tengah'..setakat ini hidangan di situ yang boleh menggamit selera, kalau nak ber'mandey' ayam berkeluarga besar pun sesuai..ada set yang berbaloi..kebab pun boleh tahan dan aku suka teh herba arabnya..rasa tak cukup secawan..


amar nak makan 'ahmad albob'..bermaksud..amar nak makan nasi arab berlaukkan kambing..anak bujang seorang ni kesukaannya mirip suami..makanlah nak..rezeki dan pilihan itu masih Dia anugerahkan untuk kita..dan bersyukurlah kerana nikmat itu masih dapat kita rasa..


selamat berselera arab..Anjung 7,Shah Alam (belakang UNISEL)

No comments:

Post a Comment