July 15, 2010

Sang Pencinta


Sunan dizahirkan kelemahan manusiawinya..Datuk Laksamana Hang Tuah di'muncul'kan sebagai keakuran pada kependekarannya..dan juga pengimbang kekuatan alam Melayu pada zamannya..Puteri Gunung Ledang dijelmakan iras2 sang pencinta pada teater teraju Tiara Jacque..dan sebagai seorang yang menggemari telusuran sejarah; perjalanan Sunan dan Catalina seolah2 turut membawa hati ke daerah berdaulat..hmm..benarkah naga itu ada di Hulu Melaka..jajahan Ujung Tanah dan Rembau juga penghias latar cereka...aduh!kali ini penangan watak Sunan lebih realistik berbanding trilogi sebelum ini..dan aku masih terpana pada 'Cinta Sufi'...
~ dipetik dari : catatan harian
~Julai 2010

May 25, 2010

smart smarties...


what is this?..'lampu stadium shah alam..' ?amar..amar...




then..'it's triangle ummi..' heheheh




smarties becomes..?

...seronok tengok telatah anak2..seronok jugak membuat telahan apa yg dia fikirkan..paling best once amar buat bentuk empat segi tepat..ingatkan dia nak jawab 'rectangle' bleh plak jawapannya..'lampu stadium shah alam..'

March 09, 2010

yang bijak dan yang terpijak

Peluang seperti ini jarang aku lalui, mungkin dalam 2 bulan adalah sekali. Bila melalui selusur berlandasan ini, pasti pandangan aku tertangkap pada belukar2 tinggalan di mana asalnya mungkin tanah warisan. ..(?) Abdullah Hukum, Pantai Dalam, Dato’ Harun tak ketinggalan Batu 3..nama-nama yang berjiwa melayu pastinya…opsss tak ketinggalan Seri Setia..(bukan ke dulu tempat ni namanya Sungei Way..err tiba2 hari ini nama itu seolah lenyap..x sekomersial SUNWAY kan?)

Entah kenapa, ada persoalan dlm hati bila melalui kawasan2 itu..ada cerita yg seolah tak tersuara..rasanya bukan sedikit saudara sebangsa yang berkongsi bahasa dulu berada dan beraja di tanah situ dan tanah sana..

Petempatan ibarat desa diganti cerucuk2 moden berbatu-bata..dan jangan lupa..ia berhakmilik strata kebanyakannya..tambahan ciri, selalunya berdekatan loji kumbahan dan tanah lombong yang ditimbus berlapis-lapis..x pun berdekatan dengan kawasan perindustrian di mana hidung dan deria lali dengan segala ‘kelebihan’. Rasa sesal dan kasihan..kenapa begitu susah untuk menggalas payah? Kalau generasi berpangkat datuk atau moyang kita berhempas pulas meneroka dan melebar selesa anak cucu..generasi pewaris separuh sedar dan separuh tak endah..apatah pula dengan generasi ketiga..dan seterusnya..siapa yang bijak dan siapa yang terpijak..

Aku sendiri x dapat berkonklusi..cumanya pemerhatian aku dalam tempoh 40 minit perjalanan ini masih bersisakan beberapa persoalan (dan mungkin ada unsur kekesalan?) :

1. dulu seusia aku 6 ke 7 tahun pernah aku dan beberapa abang saudara berlegar, bermain dan berlari di Kg Dato’ Harun..tapi di mana kawasan itu sekarang?

2. perjalanan di lebuhraya persekutuan, zmn2 awal persekolahan dan pengajian mata aku selalu tertumpu pada kawasan perkampungan di atas bukit di tepi kilang gula..sekarang..kawasan tu dah jadi apartment bertingkat2..(yg peliknya..kuil berhampiran situ makin besar lingkup pagarnya..?)

