November 07, 2007

anak umi dah setahun 06112007


06/11/2007 ulangtahun kelahiran pertama buah hati kami Muhammad Amar.alhamdulillah..dia dah menjangkau usia setahun mengikut sunnah alam putaran matahari..dia dah setahun mengikut putaran bulan pada 15 Syawal hari tu...hmmm seronok tengok dia membesar dgn sihat dan ceria..amiin..semoga sentiasa dilindungi Allah..

October 31, 2007

Amar Sayang

inilah buah hati kami..


buah hati pengarang jantung

dulu..rasanya tgk baby..biasa2 je..klu baby comel mmg geram tp biasa2 je..heh heh
skrg..bila ada anak sendiri..tiap saat rasa nak pegang pipi dia..cium dia..peluk dia..itulah anugerah Allah..masya Allah..alhamdulillah..

October 23, 2007

October 19, 2007

kali pertama-beraya ada anak


AlhamdulilLah..atas kurnia dan anugerah yang Allah berikan...tahun ini Syawal 2007 lebih bermakna kerana inilah tahun pertama beraya bersama cahayahati mutiara jiwa Muhammad Amar bin Mohamed Faizal..

seronok sangat sbb inilah pertama kali dapat tolong kutip duit raya utk Amar ..h ehhh hehh..dan paling seronok pakaikan baju raya utk Amar..Amar lahir pada 15 Syawal 1427..tahun lepas beraya dengan anak yang masih dalam kandungan ..tahun ini beraya dengan anak dalam kendongan..indahnya saat2 itu!..Syukran laKa ya Allah..alhamdulilLah

October 02, 2007

kali pertama-pakai seragam sekolah

..ingat lagi masa itu..januari 1986..abah ambil cuti..mak bangun awal sangat..hari ini anak sulung mereka akan bergelar pelajar sekolah!ingat lagi ayat mak.."tak sangka mak, kecik je rasanya kakak..tapi dah nak sekolah"..dengan gembira aku menapak di platform vespa abah BBA 9394..menyeringai gembira..dengan rambut berikat dua..warna riben sama dengan warna beg..siap ada gambar daisy duck dgn minnie mouse..dan perjalanan hari itu sangat indah..dengan pakai baju sekolah..kasut sekolah...semangat betul!ingat lagi saat itu..masya Allah..

..hari ini dan semalam..(1)

..Tepuk dada tanyalah iman..pejam celik2..rutin ini juga yang dilalui..hari akan tetap berlalu..usia akan tetap berinjak..

tengok kiri tengok kanan..kelaziman itu juga yang dihadapi..bangun seawal pagi..usai solat dan urus diri..perjalanan perlu dimulai..panaskan enjin..siapkan baju amar..pesanan2 utk suami..seawal 6.30 pagi..tayar myvi mula bergolek..meredah dingin pagi..meskipun matahari belum memanah cahaya..sinar lampu kereta dan segala macam jentera telah merajai jalan raya..

perjalanan itu saban waktu akan tetap dilalui..selagi kudrat masih ada..selagi amanah Tuhan masih dibahu..esok..tanah lebuhraya persekutuan berlitup tar hitam itu bakal mencium tayarku yang berwarna hitam jua lagi..

...bersambung..

September 12, 2007

MARHABAN YAA RAMADHAN

Assalaamu'alaikum wr.wb..
Marhaban ya Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan. Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami, harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang bingkisan ini.

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan

September 07, 2007

sahabat dan teman (3)-to all my friends

Names one can´t forget

Today is the day I wish to think about myself. Seek both in my heart and soul, for the names of those, whose names are written in my book of life
The names of those I have now lost touch with and the names of those who are close to me every time I need them. I want to go through each page of my book and remember the names that were important in my childhood, my young years and Now.Those I no longer meet often and those I meet every time the sun rises The names of those I will always carry in my mind. Those who stood by me in hard times and those with whom I share a smile.The names of those I have hurt and those who brought a tear to my eyes. Those from whom I have learnt lessons and perhaps have learnt something from me.
Those names are now part of my human existence. Those that are no longer here, are with me in every prayer and the names of those that came into my life for a season and then carried on their own jurney are etched in my heart
I am thankful to those that at one time or other have been with me in times of sadness and lonelinesss. Those who have always encouraged me and lent me an ear when i had lost my way
True friendship is like the marriage of souls, sharing good times and bad times. Friendship is feeling what the other feels. It has no time, age, colour or sex. It has no boundaries. It is magnanimous with the faults and enhances the the virtues of others.
I am thankful you have let me be a part of your life story and wish I have been or I am part of yours.
I am thankful for each of those names that have left a mark in my heart
Making friends is a blessing. Having a friend is a gift, being or having been your friend is an honour.

