August 28, 2008

Khamis 28/08/2008..Jasamu Dikenang

Doa buat Ayahanda

kehilangan hakiki seorang ayahanda
telah tiga tahun..dilalui
hati tetap tega..pemergian abadi diredhai..
kerana janji Allah tu pasti..

namun kenangan sentiasa menggamit
dan hati sentiasa merindui..
apatah lagi bila melihat ada yang memiliki..
persis kasih seorang ayah yang amat mengasihi

belum puas menumpang rasa
meskipun tidak terikat kasih saudara
kasih Allah membajai jiwa..
terpancar pada kasih dan sayang seorang hamba
atas ukhuwwah fillah.. yang bukan kepalang hikmahnya

namun..dibalik kehadiran
tercatat qadar sebuah pemergian
meskipun tidak berdekad lamanya ikatan
namun tautan berdasar keikhlasan
terpancar pada wajah penuh keimanan..
pada dasar menuju ihsan..

tiada lain yang dapat dititipkan
hanya doa untuk kesekian..
Moga rahmat perlindungan Tuhan Yang Maha Rahman
sentiasa rendang..menaungi keberkatan..
di dunia dan di sana yang abadi insha Allah berkekalan..


Ain Zaiha
28/08/2008

* nukilan dari hati ketika hari berlangsungnya Majlis Perpisahan dengan CEO..tak terungkap rasanya apa yang ada dalam hati..yang pasti perpisahan kami dengan CEO adalah sesuatu yang seolah-olah merentap hati,benak dan harapan

..tapi bila difikir2kan balik, hikmah Allah itu Maha Luas dan Dia Maha Mengetahui..mungkin pedih bagi kami untuk kali ini..manakan tahu..pedih dan pahit akan manis akhirnya..semoga Allah terus memberikan kekuatan untuk CEO yang meninggalkan kami dan kami yang ditinggalkan dalam meneruskan galasan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan di muka bumi ni..khususnya di tempat kerja kami..moga apa yang ditanam dan disemai..dituai sebaiknya..walau mungkin tidak di sini..tapi di sana yang kekal abadi..amiiinn..

'alaika tawakkalna Ya Rahman..

August 24, 2008

Hikmah di sebalik..

lama tak menulis..2 hari di rumah..2 hari juga aku mengalami kekejangan otot di kaki..kaki pun mula membengkak..urat-urat mula timbul..mungkin kerana berat badan yang semakin bertambah..maklum dah masuk bulan ke 7 kandungan kedua ni..

abang kerja weekend ni sbb nak kejar dateline..aku dan amar terperap di rumah..alhamdulillah..meskipun amar tampak kebosanan..seolah2 dia memahami kesakitan uminya..huhuhu..hadap jelah..

2 hari di rumah ini juga aku sempat habiskan 2 daripada 3 buku pemberian kak azi Jumaat lepas..buku yang dah lama aku tunggu..Amalan Ibu Mengandung...oleh Ustzh Siti Nor Bahyah..bukan apa..sebelum aku mengandung lagi ..kak azi dok citer pasal buku tu..dia kata model ibu mengandung dalam buku tu macam aku..dan Masya Allah..aku sendiri akui..kalau orang lain tengok..mesti orang ingat model tu aku..ehheh h ehhh tapi aku x kisah sbb model tu bawa imej solehah..amiin.

buku satu lagi buku Seteguh Tekad..autobiografi Dr Sidek Baba..yang sekian lama menjadi model dan inspirasi penggerak ABIM dan PKPIM..masya Allah..benarlah kata dan coretan kak azi..jatuh juga airmata aku membaca kisah hidup tokoh yang seorang ini..dan setiap kali habis satu bab..aku cerita pulak dengan suami..akur dengan minatku yang mendalam dalam pembacaan...suami amat memahami akan kecenderungan aku..meskipun dia lebih gemar berdiskusi..syukur..sekurang-kurangnya..aku dapat berkongsi apa yang aku baca..

