'...sesuatu yang menjadi lumrah bagi kehidupan kota; remang petang tidak bererti hari semakin sunyi, seperti resmi di desa yang akur pada fitrah insani..siang untuk bekerja malam untuk merawat lelah dan penat berusaha. Tetapi tidak di sini, di persisiran sungai yang merentas hutan batu itu, pada pertemuan sungai di pinggiran bangunan PWTC,lembah yang kadangkala melimpah bila ruah hujan tak mampu lagi dibendung tanah yang tidak lagi merekah..mana mungkin limpahan hujan itu terserap ke fitrahnya...sedangkan ia diliputi tar2 pekat..tanda akur pada kemodenan pesat..(membangun?).
Kanopi berwarna warni menghiasi latar 3 meter tinggi dari tanah..detingan laga kuali dan sudip serta asap-asap yang mengasak mewarnai dunia dan deria..di atas, langit mula bersilih warna dan rupa...tanda malam mula menjengah..manusia di bawah pula masih jerih menggalas payah..ada yang masih mengisi ruang-ruang kotak bangunan metro; masih terangguk mendengar amanat ketua, masih tertunduk-tunduk menulis catatan dan nota..masih di situ ratib di depan skrin komputer..dan di sudut luar kotak-kotak batu, ada yang duduk di kerusi-kerusi plastik di balik kanopi warna warni..sementa sibuk urusan kerja; dapur di rumah juga beralih ke sana (rimbunan kanopi..?)...odesaje..
Fikir2kan betapa dunia dan waktu cepat berlalu untuk apa dunia yang saban hari pada rutinnya?berbaloikah kekayaan dan kejayaan andai tujuan sebenar kekhalifahan tidak diinsafi..bila lihat langit yang berubah warna, burung yang kembali ke sarang (masih ada ruang juga untuk sang unggas di hutan batu ini)..sedar2 esok rutin ini akan kembali..dan usia juga makin menginjak..adakah bekal untuk dunia yang kekal; bertambah atau berkurang..seiring nafas yang semakin bersisa?..masya Allah!..'
20/07/2007
* catatan ini dipetik dari jurnal harian, ketika peristiwa di atas..aku dan kawan2 opis sedang minum di ambang senja..menunggu waktu untuk satu mesyuarat yang tak berapa redha nak pergi..
February 21, 2008
February 18, 2008
amar and snail

amar dan snailnya tak dapat dipisahkan..gambar pertama amar start bergolek dgn snail..gambar kedua dia dah layan ngantuk..gambar ketiga dia dah ke alam wonderland dia bersama snailnya..
amar ..klu nak tido mesti cari snail..even snail dia terjatuh ke bawah..dia akan merangkak..tarik sesungut snail dia..
amar..tak boleh orang lain baringkan snail dia..dia akan tarik snail dia..dari kita..kekadang saje je menyakat..
amar..pengasuh dia pun bleh pening klu snail dia tertinggal masa hantar dia ke umah pengasuh..hehhheh..'amar takdok siput dia..susoh acik nak tidokan dia' (dlm makhraj kelembutan Kelantan)..
amar..amar..
January 24, 2008
dendam bertukar menjadi azam..warna dalam hidup aku
..ada ketika dan ada masanya kita akan terimbau kisah2 lama..terutamanya ketika berseorangan..sama ada ketika memandu..atau ketika berjalan..hatta ketika di dalam tandas..he eh heh..ada sesuatu yang sedang berlegar-legar di fikiran aku lewat 2 3 hari ni..ttg seseorang yang satu masa dulu amat mewarnai dan mempengaruhi aku..sama ada secara sedar atau tidak. Semuanya bermula dengan satu peristiwa..tak dinafikan pada zaman persekolahan aku amat 'dengki' pada org yang pandai2..dan mungkin kerana latarbelakang keluarga yang susah aku menjadi seorang yang kuat azam dan tekad dalam usaha untuk mencapai sesuatu..
seorang insan ini adalah seseorang yang amat sukar didekati pada masa itu..tak pasti kenapa..mungkin kerana dia menjaga tatasusilanya atau mungkin kerana dia menjaga egonya..aku kagum pada dia sejak form 1 lagi..mengagumi kepintarannya dan mengagumi cara dia membawa diri..yakin pada diri sendiri dan tak kisah orang lain, sekali pandang org akan kata dia sombong, hmm lebih kuranglah..dia juga pada hemat aku sangat memilih kawan..mungkin dia ada alasan sendiri..dan aku tak pernah tersenarai dalam senarai kawan2 dia pada masa itu rasanya..