September 03, 2007

cameron oh cameron

hari ini 3 sept hingga 6 sept..kami akan ke cameron highland utk menyertai bengkel perolehan...

kemudian 7 hingga 9 september ke JW Marriot putrajaya pula untuk bengkel MPK..sunyilah gamaknya ofis ni..bye!

August 29, 2007

futsal inter archi. firm





alhamdulillah..hujung minggu lepas masa dapat diluangkan sepenuhnya bersama keluarga tercinta!pagi sabtu 25/8/07..kami tiga beranak berpagi-pagi ke Pusat Futsal, Bukit Jalil..memberi sokongan moral utk abg yang jadi goal keeper untuk team Veritas Architecht..abg pakai no 22..tak pasti berapa firm yang terlibat..game start seawal jam 8.30 dan berakhir kul 3.00 ptg (utk yg dapat masuk final lah..)



..seronok tengok abg main walaupun tak sepuas macam kat padang bola..amar pun tak kurang kalahnya..tak berkelip dia tengok org berlari mengejar bola..dan terkelip2 plak mata dia once dgr bunyi wisel referee..he ehh..
perjuangan abg dan kekawan dapat bertahan hingga suku akhir je..he hhe selepas 5 perlawanan..mandi peluh gak tengok abangku!..kami balik lebih kurang kul 2.00 ptg sbb dah penat..dan tak dapat masuk final..dan amar pun dah mula mengantuk..key..for Veritas Team..all the best utk the next tournament...

August 20, 2007

sahabat dan teman (2)-my best friends' wedding

mood majlis kahwin..



hujung minggu ini..hujung minggu yang meletihkan..letih makan nasi minyak..bermula Jumaat kediaman kami di Sri Kayan mula sibuk dengan persiapan jiran yang adakan kenduri kahwin untuk 2 anak2nya..mode kenduri mereka ala-ala kampung, memasak secara bergotong-royong..berjaga malam..kumpul beramai-ramai..

hmm..usai majlis petang Ahad tu..masing2 merebah diri menghilang penat..mlm tu juga ada majlis kenduri kahwin wan suhana..jiran sebelah bilik kat pejabat ni..di KGPA..melihat orang bersanding saya dan suami terimbau saat kami diijabkabulkan dan saat kami disandingkan..lain orang lain cara dan kecenderungan..

untuk blog ini saya sengaja letakkan gambar2 kawan karib ketika melangsungkan perkahwinan..tak ketinggalan gambar tuan tanah..kami le tu ..:) saja mengambil mood perkahwinan minggu ini..kepada kawan2 yang tersiar gambar kat sini..maaf ye!gambar keluar tanpa bayar royalti..

gambar atas tu gambar tuan tanah ..heh hh ketika majlis di rumah saya..no 1 gambar perkahwinan normy dan mazlan, sebelahnya pula liza dan suami di Penang..Liza dan Normy adalah kawan gelak dan kawan nangis masa kat UKM.

no 2 pulak gambar Nina dan suaminya ketika majlis di rumah Nina, Kuala Selangor..Nina ni kawan baik time kat KISAS dulu..sebelah meja masa form 4 dan form 5, kami bergiat sama di peringkat U dalam PKPIM dan sekarang sama2 jadi akauntan..Nina sekarang di Petronas, Terengganu...

no 3 adalah kawan2 masa kat Simpang Lima, masa form 1 till form 3..yg baju putih tu Khairi dan Dq Nie ..diorang kawan baik sejak form two lagi..sampailah kahwin..la ni dah ada girl ..setahun rasanya..baju purple plak..my first bestfriend masa kat simpang lima..haryanti..yan dan edy pun dah ada seorang boy..zikri..dah hampir setahun jugak rasanya..kelakar jugak bila fikir2..ialah bila dengan kawan2 ni..sama-sama membesar..sama-sama belajar ttg kehidupan..masa di asrama khususnya..sama-sama berkongsi cerita; minat orang tu..admire kat orang ni..sama-sama meluah perasaan frust kat orang ni..frust kat orang tu..sekarang masing2 ada teman hidup..masing-masing ada haluan dan cabaran tersendiri..hmmm..roda kehidupan..

kepada kawan2 yang dah berumahtangga..semoga rumahtangga sentiasa diberkati Allah..kepada yang belum ada tangga atau rumah belum siap..insha Allah..yakinilah..peraturan dan percaturan Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya..semoga rahmat sentiasa mengiringi kita..amiinn..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...