Showing posts with label koleksi. Show all posts
Showing posts with label koleksi. Show all posts
September 08, 2014
Karya Terkini Aisya Sofea-Dialah Cinta Hatiku
Buku terbaru tulisan novelis terkenal, Aisya Sofea ini bertajuk 'Dialah Cinta Hatiku'.
Masih berbalut plastik, saya 'sambar' buku ini di Pesta Buku Selangor tempoh hari. Menunggu giliran untuk dibaca :).
Di samping tugasan utama mengurus dan mengendali rumah tangga, menulis dan berkarya, membaca juga perlukan agihan waktu yang terbatas-batas.
*Sedang tahan hati.
September 03, 2014
Pesta Buku Selangor-Siri Mila dan Dr Bubbles
![]() |
| Siri Mila |
![]() |
| Siri Dr Bubbles |
Bukan ada bajet banyak, tapi demi memenuhi permintaan anak-anak, kami sempatkan juga berkunjung ke sana cuti merdeka lepas.
Kami lengkapkan siri Dr Bubbles dan Siri Mila atas permintaan Amar, Iman dan Rayyan.
Gambar-gambar itulah buku-buku mereka...
August 29, 2014
Botol Hijau B5J5
Botol hijau...
Hehehe...saya mahu kongsikan cerita botol hijau ini dalam entri kali ini. Botol ini dibeli oleh sahabat saya yang saya panggil Sue.
Berfungsi sebagai botol air detox, rekabentuk botol ini membolehkan buah-buahan sitrus diperah dan sekaligus direndam sekali tanpa bimbang akan kulit dan bijinya.
Musim raya sudah habis, segala jenis makanan masuk ke badan. Maka, saya dan rakan-rakan ambil inisiatif men'detox'kan semula badan dengan menggunakan botol hijau ini. Kami (saya dan bekas rakan-rakan sekolah) gelar grup kami 'Geng Botol Hijau'. :)
Boleh didapati di Jusco, Mudah.com dan KAMDAR.
January 25, 2014
Soutul Mujahidin dan Soutul Jihad
Saya belek kaset-kaset ini ketika bermalam di rumah mak tempoh hari. Ada banyak lagi sebenarnya. Kaset pada gambar adalah 'album' sekolah saya, KISAS (berwarna hitam)-nama kumpulan nasyid; Soutul Mujahideen dan sekolah saingan kami SMAP Labu (berwarna biru)-nama kumpulan; Soutul Jihad.
Rindu nak mendengar lagu-lagu kegemaran zaman remaja, tapi saya tiada radio yang boleh di'cucuk' dengan kaset lagi!
September 04, 2013
Naskhah Natrah
![]() |
| Naskhah Natrah yang saya beli pada 19 Mac 2010 |
![]() |
| Pembawa watak Cik Aminah (ibu angkat Natrah) dan Mansor Adabi (suami Natrah) |
![]() |
| Juliana Evan sebagai Natrah |
May 28, 2013
Jom Baca Kombo
May 19, 2013
Simfoni Cinta-Hilal Asyraf
![]() |
| Tanda dari Hilal |
Simfoni Cinta. Salah satu buku yang saya beli ketika PBAKL 2013. Tulisan Hilal Asyraf, penulis yang saya baca buku dan tulisannya, penulis yang saya ikuti di FB dan dunia maya. Penulis muda Malaysia yang cukup saya kagumi. Bermula dengan Takdir-Cahaya Yang Tidak Terpadam , saya soroti tulisan Hilal Asyraf meskipun tidak semua buku tulisannya saya miliki, nyata buah fikir dan ilhamnya yang dizahirkan dalam ceritanya tidak mengecewakan saya.