kami satu kelas masa form 2 dan form 3..aku memang tak pernah bertegur sapa dengan dia..satu petang ketika waktu prep..hati aku terdetak untuk tanya dia satu soalan..'macamana dia bleh jadi pandai'..dia dgn gaya dia yang tersendiri (hanya aku yang bleh bayangkan dan peristiwa itu masih terbayang depan mata aku) berkata .................................... (biar aku sorang je tahu apa dia kata)..PAP!aku sangat tertampar dgn kata2 itu..sangat terpempan dan pada masa itu aku rasa sangat sakit hati, geram dan sebagainya..
sejak hari itu..aku ikut segala perkembangan dia..berapa result dia..apa yang dia score..mata pelajaran mana yang dia tak berapa terror..hatta aku bleh hafal waktu study dia..dan satu perkara lagi setiap kali prep petang..aku akan tengok buku apa yang dia pegang..matapelajaran apa..itulah subjek yang akan aku study...hah ahhha..psiko gak aku ni..tapi aku tak pernah lagi tegur dia selepas tu..dalam hati aku ada 3 tekad;1-satu hari nanti aku akan beat dia dalam study dan aku akan pastikan dia mengaku dia kalah dgn aku, 2-satu hari nanti dia akan jadi kawan baik aku..tak kiralah bila, tekad aku yang ketiga..aku tak akan tegur dia selagi dia tegur aku dan selagi dia tak 'mengiktiraf' kewujudan aku..
Pencapaian pertama dan ketiga:
akhir form 2..aku berjaya beat dia dan dia admit perkara tu..dia admit depan aku dan depan seorang sahabat aku..masa tu org tak ramai dalam kelas..ramai dah balik prep..aku baru nak keluar dari kelas, tetiba dia datang tercacak depan aku dan '..tahniah..' dan dia tabik kat aku..YES!walaupun hanya SATU perkataan dan SATU perlakuan..hati aku sangat puas!keesokan harinya dia tegur aku..kat depan kelas dengan salam 'Assalamualaikum'.sesuatu yang dia tak mudah lakukan pada masa itu..
form 3..aku masih ikuti perkembangan dia tanpa dia sedar..tapi kami tak sebaik masa seperti masa form 2..tak tau kenapa..mungkin obses aku pada kehadiran dia secara fizikal kurang berbanding form 2..dia juga pada hemat aku agak merudum..sama ada dari sudut pencapaian akademik ataupun ko kurikulum..mungkin sebab masa tu dia sedang dilamun cinta/perasaan dengan seseorang he ehh..masa tu orang dia minat pun aku boleh tau!
Pencapaian Kedua:
form 4..masing2 beralih arah dan sekolah..aku masih ikuti perkembangan dia walaupun tidak sekerap dulu..satu perkara yang aku tak berapa ingat (tapi dia yang ingat!)dia pernah datang sekolah aku, dan nampak aku..dia kata dia gembira sebab aku berada di tempat yang baik dan aku dalam keadaan baik..(kata-kata ini keluar setelah 3 tahun)..
di alam universiti..aku dan dia memilih haluan berbeza, course berbeza di universiti yang berbeza..tapi aku masih menjejaki dia..terutamanya kalau aku rasa down dalam study aku..semasa di tahun 2 boleh kata setiap hari aku dan dia berhubung..tapi kami tak pernah berjumpa!even satu ayat.."aku tension hari ini".."aku bengang"..whatever..segalanya diluahkan pada dia..even aku frust dgn seseorang..minat kat orang..aku cerita dgn dia...hatta kalau tak ingat lirik lagu pun tanya dia..padahal zaman tu sms tak de lagi..kalau masing2 habis kredit ..kami guna public..hahhahh
ada satu buku kecil..yang aku simpan sejak form 2..yang mencatat segala pencapaian aku dengan dia sentiasa ada di depan mata aku masa study dulu..sebagai penguat semangat aku..sebagai pendorong aku untuk dapat result yang baik, alhamdulillah dengan izin Allah..pencapaian aku meningkat masa tahun 3..berkat kesungguhan, usaha dan dorongan diri sendiri, keluarga dan rakan2 terutamanya 'sahabat maya' aku ni..slh satu ayat dia yang masih aku ingat..'zah..saingan utama kita adalah diri sendiri..kau mesti fight dengan diri ngko sendiri..sebab klu ngko berjaya lwn diri sendiri ngko bleh lawan dengan sesape pun..'
