Catatan ini buat seorang sahabat yang mirip Aishwarya Rai... :)
21.12.2013. Setelah lebih 10 tahun tidak bersua muka, saya bertemu dengan salah seorang sahabat akrab ketika belajar di UKM. Normy, sahabat saya yang 'tulen' wajah dan loghat utaranya sebenarnya tidaklah 'jauh' sangat dengan saya. Justeru, jemputan dari Normy untuk menghadiri Majlis Kesyukuran kelahiran anak kembarnya (anak ke 4 dan 5) menjadi medan pertemuan semula yang sangat-sangat disyukuri.
Datang dan berasal dari Kedah, saya tidak menyangka Normy dan suaminya (juga sama belajar di UKM) akan bermastautin juga berumahtangga di negeri kami. Sepanjang kami tidak bersua muka ke muka, interaksi dan perkembangan antara kami lebih banyak dikongsi di muka buku (FB). Sebak, itu gambaran perasaan kami yang agak tepat tika kami sampai di kediaman keluarga Normy. Menyebut nama saya dengan ejaan penuh, Normy nyata nampak terharu dengan kehadiran kami sekeluarga. Pertama kali juga saya perkenalkan sahabat karib saya ini kepada suami. Di UKM, selain Normy, saya ada Liza, Elin, Ina juga Faiez. Tidak ketinggalan saya ada Azrin, Faizal, Faizul, Amy juga Adnan. Nama-nama ini sering saya sebut ketika bercerita kepada suami perihal zaman UKM yang sangat manis :).
Mengenali Normy yang sangat peramah dan begitu menghargai persahabatan, saya berlama-lama di rumahnya petang itu. Tambahan, kehadiran Mas bekas teman serumah Normy, yang turut saya kenali menambahkan kemeriahan kami di samping ragam anak-anak. Hampir tidak sedar umur menginjak 34, berasa 24 pula waktu itu. Macam-macam yang diceritakan, lebih kepada mengimbau kemanisan zaman belajar dan kerenah anak yang sedang membesar.
Dari cerita 'setinggan' di kamsis, membawa kepada kisah pasar malam di Bandar Baru Bangi. Dari cerita Tasik Kejut (Kejuruteraan) hinggalah kisah motorsikal PBW yang sangat berjasa. Juga cerita-cerita 'manis' hiasan remaja yang buatkan kami tercubit-cubit sesama sendiri. Manis...memang manis petang itu.
Meniti ruang-ruang dewasa kini, pertemuan sekali-sekala sebegini seolah menyuntik 'jiwa remaja'. Jiwa penuh ingin tahu, jiwa yang bersemangat juga jiwa yang berkobar-kobar membina peribadi tegar. Normy juga sahabat-sahabat UKM saya, moga ikatan ukhuwwah kami berkekalan dalam redha-Nya. Amiin.
Showing posts with label UKM. Show all posts
Showing posts with label UKM. Show all posts
December 25, 2013
October 03, 2013
Selamat Berjuang
Tiba-tiba rasa sangat rindu dengan sahabat-sahabat saya ketika mengaji di UKM dahulu. Saya tujukan lagu ini khusus buat mereka, lagu ini antara lagu kegemaran kami suatu waktu dahulu ketika masing-masing di persada perjuangan ilmu dan fikrah.
Hidup ini satu perjuangan!
Nasyid-Satu Perjuangan dari Brothers
Sumber : Youtube
Hidup ini satu perjuangan!
Nasyid-Satu Perjuangan dari Brothers
Sumber : Youtube
June 25, 2013
Jerebu 2 - Ziarah Sahabat (Batu Caves)
sambungan dari ziarah di Seri Menanti.
Kg.Baru, Batu Caves
Lebuhraya Utara-Selatan dari Senawang menuju ke Kuala Lumpur. Sekali lagi kami melalui lebuhraya 'jerebu'. Sebelum berpergian pagi itu, kami sudah bersedia dengan topeng muka untuk diri dan anak-anak. Maka, ketika kami singgah solat di RnR Seremban, masing-masing turun dengan separuh muka tertutup.
