April 29, 2008

perkembangan dan penguncupan hehhehhee





1. ketika baru 8 jam
2. 4 bulan setengah
3. 9 bulan 21 hari
4. kini 17 bulan 23 hari..

April 23, 2008

di bawah naungan rahmat

sepanjang 20 hingga 24 April ini berlangsung Majlis Menghafaz AlQuran peringkat kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. dan sepanjang program itu juga kami selaku kakitangan tuan rumah diwajibkan untuk menghadirinya pada sesi pagi dan malam...

pada mulanya hati rasa terbeban dengan arahan wajib itu...takde plak arahan sunat muakad ke sunat haiah ke..hehhehhh hehh..pagi ada kenderaan disediakan utk staf..malam pun ada (dari opislah..)tapi atas rasa kasih dan kasihan pada anak yang ditinggal bersama pengasuh, ptg tetap balik seperti biasa..dan sesudah maghrib bergerak kembali ke KL menuju Masjid WP..meskipun lelah dan letih berulang-alik..tapi hati makin seronok pulak..ialah..kagum dengan daya hafazan diorang...dan di kalangan yang hadir juga ada dari ma'had hafiz dari seluruh Malaysia..sejuk hati tengok wajah-wajah muda yang sentiasa di naungi lembayung quran ni..alhamdulillah suami memahami..pada malam pertama suami bersedia balik awal utk ikut sekali..mlm kedua juga dia sanggup utk menemani meskipun ada dateline yang menanti..

suami berkata, "ada hikmahnya arahan wajib untuk korang ni..bila fikir2 kan kadang-kadang kita sendiri tak berkesempatan mengunjungi rumah Allah bersama keluarga apatah lagi hanya untuk mendengar alunan hafazan mereka-mereka yang terpilih.."

amar pulak, seolah-olah memahami.."malam ni ikut umi pegi masjid ye?"

semalam..sampai2 parking di masjid..keluar dari mulut amar.."..ajid.."

April 18, 2008

Anugerah Zaman ...Cinta Monyet

tanyalah diri sendiri..pernah tak rasa itu wujud atau paling kurang singgah pada hati? terlalu luas tafsirannya..

cuma apa yang ingin dititipkan di sini adalah cinta monyet..(kenapa aku terjebak hari ni..)..ayat umum..aku selalu bincang bab hati dan perasaan ni dengan teman dan kawan terbaik aku..my husband hehehh..kami sama-sama ada kisah silam yang pernah dilalui, aku hormat apa yang pernah dia alami dan maklum siapa yang pernah didampingi...begitu jugak dia hehheh..

satu kelebihan pada kami..dah kenal sejak kecil..dan kenal jugak pada orang yang pernah diminat, diadmire, disuka, pada waktu zaman kanak-kanak riang dulu..siap ejek mengejek antara satu sama lain..tolong gelakkan pun ada..(kelakar klu diingatkan..:P...)

awek first yang dia minat dulu adalah kawan setadika aku..kawan sekelas kami masa sekolah rendah dulu..taklah cantik sangat tapi memang comel budaknya..putih..pendiam..dah kahwin awal..masa habis sekolah..heheh..balak first yang aku minat dulu pun kawan setadika aku dan kawan masa sekolah rendah gak..hehheh..taklah handsome sangat..tapi pendiam..yang paling best..dia sepupu merangkap bestfriend suami aku hahahhahha..

masa kami nak buat kenduri kawin..kami try cari awek yang suami aku suka dulu..nak jemputlah untuk memeriahkan majlis kami..tapi tak jumpa..

balak yang aku minat plak adalah individu pertama di kalangan kawan sesekolah rendah yang tahu ttg perasaan suami aku pada aku..masa ni aku pun tak tau suami aku ada hati kat aku..hahah hah miracle tu...suamikulah yang cerita..terkejut mamat tu..jauh-jauh kami berjalan last2 kawin dengan kawan sendiri..masa kenduri kawin kami dia datang ..

apa-apapun..alhamdulillah dah jodoh dengan En Faizal..dialah insan yang terbaik yang Allah anugerahkan pada aku..seadanya dia dan seadanya aku..kami akur dan sangat bersyukur dengan anugerah ini..meskipun kami 'musuh' masa kecik..tapi dialah Arjuna di hati..hehehhhhehh jiwang plak...

