December 18, 2009

kenangan di Eagle Ranch, PD

..sebahagian dari gambar2 yang boleh menterjemahkan apa yang kami rasa ketika berkampung 2 hari semalam di Eagle Ranch, PD..

..mungkin pertemuan singkat yang menghimbau kenangan 15 tahun yang lalu cukup untuk menyatakan betapa kami menghargai persahabatan yang dijalinkan..betapa naifnya kami dulu dan betapa indahnya saat yang pernah dikongsi bersama..

..pada rakan2 lain yg tak berkesempatan utk bersama..doa2kanlah ukhuwwah kita kekal selamanya..dan didoakanlah juga agar kesempatan ini kita dapat nikmati bersama..sekali lagi..insha Allah dengan izinNya..





setelah 15 tahun MEGA GATH 09-Batch V of Simpang V

seronok dan meriah!setelah 15 tahun tinggalkan alam asrama menengah..kami dipertemukan lagi..!penat yang berbaloi..letih yang tak terasa kerana dek gembiranya bersua muka..

terima kasih kawan2..

November 15, 2009

bless..



Amar menjangkau 3 tahun at 06 Nov 2009 while Iman reaches her first birthday at 05 Nov 2009

July 11, 2009

4 tahun menyulam bahagia!

terima kasih cinta
nilaian bukan dek bayangan harta
bukan juga atas bias indahnya rupa

terima kasih cinta
diri dan hati diterima seadanya
pedih dan rintih dikongsi bijaksana
tawa dan girang dititip bahagia

terima kasih cinta
syurga kita sentiasa di hati
penyatuan berwali dan bersaksi
moga lestari hingga ke akhir nanti

terima kasih cinta
setulusnya, seikhlasnya
moga hidayah dan sejahtera
menaungi merahmati di sini dan di sana
selamat ulangtahun keraian cinta
empat tahun meniti bahagia!

* sempena ulangtahun pernikahan kami pada 10 Julai 2009

June 27, 2009

ummi..it's autumn..

senyum dan gelak sengsorang aku bila teringat satu peristiwa :

lokasi : area rumah
mode : amik angin dgn anak2..saje jejalan keliling kawasan jajahan

ada 3 pokok..2 cam biasa kehijauan..satu cam nak mati..daun dan ranting dah warna kuning..pas tu ada angin kuat...maka berjatuhanlah dedaunan kering itu ke bumi..

amar: "ummi..the wind..(sambil mata pejam2 rasa angin)..it's autumn..(sambil tunjuk kat pokok mati tuh!)"

hahahahaha...anakku..bertuah sungguh!mana ada autumn kat mesia ni..nak kata ya..salah..hakikatnya..

tapi benar konsepnya..maka..tersenyum sahajalah sang ibu..

June 07, 2009

puteriku sayang..




nurul iman..alhamdulillah ..membesar dgn sihat dan sempurna..lengkap!

June 06, 2009

amar and his 'tick tock'





amar..obses pada jam...jam dinding, jam tangan, jam pada buku..kalau lalu depan kedai jam..we have to spend few minutes untuk puaskan hati dia..just to have a look jam2 yang banyak..huhuhu..

AMAR yang suka menyusun






1. sebelum

2. selepas...

3. tupperware umi

4. toileteries iman..

seronok tgk kerenah anak..paling 'seronok' bile kena mengemas 18 kali..hehehhehe

February 03, 2009

cemburu sang putera..

alahai anak umi..hari pertama bersua dgn adinda puteri..teresak2 dia mengejar abah..rindu sangat agaknya..dipeluk, dicium, x lepas langsung dengan abahnya..umi?dia hairan tengok ada orang lain ditangan umi..dicium dipeluk disayang tapi bukan dia..berkaca mata jeling umi..3 jam selepas itu baru dia dekat dgn umi..aduss..

seminggu dia tak pandang adinda puteri..mengamuk bile ditegur..tak boleh ternaik suara walau sedikit..menangis mcm memberontak..

masuk minggu kedua..dah mula pegang kaki adinda puteri..'mi..adik..tido..'..bile adinda puteri menangis..dan umi belum terjaga..sang putera dah bangun dulu kejut umi..'umi..adik...engek (menangis)..'

masuk bulan kedua..sang putera dah mula pandai..'adik iman..tido..ayang...'

umi dan abah dah mula senang hati..tapi masih berhati2 sebab mlm tadi sang putera ketuk kepala adinda puteri dengan botol susu sebab dia nak susu..tapi adinda puteri masih diriba umi..menyonyot dengan bestnya..

aduhai anak...

November 07, 2008

CATATAN KELAHIRAN CAHAYAMATA KEDUA...