Sepanjang jalan menuju ke Batu Caves, jerebu sangat teruk melanda pusat bandar. Bangunan-bangunan tinggi hampir tak kelihatan dan tulisan amaran jerebu berkelip-kelip di sepanjang jalan. Alhamdulillah, perjalanan ke destinasi kedua kami tidak banyak masalah. Sampai di Bulatan Batu Caves, kami terus menuju ke rumah keluarga Elin dan Syukri dengan bantuan arah melalui telefon, maklumlah jalan di situ semakin berselirat dan berubah berbanding ketika saya selalu 'bermain' di kawasan Gombak, Batu Caves (termasuk Wangsamaju) suatu ketika dulu.
Majlis mereka sudah hampir selesai ketika kami sampai. Kami tak kisah sebab memang saya khabarkan pada sahabat saya Elin, bahawa kami akan sampai lewat, dan niat kunjungan kami adalah untuk menziarahi mereka sekeluarga. Seingat saya, kali terakhir kami berjumpa ialah ketika saya dimasukkan ke wad sebelum kelahiran Amar. Hampir 7 tahun!Betul, hampir 7 tahun saya dan sahabat saya ini tidak bertemu muka. Sudah tentu, pertemuan semula saya yang sudah beranak tiga dan Elin yang sudah beranak lima mengundang sebak yang ditahan-tahan dengan tawa 'macho' kami.
Kediaman mereka betul-betul berlatarkan Batu Caves yang tercacak megah. Pemandangan petang itu juga dihiasi awan jerebu. Tersurat untuk kami hari itu, melihat jerebu di balik bukit dan gunung. Pertemuan singkat kami terasa cukup indah, hampir tak cukup mulut bercerita. Saya sangat berpuashati dapat berjumpa juga dengan sahabat sebilik, se'motor', sekuliah, se'banjar'..se..se..segala bagai itu. Dengan Elin, saya dan dia kadangkala tak perlu 'bercakap'. Pandangan dan riak muka juga sudah cukup me'maham'kan kami antara satu sama lain. Bagaimana lagi perlu saya ungkapkan 'akrab'nya kami..:). Allahurabbana..semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurga, moga persahabatan kami ini menjadi jambatan silaturrahmi yang tidak bertepi.
Cerita kami petang itu banyak berkisar tentang anak-anak, tercuit-cuit juga kisah-kisah lama di samping ringkas perkembangan semasa. Tak lupa juga bertanya khabar keluarga memasing. Saya kenal ibubapa dan adik beradiknya, begitu juga Elin yang turut 'hafal' nama adik beradik saya juga perangai sifat mereka. Rindu!Sangat rindu sebenarnya dengan dia.
Anak-anak saya meskipun lewat sempat menjamah kek. Saya pula makan nasi berlauk ikan masak sambal, sementara suami melayan kambing sejamah dua. Sambil makan, sambil bercerita rasa cepat sahaja masa berlalu. Menjelang lewat petang, kami terpaksa mengundur diri. Memang tak puas, tapi saya men'cukup'kan juga rasa puas itu. Syukur dengan pertemuan, redha dengan perpisahan..alhamdulillah.
Perjalanan petang kami diteruskan menuju ke Subang Bestari pula. Alhamdulillah..alhamdulillah!
bersambung....
-Subang Bestari

April 16, 2013
Jejak Lasagna
Agak lama blog ini tidak di 'update', tak berapa rajin..:). Untuk kali ini, saya tulis tentang pertemuan semula saya dengan seorang sahabat..(cerita minggu lepas).
Hari Jumaat 12.04.2013 saya berkesempatan jumpa Najihah setelah 13 tahun kami tak jumpa. Dulu, semasa di KISAS kami sealiran kelas dan kami juga sahabat se'gayong'. Kemudian, sama-sama pula mengaji Akaun di UKM.
Semuanya disebabkan gambar lasagna yang dia pos dalam FB. Saya memang penggemar lasagna daging dan alhamdulillah, atas keizinanNya juga dengan keizinan suami saya berpeluang memesan, merasa lasagna yang Najihah jual dan paling penting bertemu muka dengan kawan lama saya ini.