habis belajar di universiti aku berdepan dengan satu ujian yang 'amat berat' untuk aku..satu ujian yang menyebabkan aku hilang kepercayaan kepada diri sendiri dan kawan2 rapat aku..dan dalam masa yg sama aku lost contact dgn dia..aku tukar no phone sebab mengalami kekecewaan yang melampau ketika itu dan dia jugak tukar no phone sebab apa aku tak ingat..aku tak tau nak cari dia macamana..
nak dijadikan cerita..satu hari ada seorang junior bgtau aku..'kak hari tu saya nampak.... ' dan melalui adik tu..aku tulis mesej pada sehelai kertas..'saya tukar nombor 016-XXX,saya perlukan kawan baik saya pada masa ini'..dan malam itu jugak keluar no public di sekitar gombak ...dan aku tau itu dia..
persahabatan kami kembali terjalin.kali ini ditambah lagi dgn email..masa tu dia belum habis belajar lagi..tapi kami ada satu janji yang pelik..bahawa persahabatan kami akan terputus apabila kami bersua muka..ada satu peristiwa yang menyebabkan peristiwa bersua muka ini terpaksa berlaku..aku dalam dilema untuk menerima lamaran seseorang pada waktu itu..orang yang aku dah anggap macam abang..ntah kenapa aku terfikir idea gila masa tu..aku mintak dia jadi back-up..pretend seolah2 dia 'someone' aku..dia ingatkan aku..'ingat janji kita'..masa tu ego mengatasi segalanya..'aku tak kisah'..ketika peristiwa itu dia memang memainkan peranannya dengan baik..dan alhamdulillah abang tu memilih orang lain..tapi dlm masa yg sama..aku kehilangan kawan baik aku..gila..sejak itu..dia seolah2 tak pernah wujud dalam hidup aku dan vice versa..yang peliknya selepas itu, kerapkali pula aku tertembung dgn dia..tapi janji tetap janji..kami buat tak kenal..Masya Allah..
sampai sekarang aku tak tahu dia di mana..dan masa aku kahwin aku tak jemput pun dia..aku rasa dia dah kawin sekarang..semoga dia berbahagia dengan keluarganya...cuma tak dapat dinafikan kengkadang teringat gak kat dia..aku tak sempat berterima kasih di atas kesudian dia menjadi sahabat yang baik untuk aku..dengan segala nasihat, dorongan dan masa yang diluangkan untuk aku..jugak minta maaf di atas segala kesulitan yg mungkin pernah aku timbulkan..apa-apapun aku tetap mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan dia..semoga Allah memberkati hidupnya dan semoga hidupnya sentiasa dinaungi keimanan..amiin
aku rasa bersyukur sebab Allah berikan peluang untuk aku rapat dengan dia..meskipun ada yang beranggapan ..macam kerja gila..siapa yang mengenali aku dan dia mungkin tak sangka aku rapat dengan dia..aku dan dia je yang tahu macamana persahabatan kami terjalin..tapi aku bersyukur sebab aku dapat mengenali a good side of him..aku tau dia adalah sahabat yang baik, hati yang setia..walaupun ada orang kata dia sombong, ego dan sebagainya..tapi aku tau..yang orang lain tak tahu..