2 hari yang penuh hikmah ini (di sebalik kesakitan kakiku yang kejap datang kejap menghilang) aku lalui dengan penuh syukur..alhamdulillah..aku dah nak khatam sempena bulan Sya'ban ni..amiinn..moga Allah permudahkan bacaanku menjelang Ramadhan nanti..dan lembaran baru Quran akan aku mulakan seawal Ramadhan seperti kebiasaanku..

maka ..pena ini berhenti untuk malam ini..esok bermula lagi minggu baru..dan rutin itu akan tetap dilalui selagi hayat dikandung bdn dan selagi nafas masih diizinkanNya..

May 20, 2008

kena gegar..

kami dalam perjalanan balik dari kg..masuk je di guard post..pandangan tertumpu pada orang ramai yang masing2 keluar dari rumah..dan ramai juga yang dah bersidai..tepi surau, tepi dewan, tepi longkang..kenapa ye..tertanya2 aku dan husband satu sama lain..'fire drill kot bang..'aku mengagak..tapi tak nampak pun apa-apa asap...sampai area tangga rumah kami..terserempak dgn abg Anang..'kenapa..?'..'gempa...6 skala richter..kul 10.30 tadi..tingkat 4 ke atas rasa..'..

'Masya Allah...'..patutlah tadi masa kami melalui Jalan Meru area jam tu kepala pening lain macam..tengok handset.ada 3 miss call dan mesej dari mak..gegar rasa jugak kat kg aku sampai kerusi yang mak duduk goyang dan sanak sedara aku dah berkumpul di laman luar..abg call mak dia ..pun gegar juga di Batu Laut...sana lagi tepi laut..aku syak ni mesti Sumatera yang gempa..dapat mesej dari Bangsar pun sama gegar rasa di situ..tanya Fiza kat Melati..tak pulak..

2 jam kami tunggu confirmation dari bomba ...panas..haus...macam-macam ragam aku tengok penghuni di Sri Kayan..aku cuma kesian kat suami aku..dahle dia demam..sakit gigi..Amar plak meragam..dugaan..

kul 12.20 bomba buat announcement..gegaran berpunca dari gempa bumi di Sumatera..5.8 skala richter..pihak bomba minta penduduk laporkan segera if rumah ada yang retak..then pot pet pot pet..pasal tips if berlaku gegaran susulan..alhamdulillah 'ala kulli hal..

May 16, 2008

bagaikan lilin

Selamat Hari Guru!khusus untuk para pendidikku terutamanya ibu tercinta..didoakan semoga segala usaha penat lelah mendidik dan menyuburkan jiwa anak bangsa diberkati Allah dan diberi ganjaran setimpalnya di sisi yang Maha Esa..

rasanya tak terbalas segala jasa dengan ucapan ribuan atau jutaan terima kasih...even hadiah berbagai rupa..setulus2nya doa dipanjatkan kepada Allah, Ya Allah dengarlah doa hamba Mu yang penuh dosa ini..kerana mereka ini adalah mereka yang berjasa membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam meniti kehidupan sementara ni dan mereka jugalah yang memandu arah utk kehidupan kekal di sana..berkatilah umur mereka, berkatilah ilmu yang telah dicurahkan ,berikan mereka cahaya keimanan hingga di akhirat sana..dorongkanlah agar segala kebaikan sentiasa mendampingi mereka, lindungilah mereka dari fitnah dan kejahatan...amiiiin

investing in memory

alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk kami sekeluarga melihat tempat orang..melihat kebesaranNya dan menginsafi betapa hidayah Allah itu perlu diusahakan sebaiknya untuk kita memperolehnya dan mempertahankannya..

laporan lengkap selepas ini..ini adalah sebahagian gambar2 semasa kami di Bali..01 hingga 05 Mei 2008.

April 29, 2008

perkembangan dan penguncupan hehhehhee





1. ketika baru 8 jam
2. 4 bulan setengah
3. 9 bulan 21 hari
4. kini 17 bulan 23 hari..

