May 26, 2011

alif ba ta duniaku

alhamdulillah..subhanallah..

..sedikit kegusaran melanda hati, bila ditilik dan diselidik (berdasarkan pengalaman sendiri bukan statistik rasmi) dalam 7 orang di sekeliling orang-orang awam, yang bukan dari kalangan keluarga..5 tidak mengenal dan menguasai bacaan al Quran..tidak tahu eja baca jawi..Allah..

ayuh!kuatkan hati dan azam, bertindak dengan apa yang ada ditangan..berperananlah utk diri dan mereka yang berada dalam lingkungan kawalan serta perhatian..

pertama ;
bersegeralah dalam mendidik anak-anak mengenal kalam Tuhan, walau kadangkala payah untuk mengusir lelah..mereka itu amanah..!

pertama sebelum pertama ;
bersegeralah mendidik hati dan kekuatan diri sendiri..perbaiki dan perhalusi kekurangan tentang ilmu Al Quran, berseia sekata dengan rakan seperjuangan (suami bagi si isteri..isteri bagi sang suami)..bagaimana kita mahu permata mengenal kaca dan intan..kalau resam ketam tak diambil ingatan?

Berjuang di Medan Cinta

Selamat Berjuang

Malam siang berlalu
gerhana kesayuan
tiada berkesudahan
detik masa berlalu
tiada berhenti
oh syahdunya

Sejenak kuterkenang
hakikat perjuangan
penuh onak dan cabaran
bersama teman-teman
harungi kehidupan
oh indahnya

Berat rasanya di dalam jiwa
untuk melangkah
meninggalkan semua
kasih dan cinta yang terbina
ia kan selamanya..ooooo

Selamat berjuang sahabatku
semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan kubiar ia berlalu..
berjuanglah hingga ke akhirnya
dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
sengsara di dalam perjuangan
jiwaku merana dan meronta mengharapkan
kedamaian dan jua ketenangan

Tetapi kuakur pada hakikat
suka dan duka dalam perjuangan
perlu ketabahan dan kekuatan
keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku
semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan kubiar ia berlalu
berjuanglah hingga ke akhirnya
dan ingatlah semua ikrar kita..

nasyid ini adalah antara kegemaran aku dan sahabat-sahabat kesayangan ketika berkampung 3 tahun di KAB, UKM..seronok dan tersenyum mengingatkan..zaman remaja dan awal dewasa yang penuh dengan warna..

hidup ini penuh dengan perjuangan..di segala medan..medan ilmu..medan kendiri..medan cinta..ketika di varsiti..kami segar dengan keterujaan menimba ilmu..mekar dengan kecelaruan hati memburu cinta sejati hehehhe

untuk Liza,Normy,Elin dan Kak Gee..sayang di hati ini lebih dari yang terungkap..:)

Couples..

mak cu n nenek cikgu


pak ngah, mak ngah n rayyan


mak lang n pak lang


abah n ummi


Lokasi : Jeram, Selangor


Tarikh :08.05.2011 (sempena Hari Ibu)...




Giliran balik kampung rumah Nenek Cikgu (gelaran utk nenek oleh Amar dan Iman) berkebetulan tarikh sambutan Hari Ibu..




kami tunggu Pak Ngah dan Mak Ngah siang tu dan Nenek yang ada Mesyuarat Bahagian di Kuala Selangor pada sebelah petang


makan..biasa-biasa sahaja..lambat pulak tu..

May 24, 2011

juara



....alhamdulillah...






May 20, 2011

mereka..permata..






sekejap sahaja masa berlalu..:)

rayyan dah pandai meniarap..seronok tengok kesungguhannya..iman pula semakin pandai mengayu-ayukan diri..aduhai!semakin manja adanya..nak dilayan segala bagai..pantang tersentuh..pantang dicuit..rajuknya macam anak dara pula perlu dipujuk..amar?tetap dengan ke'abang'annya..alhamdulillah..dah semakin dewasa anak ummi..tak perlu tersuruh-suruh kalau adik menangis..comel saja gayanya memujuk adik lelaki kesayangannya..

ummi..?redha dan sangat bersyukur!