Kali ini pertemuan kami diiringi dan ditemani keriuhan anak-anak. Sekadar minum bersama, kepala kami juga tak habis-habis tercongok-congok mengawasi pergerakan anak-anak yang leka bermain sesama sendiri. Saya dan Najihah ada dua medan 'mutual friend' KISAS (SPM 1996) dan UKM (khususnya pelajar-pelajar Akaun-Graduasi 2001), maka kerapkali juga kami terkeliru 'dari mana' datangnya kawan-kawan yang kami ceritakan pada pertemuan singkat itu.

![]() |
| Setelah 13 tahun tak jumpa |

| Saya, Najihah dan anak-anak kami
Terima kasih Jiha!Syukur atas pertemuan dan ukhuwwah ini, insya Allah ada rezeki kami akan berjumpa lagi, rumah kami pun tidaklah jauh sangat! :)
|
April 07, 2013
Menjernih Hidup Beragama-Al Adib
Ini buku sulung tulisan Adib, rakan sekelas saya ketika bersekolah menengah di KISAS juga ketika mengaji di UKM. Seiring dengan 'hangat'nya aura Pesta Buku di PWTC yang bakal berlangsung bermula 26 April ini, saya rasa seronok dan tumpang bersyukur bila tulisan sahabat saya ini pula telah diterbitkan (melalui maklumannya di FB semalam).
Saya sentiasa mengikuti tulisannya di blog beliau http://www.al-adib.net dan juga cetusan fikirannya di Majalah Solusi saban bulan. Adib yang pernah saya kenal sememangnya sesuai dengan namanya, beradab juga berakhlak tinggi, cinta bahasa dan sastera serta begitu petah bicara.
Tahniah Adib!Lebih tepat Dr. Adib, sejujurnya saya cemburu, dan seikhlasnya saya bersyukur kerana mengenali sahabat hebat seperti beliau.

March 29, 2013
Sahabat Hebat
Alhamdulillah..thumma alhamdulillah. Saya masih ada lagi di bumi Allah di pagi Jumaat yang barakah ini dengan insan-insan yang saya sayangi, masih lagi diberikan nikmat Iman dan Islam yang perlu disyukuri sepanjang hayat.
Di samping kesibukan melayan keperluan keluarga, saya sempat-sempatkan diri menjenguk khabar sahabat-sahabat saya..terutamanya melalui blog dan FB. Bila melihat perkembangan dan khabar mereka yang pernah berada di sekeliling kita, akan wujudlah pelbagai situasi; gembira, sedih, terkenal, berdiam diri, macam-macam lagi. Bagi saya, saya bersyukur dan saya cukup bersyukur dengan apa yang saya miliki (dipinjamkan sebenarnya) pada saat ini. Di kala saya kadangkala mengeluh lenguh situ dan sini, ada sahabat yang diuji sakit bermasa, di kala saya kadangkala mengadu letih melayan kerenah anak-anak, ada sahabat yang berhempas pulas berusaha memperoleh zuriat. Di kala saya jenuh memikir keperluan pelbagai, masih ada sahabat yang tak kering peluh mengganda-gandakan rezeki, mencari-cari ruang yang lebih luas untuk selesa sendiri dan selesa keluarga.
Tak dinafikan, saya mempunyai sahabat-sahabat yang hebat di persada memasing, ada yang hebat di medan dakwah, ada yang tersohor pada ilmuan, ada juga yang sedang mencipta nama dan bertatih kaya raya. Ada yang menumpu 'kaya' jiwa pada keluarga. Saya bersyukur mereka ada itu semua, saya yakin takdir mereka adalah yang terbaik untuk mereka, dan saya meyakini sahabat-sahabat hebat ini didorong rasa kebertanggungjawaban untuk ummat. Pada mereka di jalan dakwah dan juga siasah, pastinya manfaat itu untuk ruang yang lebih luas. Pada mereka di jalan ilmuan, sesungguhnya itulah medan 'pencen' kubur mereka nanti. Pada yang menumpu kekuatan ekonomi, didoakan keberhasilan dan manfaatnya untuk Islam secara lebih menyeluruh. Pada yang menumpu kekuatan sahsiah dan keluarga, pastinya mereka bercita-cita besar melahirkan insan-insan sehebat dan lebih hebat dari mereka.