alhamdulillah..

aksi anak bujang umi..


aksi anak teruna..sekarang ni dah 17 bulan..berat hampir 15 kg..hehehh..alhamdulillah


kempen membaca..



marilah membaca bersama amar..buku yang dia pegang tu bertajuk 'count on Donald'..dia suka buku tu mungkin sebab gambar dalam tu..ada donald,daisy,ada mickey..dan 2 chipmunk yang nakal tu..dan ada bee..dan buku tu jugak yang dah ada missing page sbb amar 'bagus' sangat baca buku..suka hatilah amar..asalkan bahagia..cuba tengok amar dudukkan apa..snail dialah..tak pernah tinggal..

April 08, 2008

satu rasa, dua jiwa



yang mengenali kami sejak kecil, arif dan faham betapa 'baik' dan 'rapat'nya kami ketika itu..bergaduh bertekak tak kira waktu..yang mengenali kami sejak kecil juga adalah mereka yang tersenyum dan menggeleng kepala ketika mendengar berita bahawa kami bakal disatukan!hah ahhha mana mungkin seteru ini boleh bersatu apatah lagi sebagai suami isteri yang segala-galanya dikongsi bersama?..

hakikatnya..itulah kami..dari rakan karib yang selalu beriring basikal balik dari sekolah (sambil sepak2 basikal masing2) menjadi suami isteri yang berkongsi suka dan duka..terpisah sejak masing-masing berubah hala sekolah menengah..ketika usia menginjak 24 baru kembali bersua muka..tak sangka pertemuan kedua yang asalnya untuk menjernihkan kekeruhan yang terbina hampir 12 tahun rupanya pembuka kepada jodoh yang tak tersangka..

sehingga kini..kami masih ada sifat lama..suka mengusik tak kira masa..yg jadi mangsa..akulah.tapi usikan kini usikan yang tak de debak debik seperti dulu..zaman kanak-kanak yang tak mengenal rasa segan mahupun cinta..

buat suamiku yang dihormati..apa yang pernah kita lalui dulu dan kini..adalah sesuatu yang amat dihargai..semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi dan semoga redha Allah sentiasa menjadi tujuan yang pasti..amiiin.

teman sejati

selama ini kumencari-cari
teman yang sejati
buat menemani perjuangan suci

bersyukur kini pada Mu Ilahi
teman yang dicari selama ini
telah kutemui

dengannya disisi perjuangan ini
senang diharungi
bertambah murni kasih Ilahi

kepadaMu Allah kupanjatkan doa
agar berkekalan kasih sayang kita

kepadamu teman ku pohon sokongan
pengorbanan dan kesetiaan

telah kuungkapkan segala-galanya
itulah tanda kejujuran kita...

February 25, 2008

kisah 6 puteri dan seorang ratu

kisah bermula di sebuah asrama, tentang 6 puteri dan seorang ratu..hmmmm meletak gelar sendiri puteri itu..pada sifat dan pada minat..

1. yang mudah menangis dan mudah tersentuh perasaannya..'Queen of Tears' gelarnya
2. yang tak tahan dek penangan hujan (sikit2 kena hujan pun demam) 'Princess of Rain' namanya
3. yang seorang itu..letak tumpuan dan hati pada sang arjuna bertalipingganghitam..maka bergelar ia Princess of Taekwondo..arjuna itu glamour sekarang hehhheh
4. yang seorang lagi, minat tak bertepi pada putera di siri tv..Prince of Bel Air..maka dia Princess nya..
5. yang memegang prinsip biar dia menjadi lilin..'Princess of Candle' sesuai susuknya..
6. yang menumpu pada impian dan harapan..kembang macam bunga yang sentiasa mekar..'Princess of Blossom'..
7. yang seorang memang bak puteri punyai gaya dan cara tersendiri..maka gelar tunggal Princess miliknya..dan kadangkala berkongsi gelar 'of tears' dengan sang ratu..