Simfoni Cinta, kompilasi cerpen tulisannya bertemakan cinta yang universal, cinta yang berpaksikan cinta Ilahi. Setiap cerita yang dibawa dalam buku ini 'menyentap hati' saya. 'Kenal' Hilal melalui tulisan dan perkongsian pandangannya di dunia maya menjadikan saya seolah membaca cerita tentang dia dalam buku ini. Watak-watak yang muncul dalam Simfoni Cinta adalah watak-watak yang saya kenal dari novel-novelnya yang lain. Kembara hati dan kembara fizikal yang dia tuliskan dalam Simfoni Cinta seolah-olah juga kembara yang dia kongsikan selama ini. Bahasa dia mudah dan indah, suasana dan biah yang Hilal wujudkan dalam Simfoni Cinta juga tak lari dari fitrah yang dilalui hampir semua yang seusia dan ketika berusia begitu.
Syabas Hilal Asyraf, moga usaha dan ilham diperhebat untuk kelangsungan mentarbiyah ummat.
![]() |
| Amar dan Hilal (Ummi malu hehehhe) |
May 10, 2013
PBAKL 2013 (3)-Khusus untuk Iman
![]() |
| Khas untuk puteri
Entri ini khas untuk Iman. Semasa pesta buku yang lepas, ada dua buah buku khusus buat Tuan Puteri, 10 Nilai Murni Bersama Aliyah dan Kisah Haiwan Teladan Dalam Al Quran dan Hadis.
|
May 03, 2013
PBAKL 2013 (2)
![]() |
| Naik LRT |
Label:
almari buku,
cerita dan peristiwa,
koleksi
April 12, 2013
Set Lapik Cawan
|
Sebenarnya bukanlah 'collector' sangat, tapi jika berkebetulan saya memang tak lepaskan peluang. Contohnya bila saya memang penggemar Milo, maka pernahlah saya ada koleksi Van Milo walaupun tak semua. Pernah juga selalu isi minyak di Shell semasa bekerja dulu (sebab Stesyen Minyak Shell Batu 3 laluan utama saya ketika itu), maka saya adalah juga 'ter'kumpul set Ferrari mini.
![]() |
| Set Lapik Cawan Nescafe |
Bila duduk di TAJ, saya alih tangki ke Petronas pula, (dah itu sahaja stesyen minyak tersohor di Gugusan Puncak Alam ni) maka kebetulan jugalah anak-anak saya lengkap karakter Boboiboy dan rakan-rakan yang dikumpul.![]() |
| Gambar Percuma :) |
Baru-baru ini, ketika berbelanja di Giant 13, terserempak pula dengan promoter Nescafe yang mengundang kami bergambar keluarga, maka adalah pula set di atas..:)
* Dayat ko dah ada?
November 20, 2012
Hadiah November 2012~Terbaeeekkk
Ini hadiah Amar, Iman dan Rayyan untuk hari lahir mereka..
Rayyan lahir 1 Januari 2011..maka dia dapat hadiah advance! Disember nanti Boboiboy Petir dengan Gopal pula keluar..errrrr..
Rayyan lahir 1 Januari 2011..maka dia dapat hadiah advance! Disember nanti Boboiboy Petir dengan Gopal pula keluar..errrrr..
Label:
amar sayang,
iman permata,
Indah Mata,
koleksi,
RaYyan ReaLiti
September 28, 2012
Terapi Mata
September 26, 2012
A.I.R dan kura-kura
Kesayangan-kesayangan Ummi dan kura-kura mereka..:). Jenuhlah kura-kura kecil melari-larikan diri dari tangan-tangan mereka. Jenuh juga mulut Ummi mengawal mereka...
Label:
amar sayang,
cahayamata,
iman permata,
koleksi,
RaYyan ReaLiti
September 12, 2012
Kura-kura A.I.R
![]() |
| ..'kat mana ni?' |
![]() |
| ada 3 ekor.. |
'Amar nak kura-kura..',
Bagus betul anak bertuah ni, kami fikirkan dia nak buku atau mainan :). Jawapannya terkeluar dari jangkaan tipikal kami. Usai 'bank-in' duit raya anak-anak di Saujana Utama, kami cari kura-kura untuk Amar (dan adik-adiknya sekali). Saujana..tiada. Puncak Alam (F2)..tiada..Meru..tiada..Setia Alam tiada.