May 18, 2011

Sejahtera untukmu

17 Mei 2005..dah 6 tahun perpisahan nyata kami..

kalau boleh catatan ini tidak mahu berbau duka..

alhamdulillah kami berpeluang menyayangi dan disayangi dia dan sangat bersyukur Allah sediakan juga ruang untuk kami bersedia dengan pemergiannya..juga sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkasih sayang setulusnya di ambang perpisahan dengannya..

dia insan yang sangat istimewa dan tiada duanya...tak jangka di balik letih dan lelahnya..dia sembunyikan segala kepedihan..di balik tubuh sasa bersusuk sihat, tak pernah terjangka ada sakit tak terungkap..

teringat lagi kesungguhannya menghantar anak sulungnya ini ke sekolah berasrama di usia 13 tahun, entah apa gelodak hatinya ketika itu..anak kecil yang berada di depan mata selama ini..berjauhan untuk peluang yang lebih meyakinkan..

masih jelas di ruang mata senyum puasnya ketika zuriat sulungnya ini melambai-lambai padanya ketika riang gembira bergelar graduan..apa agaknya kata hatinya ketika itu..dia tidak pernah suarakan..

terdengar-dengar lagi suaranya ketika dia mengucapkan 'happy birthday anak abah..' pada 28 Februari 2005..dia tak pernah begitu sebelum itu..terkejut juga dengan panggilan telefonnya pagi-pagi di hari lahir kesekian kali itu..dan tak pernah terjangka itulah ucapan selamat terakhirnya untuk cahayamata sulungnya..

terbayang-bayang lagi riak gembiranya bila tahu puterinya bakal disunting orang..bakal menjadi suri pada hidup seseorang..mungkin ketika itu bimbang dihatinya sedikit berkurang, telah ada lelaki yang bersedia memimpin puterinya..telah ada tempat untuk dia galangkan amanahnya..

dia pergi dengan redha
dia pergi dengan janjiNya
dia pergi dengan rahmatNya
dan dia tak pernah luput dari ingatan dan doa..

*abah, akak sangat rindukan abah..
akak dah ada 3 orang anak bah..2 lelaki seorang perempuan..cucu abah comel2..yang sulung..saling tak tumpah macam raut wajah abah..tiap malam akak ajar anak-anak sedekahkan fatihah untuk abah..walaupun mereka tidak pernah berjumpa abah..mereka tahu Ummi mereka ada ABAH..

Al-Fatihah

May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu

Kelip-kelip si kunang-kunang


Indah cahaya bergemerlapan


Jasamu guru tetap dikenang


Pencurah ilmu penyuluh harapan



pantun ini dicipta ketika Tahun 6 pada tahun 1991 di Sek.Keb.Parit Mahang.


ketika itu, selaku Ketua Murid saya dikehendaki menyampaikan ucapan penghargaan kepada guru-guru ketika Majlis Hari Guru peringkat sekolah.




itulah ucapan umum pertama saya..dari teks ucapan yang dikarang sendiri..teks yang tak seberapa dan pantun empat kerat yang bertaraf darjah 6..:) namun, saya masih ingat sehinggalah sekarang..dan saya juga masih ingat senyuman para guru, ikhlas dan mendamaikan..




terima kasih cikgu!

Trek AMAR



layanlah imaginasinya..:)..pasti menarik..


abjad bermagnet dijadikan sempadan trek ciptaannya, inspirasi dari 'word world'..


kusyen sofa dijadikan penghadang..bila ditanya..bukit jawapannya..


Amar memang suka menyusun..

May 12, 2011

Nur Kasih...

kenal suara dia ni sejak sekolah menengah..masa zaman kami dulu cara dia bernasyid agak berbeza dengan mereka yang sealiran..walaupun tak terlalu minat tapi tetap telinga aku ni suka dengar lagu-lagu dia..bermula dengan Mirwana..kemudian Brothers dan seterusnya solo..suka lagu 'Raihan' dan 'Doa Perpisahan'..juga 'Teman Sejati'..

teringat masa zaman Soutul Mujahidah dulu..paling suka tarik soprano masa nyanyikan lagu 'Raihan'..sampaikan nickname masa tu jadi IzzaturRaihan..hahahha (boleh?)..dan sebenarnya nama 'Raihan' ini adalah nama pilihan ketika mengandung anak ketiga dahulu..niat dan detak hati sekiranya anak ketiga lelaki Muhammad Rayyan jadi pilihan dan kalau perempuan Nur arRaihan..item-item syurga kedua nama itu..terdetik juga kalau dapat kembar lelaki perempuan pastinya Rayyan dan Raihan..tinggi cita-cita..:)...alhamdulillah..Rayyan menjadi realiti akhirnya..

setiap orang ada kecenderungan..aku juga begitu..aku memang suka dengar lagu2 dan suka juga berlagu yang aku suka..lagu-lagu yang lekat dan dekat dengan hati aku..sentuhan dia ini memang antara yang aku suka dan sentuhan yang ini memang 'one of my favourite' ...