Coretan ini sekadar mengimbau kenangan lalu..Ratu dan Puteri2 ini ada cerita dan ada lagu..ysng dikongsi bersama..Neverending Story..

began at 93 till akhirah..insha Allah..

February 21, 2008

Perlimbahan Sungai Batu dan Sungai Gombak

'...sesuatu yang menjadi lumrah bagi kehidupan kota; remang petang tidak bererti hari semakin sunyi, seperti resmi di desa yang akur pada fitrah insani..siang untuk bekerja malam untuk merawat lelah dan penat berusaha. Tetapi tidak di sini, di persisiran sungai yang merentas hutan batu itu, pada pertemuan sungai di pinggiran bangunan PWTC,lembah yang kadangkala melimpah bila ruah hujan tak mampu lagi dibendung tanah yang tidak lagi merekah..mana mungkin limpahan hujan itu terserap ke fitrahnya...sedangkan ia diliputi tar2 pekat..tanda akur pada kemodenan pesat..(membangun?).

Kanopi berwarna warni menghiasi latar 3 meter tinggi dari tanah..detingan laga kuali dan sudip serta asap-asap yang mengasak mewarnai dunia dan deria..di atas, langit mula bersilih warna dan rupa...tanda malam mula menjengah..manusia di bawah pula masih jerih menggalas payah..ada yang masih mengisi ruang-ruang kotak bangunan metro; masih terangguk mendengar amanat ketua, masih tertunduk-tunduk menulis catatan dan nota..masih di situ ratib di depan skrin komputer..dan di sudut luar kotak-kotak batu, ada yang duduk di kerusi-kerusi plastik di balik kanopi warna warni..sementa sibuk urusan kerja; dapur di rumah juga beralih ke sana (rimbunan kanopi..?)...odesaje..

Fikir2kan betapa dunia dan waktu cepat berlalu untuk apa dunia yang saban hari pada rutinnya?berbaloikah kekayaan dan kejayaan andai tujuan sebenar kekhalifahan tidak diinsafi..bila lihat langit yang berubah warna, burung yang kembali ke sarang (masih ada ruang juga untuk sang unggas di hutan batu ini)..sedar2 esok rutin ini akan kembali..dan usia juga makin menginjak..adakah bekal untuk dunia yang kekal; bertambah atau berkurang..seiring nafas yang semakin bersisa?..masya Allah!..'

20/07/2007

* catatan ini dipetik dari jurnal harian, ketika peristiwa di atas..aku dan kawan2 opis sedang minum di ambang senja..menunggu waktu untuk satu mesyuarat yang tak berapa redha nak pergi..

February 18, 2008

amar and snail





amar dan snailnya tak dapat dipisahkan..gambar pertama amar start bergolek dgn snail..gambar kedua dia dah layan ngantuk..gambar ketiga dia dah ke alam wonderland dia bersama snailnya..

amar ..klu nak tido mesti cari snail..even snail dia terjatuh ke bawah..dia akan merangkak..tarik sesungut snail dia..

amar..tak boleh orang lain baringkan snail dia..dia akan tarik snail dia..dari kita..kekadang saje je menyakat..

amar..pengasuh dia pun bleh pening klu snail dia tertinggal masa hantar dia ke umah pengasuh..hehhheh..'amar takdok siput dia..susoh acik nak tidokan dia' (dlm makhraj kelembutan Kelantan)..

amar..amar..

January 24, 2008

dendam bertukar menjadi azam..warna dalam hidup aku

..ada ketika dan ada masanya kita akan terimbau kisah2 lama..terutamanya ketika berseorangan..sama ada ketika memandu..atau ketika berjalan..hatta ketika di dalam tandas..he eh heh..ada sesuatu yang sedang berlegar-legar di fikiran aku lewat 2 3 hari ni..ttg seseorang yang satu masa dulu amat mewarnai dan mempengaruhi aku..sama ada secara sedar atau tidak. Semuanya bermula dengan satu peristiwa..tak dinafikan pada zaman persekolahan aku amat 'dengki' pada org yang pandai2..dan mungkin kerana latarbelakang keluarga yang susah aku menjadi seorang yang kuat azam dan tekad dalam usaha untuk mencapai sesuatu..