Saya bersyukur saya dikelilingi ramai sahabat-sahabat yang hebat. Hebat pada jiwa, itu yang utama!

December 06, 2012
Saya,dia dan mereka
Kolej Islam Sultan Alam
Shah (KISAS) ~ 1995-1996
Kami hanya terserempak di Pusaneka, di RU..TSL memanglah tidak (saya pantang masuk library..sejuk sangat!hehhhe)..selalu juga kami terjumpa di ATM Juwara..tempat cucuk duit tersohor untuk pelajar2 tajaan MARA khususnya..pernah juga kami ter’sama line’ di kelas ZT..adalah juga sekuliah kan?
Alam Jaya ~ 2012 (35
minit dari Saujana Rawang..lalu jalan dalam lah..org tempatan kannn)
Kami tak sekelas..tapi kami se’Soutul’, saya dan dia paling
suka bila ada latihan nasyid, berlatih kekononnya macam nak pergi pertandingan
peringkat dunia :P padahal untuk persembahan kat surau Aspuri je hehehe..
Kami juga tak sedorm..tapi kami se’gayong’..habis saja
latihan silat kami sama-sama sental baju silat di Bilik Air Umum, sambung
bergayung!Ialah..baju silat kami sepasang je, berlatih atas padang becak,
bersilat macam gaya nak masuk Sukan SEA..padahal untuk dapat talipinggang Awan
Putih je..hehhehe
Kami tak sealiran tapi kami selalu beratur sama di Dewan
Makan..kadang dia cop tempat, kadang saya ambil giliran..(senyum lagi..) J
Kami bukan tergolong study gila-gila..kami lebih gemar
bercerita tahap gila-gila..kadang2 dia lupa dia KP..dia ikut bising macam saya
yang study paling lama pun 20 minit!
Kami tak senegeri...sering saja dia cemburukan saya yang
balik kampung sebulan sekali..dia pula kalau balik makan hari..
Tapi dia antara sahabat yang hebat dan setia! Paling saya
ingat dia suka ‘cangkuk’ leher saya..
‘hang member aku paling kecik..paling ringan aku nak tarik..’
ialah...dia besar..tinggi pulak tu!
Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) ~ 1998-2001
*1997-Pusat Matrik lain-lain..
*1997-Pusat Matrik lain-lain..
Saya di FPP (budak akaun katanya) dia di FKEJ (budak
enjin..hehhehe)..
Saya di Aminuddin Baki..rasanya dia di Ibu Zain..huhuhu
betapa kami semakin tak rapat..:(Kami hanya terserempak di Pusaneka, di RU..TSL memanglah tidak (saya pantang masuk library..sejuk sangat!hehhhe)..selalu juga kami terjumpa di ATM Juwara..tempat cucuk duit tersohor untuk pelajar2 tajaan MARA khususnya..pernah juga kami ter’sama line’ di kelas ZT..adalah juga sekuliah kan?
Sesekali kami terjumpa di Surau bawah Pusaneka..takpun depan
PMU..paling selalu terjumpa di Pesta Konvo J
Kami memang agak renggang di UKM..hanya jumpa
sekali-sekala..tapi kami tak lupa salam semut
kami..tak pernah lupa semangat gayong kami..dan dia jarang lupa untuk
mencangkuk leher saya..
‘hang ni kan Zah..tak tinggi2..tara tu gak!’..:P
Saujana Rawang ~ 2012
(tengok timeline..uissyyy lama sangat dah)
Kami sembang sambil duduk bersila..bezanya kami sudah
bersuami dan masing-masing beranak tiga. Saya bertekad mencari dia, terasa
sangat berhutang waktu-waktu susah dan senang..dia sedang diuji dan keluarganya
juga sedang diuji..
..’apa rasa kena bedah Zah?’ dia maklum saya sudah 3 kali
c-zer..