April 23, 2008

di bawah naungan rahmat

sepanjang 20 hingga 24 April ini berlangsung Majlis Menghafaz AlQuran peringkat kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. dan sepanjang program itu juga kami selaku kakitangan tuan rumah diwajibkan untuk menghadirinya pada sesi pagi dan malam...

pada mulanya hati rasa terbeban dengan arahan wajib itu...takde plak arahan sunat muakad ke sunat haiah ke..hehhehhh hehh..pagi ada kenderaan disediakan utk staf..malam pun ada (dari opislah..)tapi atas rasa kasih dan kasihan pada anak yang ditinggal bersama pengasuh, ptg tetap balik seperti biasa..dan sesudah maghrib bergerak kembali ke KL menuju Masjid WP..meskipun lelah dan letih berulang-alik..tapi hati makin seronok pulak..ialah..kagum dengan daya hafazan diorang...dan di kalangan yang hadir juga ada dari ma'had hafiz dari seluruh Malaysia..sejuk hati tengok wajah-wajah muda yang sentiasa di naungi lembayung quran ni..alhamdulillah suami memahami..pada malam pertama suami bersedia balik awal utk ikut sekali..mlm kedua juga dia sanggup utk menemani meskipun ada dateline yang menanti..

suami berkata, "ada hikmahnya arahan wajib untuk korang ni..bila fikir2 kan kadang-kadang kita sendiri tak berkesempatan mengunjungi rumah Allah bersama keluarga apatah lagi hanya untuk mendengar alunan hafazan mereka-mereka yang terpilih.."

amar pulak, seolah-olah memahami.."malam ni ikut umi pegi masjid ye?"

semalam..sampai2 parking di masjid..keluar dari mulut amar.."..ajid.."

April 18, 2008

Anugerah Zaman ...Cinta Monyet

tanyalah diri sendiri..pernah tak rasa itu wujud atau paling kurang singgah pada hati? terlalu luas tafsirannya..

cuma apa yang ingin dititipkan di sini adalah cinta monyet..(kenapa aku terjebak hari ni..)..ayat umum..aku selalu bincang bab hati dan perasaan ni dengan teman dan kawan terbaik aku..my husband hehehh..kami sama-sama ada kisah silam yang pernah dilalui, aku hormat apa yang pernah dia alami dan maklum siapa yang pernah didampingi...begitu jugak dia hehheh..

satu kelebihan pada kami..dah kenal sejak kecil..dan kenal jugak pada orang yang pernah diminat, diadmire, disuka, pada waktu zaman kanak-kanak riang dulu..siap ejek mengejek antara satu sama lain..tolong gelakkan pun ada..(kelakar klu diingatkan..:P...)

awek first yang dia minat dulu adalah kawan setadika aku..kawan sekelas kami masa sekolah rendah dulu..taklah cantik sangat tapi memang comel budaknya..putih..pendiam..dah kahwin awal..masa habis sekolah..heheh..balak first yang aku minat dulu pun kawan setadika aku dan kawan masa sekolah rendah gak..hehheh..taklah handsome sangat..tapi pendiam..yang paling best..dia sepupu merangkap bestfriend suami aku hahahhahha..

masa kami nak buat kenduri kawin..kami try cari awek yang suami aku suka dulu..nak jemputlah untuk memeriahkan majlis kami..tapi tak jumpa..

balak yang aku minat plak adalah individu pertama di kalangan kawan sesekolah rendah yang tahu ttg perasaan suami aku pada aku..masa ni aku pun tak tau suami aku ada hati kat aku..hahah hah miracle tu...suamikulah yang cerita..terkejut mamat tu..jauh-jauh kami berjalan last2 kawin dengan kawan sendiri..masa kenduri kawin kami dia datang ..

apa-apapun..alhamdulillah dah jodoh dengan En Faizal..dialah insan yang terbaik yang Allah anugerahkan pada aku..seadanya dia dan seadanya aku..kami akur dan sangat bersyukur dengan anugerah ini..meskipun kami 'musuh' masa kecik..tapi dialah Arjuna di hati..hehehhhhehh jiwang plak...

alhamdulillah..

aksi anak bujang umi..


aksi anak teruna..sekarang ni dah 17 bulan..berat hampir 15 kg..hehehh..alhamdulillah


kempen membaca..



marilah membaca bersama amar..buku yang dia pegang tu bertajuk 'count on Donald'..dia suka buku tu mungkin sebab gambar dalam tu..ada donald,daisy,ada mickey..dan 2 chipmunk yang nakal tu..dan ada bee..dan buku tu jugak yang dah ada missing page sbb amar 'bagus' sangat baca buku..suka hatilah amar..asalkan bahagia..cuba tengok amar dudukkan apa..snail dialah..tak pernah tinggal..