seorang insan ini adalah seseorang yang amat sukar didekati pada masa itu..tak pasti kenapa..mungkin kerana dia menjaga tatasusilanya atau mungkin kerana dia menjaga egonya..aku kagum pada dia sejak form 1 lagi..mengagumi kepintarannya dan mengagumi cara dia membawa diri..yakin pada diri sendiri dan tak kisah orang lain, sekali pandang org akan kata dia sombong, hmm lebih kuranglah..dia juga pada hemat aku sangat memilih kawan..mungkin dia ada alasan sendiri..dan aku tak pernah tersenarai dalam senarai kawan2 dia pada masa itu rasanya..

kami satu kelas masa form 2 dan form 3..aku memang tak pernah bertegur sapa dengan dia..satu petang ketika waktu prep..hati aku terdetak untuk tanya dia satu soalan..'macamana dia bleh jadi pandai'..dia dgn gaya dia yang tersendiri (hanya aku yang bleh bayangkan dan peristiwa itu masih terbayang depan mata aku) berkata .................................... (biar aku sorang je tahu apa dia kata)..PAP!aku sangat tertampar dgn kata2 itu..sangat terpempan dan pada masa itu aku rasa sangat sakit hati, geram dan sebagainya..

sejak hari itu..aku ikut segala perkembangan dia..berapa result dia..apa yang dia score..mata pelajaran mana yang dia tak berapa terror..hatta aku bleh hafal waktu study dia..dan satu perkara lagi setiap kali prep petang..aku akan tengok buku apa yang dia pegang..matapelajaran apa..itulah subjek yang akan aku study...hah ahhha..psiko gak aku ni..tapi aku tak pernah lagi tegur dia selepas tu..dalam hati aku ada 3 tekad;1-satu hari nanti aku akan beat dia dalam study dan aku akan pastikan dia mengaku dia kalah dgn aku, 2-satu hari nanti dia akan jadi kawan baik aku..tak kiralah bila, tekad aku yang ketiga..aku tak akan tegur dia selagi dia tegur aku dan selagi dia tak 'mengiktiraf' kewujudan aku..

Pencapaian pertama dan ketiga:
akhir form 2..aku berjaya beat dia dan dia admit perkara tu..dia admit depan aku dan depan seorang sahabat aku..masa tu org tak ramai dalam kelas..ramai dah balik prep..aku baru nak keluar dari kelas, tetiba dia datang tercacak depan aku dan '..tahniah..' dan dia tabik kat aku..YES!walaupun hanya SATU perkataan dan SATU perlakuan..hati aku sangat puas!keesokan harinya dia tegur aku..kat depan kelas dengan salam 'Assalamualaikum'.sesuatu yang dia tak mudah lakukan pada masa itu..

form 3..aku masih ikuti perkembangan dia tanpa dia sedar..tapi kami tak sebaik masa seperti masa form 2..tak tau kenapa..mungkin obses aku pada kehadiran dia secara fizikal kurang berbanding form 2..dia juga pada hemat aku agak merudum..sama ada dari sudut pencapaian akademik ataupun ko kurikulum..mungkin sebab masa tu dia sedang dilamun cinta/perasaan dengan seseorang he ehh..masa tu orang dia minat pun aku boleh tau!

Pencapaian Kedua:
form 4..masing2 beralih arah dan sekolah..aku masih ikuti perkembangan dia walaupun tidak sekerap dulu..satu perkara yang aku tak berapa ingat (tapi dia yang ingat!)dia pernah datang sekolah aku, dan nampak aku..dia kata dia gembira sebab aku berada di tempat yang baik dan aku dalam keadaan baik..(kata-kata ini keluar setelah 3 tahun)..