January 14, 2008
orientasi 3 hari di Pusrawi
demam Amar yang tak kebah hampir 3 hari menyebabkan aku dan suami mengambil langkah nekad..tgh malam 02/01/2008 kami bergegas ke Pusrawi kerana panas Amar masih tak turun walaupun dah masukkan ubat punggung..sampai di Pusrawi suhu dia 39 something..dr advise masuk wad sbb demam dah lama dan suhu panas..bergenang mata bila terdengar Amar menjerit dan menangis once tangannya dicucuk untuk masuk air dan ambil sampel darah..Amir KIV for dengue..itu first statement doktor once result darah kuar..platlet amar rendah..serendah berapa aku tak dengar sangat time tu sbb rasa risau sgt..dan malam tu bermulalah penginapan kami di wad ar Raihan Pusrawi (wad kanak-kanak)..pagi tu dr tak ambik darah amar just checking suhu dan apa2 lagi yg aku tak tahu..dr kata nak tengok trend suhu dia..maybe ptg baru amik darah untuk uji platlet dia sekali lagi utk confirm th fever cause..statement masih sama KIV DENGUE..ptg tu panas amar naik lagi..ALLah..hati rawan tak tau nak kata apa..mlm tu suami terpaksa balik sbb baju dan lain2 dah habis..esoknya dia kena masuk office..so..tido berdua lah dgn amar kat katil wad tu..esoknya..pagi darah amar kena amik dan thari tu muka Amar naik kemerahan..dr senyum sambil kata..'lega saya..Amar tak kena denggi tapi rosealla'..'mende tu dr?'...'demam campak..it's better than dengue..cuma kena tahan satu malam lagi sebab suhu badan dia masih tak stabil kejap naik kejap turun'..alahai buah hati..lega hati seketika..alhamdulillah..
December 26, 2007
keliru dan dikelirukan..
perkara pokok dalam diri seorang Muslim adalah soal akidah..perkara yang membezakan antara muslim dan bukan muslim juga adalah dari sudut cara hidup dan penampilannya.cuti panjang baru2 ini sempena aidiladha disambung dengan cuti am Hari Krismas (bagi yang merayakannya) adalah tempoh yang cukup baik untuk lari sebentar dari kesibukan tugasan harian...masa yang diluangkan untuk ibubapa dan sanak saudara adalah saat yang begitu melegakan keperluan rohani selaku saudara seislam yang berkebetulan bertalian darah dan pernikahan (keluarga mertua, ipar duai)..
Namun, hati rasa sedih dan terguris bila melihat pada tanggal 25 Disember..dikaca tv, individu2 yang namanya berbin dan berbinti Muhamad itu..dan Abdul ini..dengan riang gembira bertopi merah berbaju santa claus dan santa rina..menyanyi jingle bells dan santa claus coming to town..dan yang paling sadis bila ada yang dgn aksi bersahaja menceritakan sejarah santa claus dan rusa2 terbangnya..dan dgn bestnya melafazkan..wish the Christmas spirit will bless you for this season..astaghfirullah!
Ya Allah..apakah?kenapakah?..mungkin ada yang beranggapan itu tanda muhibah dan perpaduan..hinggakan tak kisah akidah dan cara hidup ditunggang terbalikkan..?Maha Suci Allah!sesak rasa dada bila difikir2kan..kelirukah mereka..? atau yang bernama Muslim itu kurang berperanan?adoi!!terasa-rasa hati ni,kemudian bila tengok mereka2 yang dipandang tinggi oleh hampir segenap masyarakat..yang berjaya kononnya dalam bidang seni dan hiburan..rata2nya..aduh!entahle..tak sampai rasanya maksud di hati nak meluah..hanya Dia yang Maha Mengerti..
Terjemahan: Surah Al Kaafiruun (109)
1. Katakanlah (Wahai Muhammad):'Hai orang-orang kafir'
2. 'Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah'
3. 'Dan kamu tidak menyembah (Allah) yang aku sembah'
4. 'Dan aku tidak beribadat secara kamu beribadat'
5. 'Dan kamu tidak menyembah (Allah) yang aku sembah'
6. 'Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku'
Ampunkan kami Ya Allah..