April 08, 2008

satu rasa, dua jiwa



yang mengenali kami sejak kecil, arif dan faham betapa 'baik' dan 'rapat'nya kami ketika itu..bergaduh bertekak tak kira waktu..yang mengenali kami sejak kecil juga adalah mereka yang tersenyum dan menggeleng kepala ketika mendengar berita bahawa kami bakal disatukan!hah ahhha mana mungkin seteru ini boleh bersatu apatah lagi sebagai suami isteri yang segala-galanya dikongsi bersama?..

hakikatnya..itulah kami..dari rakan karib yang selalu beriring basikal balik dari sekolah (sambil sepak2 basikal masing2) menjadi suami isteri yang berkongsi suka dan duka..terpisah sejak masing-masing berubah hala sekolah menengah..ketika usia menginjak 24 baru kembali bersua muka..tak sangka pertemuan kedua yang asalnya untuk menjernihkan kekeruhan yang terbina hampir 12 tahun rupanya pembuka kepada jodoh yang tak tersangka..

sehingga kini..kami masih ada sifat lama..suka mengusik tak kira masa..yg jadi mangsa..akulah.tapi usikan kini usikan yang tak de debak debik seperti dulu..zaman kanak-kanak yang tak mengenal rasa segan mahupun cinta..

buat suamiku yang dihormati..apa yang pernah kita lalui dulu dan kini..adalah sesuatu yang amat dihargai..semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi dan semoga redha Allah sentiasa menjadi tujuan yang pasti..amiiin.

teman sejati

selama ini kumencari-cari
teman yang sejati
buat menemani perjuangan suci

bersyukur kini pada Mu Ilahi
teman yang dicari selama ini
telah kutemui

dengannya disisi perjuangan ini
senang diharungi
bertambah murni kasih Ilahi

kepadaMu Allah kupanjatkan doa
agar berkekalan kasih sayang kita

kepadamu teman ku pohon sokongan
pengorbanan dan kesetiaan

telah kuungkapkan segala-galanya
itulah tanda kejujuran kita...

February 25, 2008

kisah 6 puteri dan seorang ratu

kisah bermula di sebuah asrama, tentang 6 puteri dan seorang ratu..hmmmm meletak gelar sendiri puteri itu..pada sifat dan pada minat..

1. yang mudah menangis dan mudah tersentuh perasaannya..'Queen of Tears' gelarnya
2. yang tak tahan dek penangan hujan (sikit2 kena hujan pun demam) 'Princess of Rain' namanya
3. yang seorang itu..letak tumpuan dan hati pada sang arjuna bertalipingganghitam..maka bergelar ia Princess of Taekwondo..arjuna itu glamour sekarang hehhheh
4. yang seorang lagi, minat tak bertepi pada putera di siri tv..Prince of Bel Air..maka dia Princess nya..
5. yang memegang prinsip biar dia menjadi lilin..'Princess of Candle' sesuai susuknya..
6. yang menumpu pada impian dan harapan..kembang macam bunga yang sentiasa mekar..'Princess of Blossom'..
7. yang seorang memang bak puteri punyai gaya dan cara tersendiri..maka gelar tunggal Princess miliknya..dan kadangkala berkongsi gelar 'of tears' dengan sang ratu..

Coretan ini sekadar mengimbau kenangan lalu..Ratu dan Puteri2 ini ada cerita dan ada lagu..ysng dikongsi bersama..Neverending Story..

began at 93 till akhirah..insha Allah..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...