Lewat ini ku rasakan
kasih kian kudambakan
resah hati yang kupendam
pada takdir dan harapan

detik waktu dan suratan
siapa tahu ketentuan
kumencari cahayanya
dalam bayang kegelapan

nur..kasih
nur..kasih

nasib hidup dan pilihan
lain untuk setiap insan
mengharapkan perjalanan
dalam maya kesamaran

nur..kasih
nur..kasih

aku kembali kerana masih
mencari yang hakiki
sinar pasti
janji suci yang abadi..

nur..kasih

* dua tiga hari ini..lagu ini kembali popular..mmmmmm...nur kasih..(aku masih bernyanyi..)..:)
* syabas Yassin..syukur dan alhamdulillah di atas ilham dan idea yang Dia anugerahkan..

May 11, 2011

kasih di bumi kenyalang

aku kenal dia 16 thn yang lepas..ceria..baik hati..suka menolong..jujur dan tidak berselindung..lepas masing2 berkelana lepasan menengah..aku dah tidak berapa tahu cerita tentang dia..

setelah 16 tahun..aku dapat berjejak berita dan kisah dengan dia..pastinya tempoh 16 tahun itu penuh dengan episod dan kisah yang masing-masing ada pahit manisnya..sejak war2 alumni kisas 96 aku kembali soroti kisahnya..

pada tempoh 16 tahun ini..x terjangka dan x menyangka..besar juga ujian yang dia hadapi..kisah rumahtangganya..kisah sakit peningnya..kisah keletah manja anaknya..

dalam tempoh 16 jam ini..aku x lepa dari mengintai khabarnya..perjuangannya ke bumi kenyalang bukan kepalang..ada kasih terhutang yang perlu disambungkan..aku tak menangis sedih tapi aku menangis gembira dan bersyukur..aku ada sahabat sekuat dia..seorang ibu yang tabahnya adalah dengan rahmat kasihNya..

untuk Amal Hayati Othman..catatan ini khusus untukmu..

May 10, 2011

Hati-hati sedang Tsunami

rasanya dah 2-3 hari begini..antara perasan atau tidak ..malam yang lazimnya dibalut nyaman dan dingin, diiringi putaran kipas kelajuan tertinggi..bahang..panas..subhanaLLah..!makin tua bumi ni sebenarnya..dan makin lali manusia yang menghuni..

2-3 menjak ini..hati juga dilanda cuaca tak menentu..cuak dgn dilema kecenderungan makhluk-makhluk beraqal dewasa ini..cemas dengan kekeliruan pokok tujuan kehidupan khalayak terpilih..aduh!masih lagi masing-masing berlumba senang dengan menindas yang susah..masih ramai lagi ambil tak endah pertahan ketulusan aqidah..

alam dah lama menitip khabar dengan kuasa Pencipta..dah penat menghembus-hembus alamat agar khalayak beraqal beringat untuk tidak terus sesat..

lindungi kami Ya Allah
ampunkan kami Ya Allah..

May 05, 2011

Membaca Jenama

Catatan ini untuk panduan sendiri dan untuk dikongsi pada yang sudi..(bukan untuk promosi mana-mana nama di sini!)

ajarlah anak kita membaca di mana sahaja..asasnya mudah, yang penting kita kena bijak manipulasi ruang dan peluang. Sedikit panduan untuk sama-sama dimanfaatkan ;
1. Ringankan mulut untuk ajar dan ajak mengenal serta membaca jenama ketika membeli-belah sama ada di pasaraya atau kedai runcit. Paling mudah jenama-jenama yang hampir dengan mereka dengan warna tersendiri yang menarik perhatian, contoh ; RIBENA, PETPET, HUGGIES, ANAKKU. Terangkan juga kegunaannya agar mereka lebih faham fungsinya.

2. Kaitkan jenama-jenama bergambar dengan kesesuaian gambarnya. Contoh FERNLEAF..tunjukkan daun pakis yang ada pada lambang tersebut ataupun 'nest' pada NESTLE.

3. Apabila dalam perjalanan, tarik perhatian anak untuk membaca tanda-tanda jalan, contoh ; STOP, NO PARKING...walaupun kebanyakannya berbunyi negatif, kreatifkan penerangan dengan anak-anak tentang sebab dan akibat..:)

seorang ibu tidak perlu terlalu bijak untuk mendidik, bermaklumat itu yang paling tepat..(bijak itu bonus...!)..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...