di alam universiti..aku dan dia memilih haluan berbeza, course berbeza di universiti yang berbeza..tapi aku masih menjejaki dia..terutamanya kalau aku rasa down dalam study aku..semasa di tahun 2 boleh kata setiap hari aku dan dia berhubung..tapi kami tak pernah berjumpa!even satu ayat.."aku tension hari ini".."aku bengang"..whatever..segalanya diluahkan pada dia..even aku frust dgn seseorang..minat kat orang..aku cerita dgn dia...hatta kalau tak ingat lirik lagu pun tanya dia..padahal zaman tu sms tak de lagi..kalau masing2 habis kredit ..kami guna public..hahhahh

ada satu buku kecil..yang aku simpan sejak form 2..yang mencatat segala pencapaian aku dengan dia sentiasa ada di depan mata aku masa study dulu..sebagai penguat semangat aku..sebagai pendorong aku untuk dapat result yang baik, alhamdulillah dengan izin Allah..pencapaian aku meningkat masa tahun 3..berkat kesungguhan, usaha dan dorongan diri sendiri, keluarga dan rakan2 terutamanya 'sahabat maya' aku ni..slh satu ayat dia yang masih aku ingat..'zah..saingan utama kita adalah diri sendiri..kau mesti fight dengan diri ngko sendiri..sebab klu ngko berjaya lwn diri sendiri ngko bleh lawan dengan sesape pun..'

habis belajar di universiti aku berdepan dengan satu ujian yang 'amat berat' untuk aku..satu ujian yang menyebabkan aku hilang kepercayaan kepada diri sendiri dan kawan2 rapat aku..dan dalam masa yg sama aku lost contact dgn dia..aku tukar no phone sebab mengalami kekecewaan yang melampau ketika itu dan dia jugak tukar no phone sebab apa aku tak ingat..aku tak tau nak cari dia macamana..

nak dijadikan cerita..satu hari ada seorang junior bgtau aku..'kak hari tu saya nampak.... ' dan melalui adik tu..aku tulis mesej pada sehelai kertas..'saya tukar nombor 016-XXX,saya perlukan kawan baik saya pada masa ini'..dan malam itu jugak keluar no public di sekitar gombak ...dan aku tau itu dia..

persahabatan kami kembali terjalin.kali ini ditambah lagi dgn email..masa tu dia belum habis belajar lagi..tapi kami ada satu janji yang pelik..bahawa persahabatan kami akan terputus apabila kami bersua muka..ada satu peristiwa yang menyebabkan peristiwa bersua muka ini terpaksa berlaku..aku dalam dilema untuk menerima lamaran seseorang pada waktu itu..orang yang aku dah anggap macam abang..ntah kenapa aku terfikir idea gila masa tu..aku mintak dia jadi back-up..pretend seolah2 dia 'someone' aku..dia ingatkan aku..'ingat janji kita'..masa tu ego mengatasi segalanya..'aku tak kisah'..ketika peristiwa itu dia memang memainkan peranannya dengan baik..dan alhamdulillah abang tu memilih orang lain..tapi dlm masa yg sama..aku kehilangan kawan baik aku..gila..sejak itu..dia seolah2 tak pernah wujud dalam hidup aku dan vice versa..yang peliknya selepas itu, kerapkali pula aku tertembung dgn dia..tapi janji tetap janji..kami buat tak kenal..Masya Allah..

sampai sekarang aku tak tahu dia di mana..dan masa aku kahwin aku tak jemput pun dia..aku rasa dia dah kawin sekarang..semoga dia berbahagia dengan keluarganya...cuma tak dapat dinafikan kengkadang teringat gak kat dia..aku tak sempat berterima kasih di atas kesudian dia menjadi sahabat yang baik untuk aku..dengan segala nasihat, dorongan dan masa yang diluangkan untuk aku..jugak minta maaf di atas segala kesulitan yg mungkin pernah aku timbulkan..apa-apapun aku tetap mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan dia..semoga Allah memberkati hidupnya dan semoga hidupnya sentiasa dinaungi keimanan..amiin

aku rasa bersyukur sebab Allah berikan peluang untuk aku rapat dengan dia..meskipun ada yang beranggapan ..macam kerja gila..siapa yang mengenali aku dan dia mungkin tak sangka aku rapat dengan dia..aku dan dia je yang tahu macamana persahabatan kami terjalin..tapi aku bersyukur sebab aku dapat mengenali a good side of him..aku tau dia adalah sahabat yang baik, hati yang setia..walaupun ada orang kata dia sombong, ego dan sebagainya..tapi aku tau..yang orang lain tak tahu..