ALHAMDULILLAH...tak terluah rasanya kesyukuran utk kelahiran cahayamata kedua kami..anak perempuan kami lahir tepat jam 9.14 pagi pada 05/11/2008..sehari sebelum ulangtahun kedua keputeraan anak sulung kami Muhammad Amar...jangkaan kelahiran adalah pada 26 November...namun berdasarkan sejarah kelahiran Amar yang lahir pada minggu ke 36..maka tak mustahil yang kedua ini turut menyusul awal dan 05 November 2008 genap dia 37 minggu dalam kandungan dan ditakdirkan Allah untuk menjengah dunia..

perancangan kami sebagai hamba Allah adalah untuk berusaha melahirkan puteri kami ini secara normal..proses awalnya dgn kerjasama doktor..memang pada jalan itu..seminggu sebelum ini ..bukaan saiz tulang pelvis aku telah di xray untuk menentukan muat atau tidak jalan keluar untuk bayi..alhamdulillah..ukuran memadai untuk saiz bayi..

pagi..seawal subuh 4 November..tanda2 awal dengan keluarnya air jernih ..tidak berwarna dan tidak berbau (salah satu tanda kelahiran)...bergegas aku dan suami ke Pusrawi..setelah mendapat khidmat nasihat para ibu, kawan2 dan Pusrawi sendiri..

melalui unit kecemasan aku terus dibawa ke bilik bersalin..alhamdulillah ..bukaan pangkal rahim telah terbuka 1 cm..benar..air yang keluar adalah air ketuban...sehingga petang..bukaan masih 1 cm..dalam hati telah terdetik..berulang lagi ke kisah kelahiran Amar?..tgh malam ..contraction makin kuat..dan kali ini..masya Allah lebih sakit berbanding Amar..bukaan telah 2 cm..pukul 3 pagi..hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa sakitnya rasa nak bersalin..bukaan menjangkau 3 cm..wahai anakku..bila agaknya nak keluar..bukaan masih belum memadai..sedangkan jangkamasa keluarnya air ketuban dan contraction hampir menjangkau 24 jam..

ketika itu..sokongan dan dorongan suami adalah kekuatan termahal..mengalir airmata menahan kesakitan..sambil bibir dan hati tak putus berzikir dan berdoa..doa nabi Yunus di dalam perut ikan sentiasa aku titipkan ..redha dengan apa yang Allah kurniakan..kesakitan dunia cuba aku hadapi..

tepat jam 8.30 pagi...setelah lebih 24 jam..jantung bayi dalam kandungan lemah apabila contraction kuat(mmg sama kes dengan amar)..dr bagi pandangan profesional..air ketuban dah pecah..kurangnya air pada rahim akan menyebabkan infection pada bayi...nak tunggu hingga bukaan 10 cm...bimbang pula jantung bayi makin lemah dan ibu juga semakin lemah..langkah nekad aku dan suami..kata diputus..kami memilih..redha dengan caesar kali kedua..

pukul 9.00 pagi..aku dah berada di dewan bedah..dgn dr Shu dan Dr Asmah..aku pilih bius separuh untuk memotivasikan diri berhadapan dengan situasi kelahiran..dan aku ajak para doktor untuk berborak ..tentang anak..tentang kerja..tentang ragam Amar..tergelak aku bila dr berkata.."Anak-anak awak Zah..yang lelaki nak pakai neck -tie..yang perempuan pulak nak pakai rantai dalam perut" ...tepat jam 9.14..sang puteri menjengah dunia..Allahhuakbar!tak terbendung airmata melihat wajah dan mendengar suaranya..alhamdulillah..Syukur Ya Allah...

terima kasih wahai suamiku yang setia dan sabar menanti..
terima kasih wahai ibuku yang tidak putus2 berdoa..
terima kasih para doktor yang berusaha bertungkus lumus..berusaha yang terbaik untuk kami..
terima kasih keluarga dan kawan-kawan atas doa dan ingatan..
Syukran LaKa Ya Allah..atas anugerah kehidupan yang tak ternilai..ALHAMDULILLAH


catatan 08/11/2008, 12.38 pagi
Lokasi:Bilik 10, Wad Annur, PUSRAWI Jalan Tun Razak.

October 12, 2008

anugerah dan rahmat yang tak terhitung..

Amar temankan umi kat wad..bilik 10,annur Pusrawi

salam..Syawal 1429..dilalui dengan penuh hikmah dan nikmat yang sangat tak terhitung..alhamdulillah..segalanya cukup..dgn keluarga tersayang disisi..dengan keamanan anugerah Allah yang tidak bertepi..segalanya kadangkala terlalu kerdil rasa diri..bila terasa nak meminta-minta kepadaNya..segalanya lengkap!

walaupun pergerakan agak terhalang dgn keadaan kaki yang kejap baik kejap kejang..alhamdulillah..dianugerahkan suami dan keluarga yang begitu memahami..masya Allah..rasa tak terlahir segala terima kasih!

ketika sebelum Syawal ..batuk dan demam dah mula melanda..kesakitan itu tanda kasih sayang Tuhan!bersabar dan bersyukurlah wahai sang hamba..dan berlarutan sehingga cuti raya habis dan mula masuk bekerja..

natijahnya..(natijah?)pada hari check up dgn Dr Asmah..kena tahan di wad..sebab high degree dan ada contraction..baby baru 33 minggu belum cukup matang..dan bimbang demam yang berlarutan akan efek pada baby..maka..bermalam di wadlah kami sekeluarga..

hari jumaat..pujuk dr untuk discaj dari wad..terasa terlalu sakit plak bila ditahan di wad..alhamdulillah dr bagi kuar dgn bersyarat..makan ubat yang diberi dan kena follow up semula by selasa..kena rest dan jgn fikir pasal keje..hehehehe..x kisahlah dr..asalkan saya dapat kuar wad..

alhamdulillah..ptg jumaat tu dah bleh kuar..dan weekend diisi dengan nikmat rehat ..alhamdulillah..mak dan adik2 datang melawat..siap bawakan sarapan segala macam hari sabtu tu...alhamdulillah...

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...