'Time cari memang takde..' rungut suami.
Dalam perjalanan balik, kami cuba jenguk-jenguk lagi di Meru. Kami tergerak belok ke kiri. Yeah!Akhirnya ada juga kedai ikan jual kura-kura. Tak cakap banyak bercampur letih, kami terus beli 3 ekor. Dapatlah mereka seorang seekor..
'Suka hatilah nak...asalkan kalian bahagia...'
Label:
amar sayang,
iman permata,
koleksi,
RaYyan ReaLiti
September 08, 2012
Sunan Musafir
Bagi peminat dan penggemar Dwi Trilogi Sunan, edisi 'Selamat Tinggal' ini seolah-olah meremukredamkan jiwa..:(. Penat rasanya berfantasi kembara bersama Sang Laksamana, juga melayan cintanya yang merentas masa dan ruang.
Sunan Musafir bukanlah Laksamana Sunan. Nama itu milik susuk Andika. Buah hati Saifudin dan Ratna. Kata Saifullah si Indera; Dani mirip Sunan Musafir. Dani ditulis sebagai keturunan Megat, abang kepada Saifudin. Kata Luna, serikandi Polip; Andika tak tumpah persis Ratna...:). Paduan keduanya mungkin menjadikan watak Andika tampak pemuda yang elok paras rupanya.
Sunan Musafir, cerita atas cerita. Kali ini ada pertembungan di antara harimau!Harimau Berantai gelaran si bajingan, juga harimau jadi-jadian dek penyakit keturunan pengembara dari Jambi. Saifudin juga ibarat harimau, harimau sembunyi kuku di balik Kiai Kelana yang penuh hemah dan hikmah.
Sunan Musafir menzahirkan cinta sejati kepada Ratna yang tiada bergalang ganti.
Sunan Musafir menghadirkan Haryani sekali lagi. Tetap pada cemburu yang tak pernah bersisa meskipun merentas zaman dan masa.
Sunan Musafir..aduhai!sudah bernoktah cerita kembara Sang Sunan..titik!
June 26, 2012
Bunga
![]() |
| Kembang untuk pertama kali |
Sebelum ini tak pernah rajin pun nak berbunga-bunga, cuma rajin tolong siram bunga mak sahaja..:)
Sejak berumah di AJ, suka pula saya dengan bunga. Saya paling suka bunga ros. Sempurna untuk sekuntum bunga. Cantik, wangi, berduri, berdaun..walaupun susah nak jaga..:)
Kisahnya bunga di atas ini, tinggalan dari penyewa rumah kami. Masa kami berkemas-kemas laman, pokok ros ini, hampir-hampir mati..macam segan nak hidup. Suami saya tanamkan semula di sudut laman. Tak dijangka..ia hidup dan berbunga. Sehingga hari ini, ros pink ini sudah berbunga 3 kali. Kali pertama, sekuntum. Kedua..dua kuntum, dan kali ketiga..tiga kuntum!
Maka, hati dan diri saya termotivasi untuk ber'bunga-bunga' di laman kecil kami. Setakat ini saya sudah ada 3 pokok ros..3 pokok berdaun..1 pokok bunga daisy (pun sudah berbunga 2 kali) juga bunga lavender yang semakin gemuk..:)
![]() |
| Daisy yang muncul untuk kali kedua |
April 25, 2012
Rayyan yang Sensitif
Setiap anak ada ragam dan kelainannya. Tulisan ini tentang Rayyan dan 'nappy rash'nya. Rayyan memang berkulit sensitif, ketika awal kelahirannya jenuh mencari lampin pakai buang yang sesuai untuknya. Meskipun saya pakaikan CD untuk Iman dan Rayyan ketika itu, tetapi kekerapan bayi buang air besar ketika awal kelahiran menjadikan pilihan lampin pakai buang sebagai terbaik, tercepat, termudah..tersenang..:).