January 14, 2008

orientasi 3 hari di Pusrawi

demam Amar yang tak kebah hampir 3 hari menyebabkan aku dan suami mengambil langkah nekad..tgh malam 02/01/2008 kami bergegas ke Pusrawi kerana panas Amar masih tak turun walaupun dah masukkan ubat punggung..sampai di Pusrawi suhu dia 39 something..dr advise masuk wad sbb demam dah lama dan suhu panas..bergenang mata bila terdengar Amar menjerit dan menangis once tangannya dicucuk untuk masuk air dan ambil sampel darah..Amir KIV for dengue..itu first statement doktor once result darah kuar..platlet amar rendah..serendah berapa aku tak dengar sangat time tu sbb rasa risau sgt..dan malam tu bermulalah penginapan kami di wad ar Raihan Pusrawi (wad kanak-kanak)..pagi tu dr tak ambik darah amar just checking suhu dan apa2 lagi yg aku tak tahu..dr kata nak tengok trend suhu dia..maybe ptg baru amik darah untuk uji platlet dia sekali lagi utk confirm th fever cause..statement masih sama KIV DENGUE..ptg tu panas amar naik lagi..ALLah..hati rawan tak tau nak kata apa..mlm tu suami terpaksa balik sbb baju dan lain2 dah habis..esoknya dia kena masuk office..so..tido berdua lah dgn amar kat katil wad tu..esoknya..pagi darah amar kena amik dan thari tu muka Amar naik kemerahan..dr senyum sambil kata..'lega saya..Amar tak kena denggi tapi rosealla'..'mende tu dr?'...'demam campak..it's better than dengue..cuma kena tahan satu malam lagi sebab suhu badan dia masih tak stabil kejap naik kejap turun'..alahai buah hati..lega hati seketika..alhamdulillah..



December 26, 2007

keliru dan dikelirukan..

perkara pokok dalam diri seorang Muslim adalah soal akidah..perkara yang membezakan antara muslim dan bukan muslim juga adalah dari sudut cara hidup dan penampilannya.cuti panjang baru2 ini sempena aidiladha disambung dengan cuti am Hari Krismas (bagi yang merayakannya) adalah tempoh yang cukup baik untuk lari sebentar dari kesibukan tugasan harian...masa yang diluangkan untuk ibubapa dan sanak saudara adalah saat yang begitu melegakan keperluan rohani selaku saudara seislam yang berkebetulan bertalian darah dan pernikahan (keluarga mertua, ipar duai)..

Namun, hati rasa sedih dan terguris bila melihat pada tanggal 25 Disember..dikaca tv, individu2 yang namanya berbin dan berbinti Muhamad itu..dan Abdul ini..dengan riang gembira bertopi merah berbaju santa claus dan santa rina..menyanyi jingle bells dan santa claus coming to town..dan yang paling sadis bila ada yang dgn aksi bersahaja menceritakan sejarah santa claus dan rusa2 terbangnya..dan dgn bestnya melafazkan..wish the Christmas spirit will bless you for this season..astaghfirullah!

Ya Allah..apakah?kenapakah?..mungkin ada yang beranggapan itu tanda muhibah dan perpaduan..hinggakan tak kisah akidah dan cara hidup ditunggang terbalikkan..?Maha Suci Allah!sesak rasa dada bila difikir2kan..kelirukah mereka..? atau yang bernama Muslim itu kurang berperanan?adoi!!terasa-rasa hati ni,kemudian bila tengok mereka2 yang dipandang tinggi oleh hampir segenap masyarakat..yang berjaya kononnya dalam bidang seni dan hiburan..rata2nya..aduh!entahle..tak sampai rasanya maksud di hati nak meluah..hanya Dia yang Maha Mengerti..

Terjemahan: Surah Al Kaafiruun (109)

1. Katakanlah (Wahai Muhammad):'Hai orang-orang kafir'
2. 'Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah'
3. 'Dan kamu tidak menyembah (Allah) yang aku sembah'
4. 'Dan aku tidak beribadat secara kamu beribadat'
5. 'Dan kamu tidak menyembah (Allah) yang aku sembah'
6. 'Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku'

Ampunkan kami Ya Allah..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...