December 07, 2007
soalnya hati..
benarlah kata..segalanya bermula dgn hati..raja segala raja dalam jasad dan nyawa..kita gembira, kita suka duka, sayang atau menyampah..bersalah atau buat dek..hati tak pernah menipu..kalaupun mata dan mulut cuba menutup apa yang ada di hati..hati tetap akan memberontak..hati ni fragile sifatnya..contoh:..katakan kalau kita tak suka kat orang..either manners ataupun rupa (patut dielak), kita akan cuba mengelak daripada bertembung, minda akan set bahawa 'tak best dia ni, tak berkenan aku dengan dia ni..tak itu ..tak ini',kalau salam pun macam ndak tak ndak je..lagi satu!mata kita yang Allah bagi cantik ni..takkan terpancar keikhlasannya..he hehh..berbeza kalau hati kita benar2 redha dan ikhlas..tak payah jauh2 tgk hubungan kita dgn sahabat2 (yang terikat atas nama keikhlasan bukan kerana pangkat, rupa atau harta)..bila bertemu tak jemu..bila berpisah tak gelisah..tak jemu sebab pancaran ikhlas tu akan mewarnai perhubungan..bila senyum sampai esok pagi tak hilang manisnya..bila sedih hati kawan akan turut tersentuh..merasakan bahawa kesedihan itu turut menghiris hati sendiri..tak gelisah sebab kita tahu sahabat itu akan sentiasa di hati mendoakan yang terbaik utk sahabatnya..meskipun tak ada di depan mata..betul tak?
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
December 03, 2007
catatan seorang umi

mendidik insan kecil pada waktu ini memerlukan pengoptimuman ruang dan peluang, membaca tidak terbatas pada buku dan majalah, bermain tidak bermakna hanya di padang dan taman-taman permainan. Benar, bukan mudah menjadi isteri dan ibu yang juga bekerjaya, di mana masa dan ruang terbatas dengan komitmen dan peranan yang pelbagai. Kesabaran dan keteguhan hati akan teruji bila keletihan yang masih bersisa kadangkala dinanti dengan senarai tugas selaku pengurus rumahtangga. Maka itu, segenap ruang cuba dimanfaatkan dengan keterbatasan kudrat dan teknologi yang ada. Contoh: pada masa yang sama;mesin basuh berputar sendiri sambil nasi bertanak automatik,sementara tangan sibuk menyusun mainan anak sambil bibir kecoh berbicara itu dan ini, meskipun dia masih belum memahami. "Amar,mari kita susun mainan ke dalam bakul".."Amar, jom kita lipat kain"..meskipun yang disusun bakal 3,4 kali disusun dan yang dilipat bakal 2,3 kali dilipat..hmmm..Namun, dari situ daya kognitif dan koordinasinya berkembang..lama-lama dia akan faham; kesan dan akibat, sebab dan tujuan. Sejenak selepas itu si Kecil turut dibawa mengintai mesin basuh yang berputar..timbul pula ceramah kimia.."baju kita kotor, ada asid sebab peluh dan daki..itu sebab kita kena basuh dengan sabun yang ada alkali..bila neutral baju kita bersih.."..saat itu anak yang dikendong ternganga2 dan aku tergelak sendiri.."faham ke anak aku prinsip asid dan alkali...?he hehhe"..bila difikir2kan kembali..tak kisah berbicara begitu..tak kena bayar pun..hampir setiap kali mandikan dia prinsip asid dan alkali dicerita, prinsip apungan dan ketumpatan....kenapa dolphin amar terapung dalam tab, kenapa air mengalir dari atas ke bawah..kenapa Amar kena mandi guna sabun..kenapa..kenapa..dan kenapa..hmmm
November 21, 2007
my stamps

respon yang sering didengar '..ada masa lagi utk bende2 ni..?' tak pun '..setau saya yg suka kumpul setem ni budak sekolah je..' hmmm apa2lah..tak kisahlah apa tanggapan orang lain yang penting hobi aku tak menyusahkan orang lain hehhheh heh..
bercakap ttg hobi..rasanya semua orang ada hobi memasing..bezanya sama ada sempat atau tidak ..aku?banyak hobi..klu dulu semua benda aku suka kumpul..setem, coins, duit, even tiket bas dan tiket mana2 tempat yang aku pegi for the first time..contoh tiket bas, flight even feri atau tiket masuk kompleks sejarah ke..masuk petrosains dll...seems and sounds macam menyepah je..hehhh hehh..
tapi bagi aku itu adalah dokumentasi kehidupan...tapi apa yang aku kumpul tu takle banyak sangat dan aku tak pun register kat mana2 club yang berkaitan..hanya untuk kepuasan diri..dan terapi minda aku while aku kusut ada 2..satu aku tengok setem2 aku, kedua aku lukis peta tak kiralah peta jalan ipoh ke..peta klang ke..peta sg selangor ke..dan pada waktu itu aku rasa macam terbang sambil tengok bawah..ala2 macam eagle's view..hhe hehhh..best kan hobi aku?