![]() |
| sebahagian CD yg berbasuh..:) |
Namun, saya serik dan kasihan dengan Rayyan, kulitnya akan berbiji-biji kemerahan kegatalan bila ter'salah' pilih lampin pakai buang. Bujang kecil ini memang men'dorong' ke'rajin'an umminya. Saya akur menggunakan CD Iman keseluruhannya untuk Rayyan. Iman juga sudah pandai mengawal 'hajat'nya. Sejak Iman genap 3 tahun, dia tidak lagi berlampin hatta ketika tidur malam, alhamdulillah.
Lagi satu, tidak semua krim cegah ruam juga bersesuaian untuk Rayyan. Kulit Rayyan me'nolak' krim jenama 'Pureen' dan 'Anakku', tak sesuai untuknya dan setakat ini 'Drapolene' yang berkesan..
Makanya, kenalilah anak-anak kita. Ambil tahu kelemahan dia dan cubalah sedaya upaya memberi yang terbaik untuk si manja..chaiyok Ummi!
April 12, 2012
Takdir ~ LOTR?
Ini buku Pak Ngah (adik lelaki saya). Pak Ngah memang pembekal utama novel2 thriller untuk saya. Minat saya dan dia selalu seiring. Membaca karangan Hilal Asyraf ini mirip menonton Lord of The Ring. Beza pada pendekatan watak dan ceritanya. Saya kagum dengan imaginasi pemuda ini, dan moga hajatnya berdakwah melalui tulisan dipermudahkanNya.
Pada novel ini ada Angkasa Sakti, ada Ruh Faizan dan anakanda2nya - Aizan Fahmi dan Maisarah, Ezakiel, Kiai Bumi..Kiai Suci ohoho..ramai nak dibariskan. Musuh mereka satu, Sang Asura yang mengaku Tuhan. Ibarat tinta penulis; TAKDIR~ Cerita perjuangan mereka yang percaya kepadaNya..
December 09, 2011
Waris CD
Penggunaan CD (Cloth Diaper) memang berbaloi. Boleh diguna berulang-ulang, boleh juga diwariskan untuk anak yang kemudian. Sedikit perkongsian dan juga untuk catatan peribadi..:)
Cara basuh
Cara basuh
- bilas/ buang dulu najis pada air yang mengalir
- masukkan dalam mesin basuh macam biasa, kurangkan penggunaan sabun
- elakkan peluntur dan pelembut/pewangi
- jangan campur dengan fabrik lain, walaupun pakaian yang terkena najis cth;seluar tidur anak
- pastikan velcro dilekatkan pada ruang yang tersedia untuknya (supaya CD tidak melekat sesama sendiri..;)..)
- sidai di bawah sinar matahari (paling elok), kalau tak dapat, sidai bawah kipas (yang berpusing).
- pakaikan CD untuk tempoh 3-4 jam
- pastikan anak baru ditukar/ kering ketika kita nak solat bagi mengelakkan was-was..anak-anak saya suka panjat2 Ummi ketika Ummi solat..huhu
- lipat siap2 dengan insert.
- belilah corak yang universal (dah beli takpa..:)..Rayyan pakai CD Iman bentuk love dan warna pink..hehehe
December 07, 2011
Fiksyen 302 ~ bELuM dI TanGaN
Novel terbaru penulis kegemaran saya sudah berada di pasaran. Pada ketika ini saya masih belum memilikinya..:(. Hajat di hati, saya merancang untuk membelinya di Jualan Karangkraf pada 2-4 Disember lepas tapi tak berkesempatan.
Khabarnya novel ini berkisarkan pembunuhan dan elemen psiko. RAM memang terkenal dengan kebolehannya mengajak pembaca meneroka fiksyen ciptaannya. Saya mengharapkan plot dan kesudahan yang tak terjangka pada novel kali ini. Sabarlah hati..
Subscribe to:
Posts (Atom)





