..’hehhe..weng separuh hari..macam di awang-awangan’ J saya
jawab bersahaja..
..’dia boleh tanya soalan sama 5 kali..layankan je’..suami
saya menambah
Kami cerita lagi..sambil anak-anak turun naik tangga dan
terkekek-kekek sesama sendiri..
..’zah..sebenaqnya..aku takut’ saya pandang dia dengan
senyum..(dalam hati sentap!)
..’takpe da..sabar..’ sambil gosok-gosok tangan
dia..sebenarnya saya tak tau nak cakap apa..
........................
........................
Saya setia menjenguk-jenguk khabar dia melalui FB, saya kagum
dengan sokongan dan doa sahabat-sahabat seKISAS. Saya mengagumi kesediaan dan
kesetiaan mereka memberi sokongan moral serta membawa doa serta titipan ramai
lagi sahabat-sahabat kami yang lain. 1 Disember di Hospital Selayang, Aida
menjalani pembedahan sebagai rawatan kanser payudaranya. Saya kurang betah
istilah sebenarnya. Khabarnya dia di tahap 2. Allah..moga kekuatan tersakti Kau
anugerahkan untuknya dan ahli keluarganya. Meskipun ujian ini untuknya tapi
kami yakin ia manifestasi kasih dan cintaMu yang tak bertepi.
*Sahabat-sahabat KISAS khususnya ‘Class of 96’..moga ukhuwwah
fillah ini berpanjangan, berkekalan dan dirahmati hingga ke sana..
Alhamdulillah ‘ala kulli hal....Allahu Akbar..
May 15, 2012
Saya Rindu
Serasanya mahu bicara tentang sahabat, ada rindu yang tiba-tiba bertamu..mereka yang akrab itu ramai, berbeza-beza. Ada yang terus-terusan bawa bahagia, ada juga yang pernah mencorak keping-kepingan luka. Selalunya saya cenderung berpaling terus dari yang mencalar rasa, juga saya cenderung menumpah perhatian pada ikatan setia.
Benar, saya betah dengan sahabat yang tiada mengenal pangkat mahupun kerabat. Kurang tertarik pada kelompok pemilih-pemilih darjat. Biar siapa pun manusia itu, saya lebih menghargai mereka yang menjadi diri sendiri. Biar cantik dan 'handsome' rupa, tidak menjamin indahnya bicara. Harta mungkin tiada tapi santun dan belasnya?wahhh..sangat kaya. Tidak perlu meletak standard, cukuplah rasa hormat.
Kadangkala, saya rindu sahabat yang diam..selalunya..kata-kata mahalnya pengubat nestapa..
Kadangkala, saya rindu sahabat yang kecoh dan heboh..meski sentiasa riangnya membahagiakan, ada sisi keprihatinan yang sering tak terjangkakan.
Seringkali..saya rindu pada yang karib menemani, tulusnya bila di sisi..
Seringkali..saya rindu pada yang sering bertikam lidah..ibarat cermin diri sendiri..:)
Benar, saya bukanlah terbaik kepada mereka yang baik-baik..:)
Saya juga pernah membawa rajuk..aduhai..maafkan khilaf itu..
Saya juga pernah menjeruk rasa..kerdilkan manusia?
Terima kasih dengan sesungguhnya..
Maaf dengan setulusnya..saya dan anda masih manusia biasa...
Maaf dengan setulusnya..saya dan anda masih manusia biasa...
Saya rindu sahabat-sahabat saya..
December 08, 2011
Varsiti Kita
Varsiti Kita
Lihat Kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan
Inilah Varsiti Kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita
Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara senantiasa
Maju berilmu dan bahagia
Lihat Kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan
Inilah Varsiti Kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita
Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara senantiasa
Maju berilmu dan bahagia
Inilah Varsiti Kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita
Pusat Matrikulasi UKM di MIT, Bayan Lepas Pulau Pinang (1997)
FPP-Perakaunan (1998-2001)
Kamsis Aminuddin Baki (1998-2001)
Subscribe to:
Posts (Atom)