November 19, 2007
kisah kecemerlangan di usia muda
..alhamdulillah rakyat malaysia semakin pandai..itu ayat pertama keluar dari benak aku apabila berita ttg ramainya pelajar yang dapat 5A dalam UPSR. Bila difikirkan kalau dulu..lebih kurang 15 tahun dulu..berita-berita kecemerlangan ini adalah satu yang sangat istimewa..apatah lagi kalau yang dapat tu berasal dari ceruk desa yang kurang serba-serbi..bila fikir lagi kalau dulu sudah tentu yg dapat 4A atau 5A akan berpeluang pergi ke SBP atau mana-mana sekolah yang bagus..keluar dari kepompong desa, kenali dunia dan persekitaran baru dengan kemudahan yang lebih terurus seterusnya mengekalkan kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi..
terfikir pula sekarang..berpuluh ribu yang peroleh 5A..dan tempat di SBP hanya 6,000 khabarnya..terfikir lagi zaman sekarang segalanya mudah dan cepat dengan ledakan teknologi maklumat(terkecuali bagi yang betul2 terperosok di hujung rimba)..warga pendidik juga bukan kepalang input dan pakej mereka..sekolah yang serba indah dengan pelbagai anugerah...terasa seperti istimewa itu makin hilang sengatnya..yang pandai itu makin ramai..bila difikir2kan lagi..adakah dengan ketinggian akal dan akademik maka aras ketinggian budi dan jatidiri sebagai umat manusia juga tinggi di kalangan cerdik pandai muda ini?

November 15, 2007
NAC 2007

tempat: KL Convention Centre
tarikh:12-13 November 2007
As an accountant..you must think far beyond the bookkeeper..itu antara yg ditegaskan dalam National Accountants Conference tahun ni..NAC jadi medan kemuncak untuk para akauntan dan yg sewaktu dengannya utk berkumpul dan refresh the accountant's role and of course utk gain new experience..tahun ni NAC telah mencatat rekod kehadiran tertinggi dengan lebih 2000 akauntan hadir..tahun ni jugak MIA as badan induk akauntan di Malaysia mencapai usia 40 tahun..
as for me..NAC jadi medan utk kenal org lain..enjoying myself more than that daily numbers!instead of attending the seminar and the con current session..aku tak lepaskan peluang merayap kat exhibition booth and take part in whatever quizes and activities either by organizer or sponsors..
i've got a mug from CPA answering the mind challenge at the first day and got token from Microsoft Dynamics for masukkan bola golf..he hheh pretend like a golfer that day!in fact dapat lagi hadiah masa jawab quiz masa last session..a memo pad kit..walaupun dapat hadiah kecik tapi fun!ada satu lagi yg best..urut refleksologi dgn MAB..10 ringgit utk 15 minit..fuh!best!dah penat berjalan kat KLCC tu for sure segala urat dan otot need 2 be care..h ehheh..yg urut pulak dari Malaysian Association of Blind..sambil urut sambil dgr citer mslh penglihatan diorang..they're not blind sepenuhnya..tapi ada pelbagai masalah penglihatan rupanya..ada yg mata tak centre, ada yg nmpk bayang je..ada yg mslh saraf..mcm2 lah..alhamdulillah Allah jadikan aku sempurna..meskipun ada rabun jauh heh ehhe..
ada satu lagi yg best dlm NAC tahun ni..lunch sambil entertain by ADIBAH NOOR..he hehh..aku mmg minat suara minah ni..very energetic!she's such an entertainer!even lagu dia yang bawak quite a number lagu2 lama..tapi still best utk layannn..dasyat gak..
November 07, 2007
anak umi dah setahun 06112007

06/11/2007 ulangtahun kelahiran pertama buah hati kami Muhammad Amar.alhamdulillah..dia dah menjangkau usia setahun mengikut sunnah alam putaran matahari..dia dah setahun mengikut putaran bulan pada 15 Syawal hari tu...hmmm seronok tengok dia membesar dgn sihat dan ceria..amiin..semoga sentiasa dilindungi Allah..
October 31, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)