3. dulu..aku pernah tengok cerita melayu bertajuk ‘setinggan’ tiba2 cerita itu terimbas..hmmpphh

4. seawal usia aku 11 tahun aku teringat aku ada membaca buku karangan Hatta Azad Khan berupa skrip dan cerita tentang karyanya Syyyhh (Kg Seri Wangi)..aku terpikir semula perkembangan dan sorotan siri itu..dari Kg Seri Wangi menjadi Pi Mai Pi Mai Tang Tu..?hmmm

~ ainzaiha ~
~ Catatan: dalam komuter (08/03/2010)

December 18, 2009

kenangan di Eagle Ranch, PD

..sebahagian dari gambar2 yang boleh menterjemahkan apa yang kami rasa ketika berkampung 2 hari semalam di Eagle Ranch, PD..

..mungkin pertemuan singkat yang menghimbau kenangan 15 tahun yang lalu cukup untuk menyatakan betapa kami menghargai persahabatan yang dijalinkan..betapa naifnya kami dulu dan betapa indahnya saat yang pernah dikongsi bersama..

..pada rakan2 lain yg tak berkesempatan utk bersama..doa2kanlah ukhuwwah kita kekal selamanya..dan didoakanlah juga agar kesempatan ini kita dapat nikmati bersama..sekali lagi..insha Allah dengan izinNya..





setelah 15 tahun MEGA GATH 09-Batch V of Simpang V

seronok dan meriah!setelah 15 tahun tinggalkan alam asrama menengah..kami dipertemukan lagi..!penat yang berbaloi..letih yang tak terasa kerana dek gembiranya bersua muka..

terima kasih kawan2..

November 15, 2009

bless..



Amar menjangkau 3 tahun at 06 Nov 2009 while Iman reaches her first birthday at 05 Nov 2009

July 11, 2009

4 tahun menyulam bahagia!

terima kasih cinta
nilaian bukan dek bayangan harta
bukan juga atas bias indahnya rupa

terima kasih cinta
diri dan hati diterima seadanya
pedih dan rintih dikongsi bijaksana
tawa dan girang dititip bahagia

terima kasih cinta
syurga kita sentiasa di hati
penyatuan berwali dan bersaksi
moga lestari hingga ke akhir nanti

terima kasih cinta
setulusnya, seikhlasnya
moga hidayah dan sejahtera
menaungi merahmati di sini dan di sana
selamat ulangtahun keraian cinta
empat tahun meniti bahagia!

* sempena ulangtahun pernikahan kami pada 10 Julai 2009

June 27, 2009

ummi..it's autumn..

senyum dan gelak sengsorang aku bila teringat satu peristiwa :

lokasi : area rumah
mode : amik angin dgn anak2..saje jejalan keliling kawasan jajahan

ada 3 pokok..2 cam biasa kehijauan..satu cam nak mati..daun dan ranting dah warna kuning..pas tu ada angin kuat...maka berjatuhanlah dedaunan kering itu ke bumi..

amar: "ummi..the wind..(sambil mata pejam2 rasa angin)..it's autumn..(sambil tunjuk kat pokok mati tuh!)"

hahahahaha...anakku..bertuah sungguh!mana ada autumn kat mesia ni..nak kata ya..salah..hakikatnya..

tapi benar konsepnya..maka..tersenyum sahajalah sang ibu..

June 07, 2009

puteriku sayang..




nurul iman..alhamdulillah ..membesar dgn sihat dan sempurna..lengkap!

June 06, 2009

amar and his 'tick tock'





amar..obses pada jam...jam dinding, jam tangan, jam pada buku..kalau lalu depan kedai jam..we have to spend few minutes untuk puaskan hati dia..just to have a look jam2 yang banyak..huhuhu..

AMAR yang suka menyusun






1. sebelum

2. selepas...

3. tupperware umi

4. toileteries iman..

seronok tgk kerenah anak..paling 'seronok' bile kena mengemas 18 kali..hehehhehe

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...