July 02, 2011

Imam Muda 2011

saya jarang ambil kisah akan program-program realiti..kadangkala tak kenal pun si polan itu juara apa dari rancangan mana..tapi malam tadi saya cenderung juga untuk menonton kemuncak Imam Muda 2011. Saya tidaklah hari-hari menyoroti IM tetapi hati saya sangat tergerak untuk menyaksikan pengakhiran sirinya tahun ini.
bersyukur kerana mereka dilorongkan hati yang baik, pilihan yang berkecenderungan positif dan bercita tinggi dalam memartabat agama.basah juga hati mendengar mereka berhujah dan berpatah dengan petah bertunjangkan Quran dan Hadith.
Allah..kekalkan mereka dalam perjuangan keranaMu..teguhkanlah iman di hati-hati kami yang mudah lupa ini..

July 01, 2011

Campak Tanpa Demam

1 Januari 2011-1 Julai 2o11
Putera kecil ini genap 6 bulan..6 bulan dia menjengah dunia..menambah warna dalam hidup kami!meskipun lahirnya ibarat kain putih..bukankah putih itu terhasil dari ketujuh2 warna..:)
6 bulan juga dia membesar sebaiknya dan sepenuhnya dengan susu Ummi..anugerah tak ternilai, hak anak yang terhak..alhamdulillah!
Minggu lepas Rayyan telah dilanda 'campak'..atau measles..tapi dia tak demam..awalnya disangkakan Rayyan kena gigitan semut.Pengalaman Amar dan Iman serta naluri semulajadi ibu menidakkan sangkaan itu..bintik-bintik merah pada Rayyan tanda-tanda campak cuma kemusykilan melanda kerana dia tidak panas untuk dikatakan demam..lagaknya juga tetap ceria dan gagah..kami ke klinik berhampiran..ialah..Ummi bukan doktor..ilmu perubatan Ummi terbatas pada hanya pembacaan dan pengalaman..setelah diperiksa..ya!Rayyan 'measles' tapi tak demam. Doktor sangat positif dan tak lokek dengan konsultasi bergunanya..Dr Badrul namanya.
"Antibodi anak Puan sangat kuat, sangat kuat untuk melawan demam..dia juga membina antibodinya sendiri dengan baik bila dilanda 'measles'..Puan beri dia susu badan mungkin?"
"alhamdulillah..sehingga kini saya menyusukan Rayyan sepenuhnya.."
"itulah kekuatan anak Puan..saya yakin ruam campak pada badannya akan pulih tanpa demam,insya Allah..Puan teruskan menyusui dia..saya suka attitude ini"
kedua saya dan suami berbesar hati dengan keadaan itu..Rayyan juga tak lokek dengan senyuman tulus dan gerak lincahnya..doktor pun rasa tertambat!ditambah lagi dengan keletah abang dan kakaknya yang tak habis-habis meminta izin doktor mengambil gula-gula atas meja!
hari ini Ummi ceria dengan tekad!beras dan lobak merah dah tersedia bertanak..pengisar berlabel Amar dan Iman juga telah Ummi keluarkan malam tadi..putera kecil Ummi telah sedia untuk makan air tangan Ummi yang pastinya bersulamkan kasih dan sayang yang tak bertepi..:)

hati saya rasa indah

jumaat yang indah!
hati saya sangat basah dengan limpahan kasihNya..alhamdulilLah
semalam 30 Jun 2011,ulangtahun kelahiran kekasih,suami,sahabat,teman sejati..
rasanya tak cukup kasih yang saya tumpahkan pada jejaka jawa terkacak itu..:)..kadang-kadang terasa diri belum cukup adil dalam memberikan yang terbaik untuk sahabat terhebat itu..dia sangat menyayangi..terlalu memahami..dan begitu mencintai.
dia sentiasa sedia..kadangkala terharu rasa tak setimpal berbanding curahan pengorbanannya
dia lelaki setia..kerapkali juga kerbersalahan melanda diri, betapa ketidaksempurnaan kadangkala meracau-racau jiwa..
aduh!hati saya sangat basah..dia adalah anugerah terindah dariNya..
selamat hari lahir sayang!

June 30, 2011

Azan tu AMARlah..

Di suatu petang yang indah
situasi; TV bersiaran Astro Oasis..Amar dan Iman ralit dgr azan asar bersahut-sahutan di antara azan surau dan azan TV..sebelum itu seperti lazimnya slot Indahnya IMAN (slot zikir)..Amar yang sudah boleh membaca berdikit beriya-iya menunjuk dan mengeja nama Iman pada TV.
usai solat asar, TV masih berpasang..ummi tak perasan rancangan Ar Rayyan sedang di kaca TV..Amar dengan bersungguh-sungguh.."ummi..ummi..tengok nama Rayyan kat TV..tadi Iman ni Rayyan pun ada..kenapa nama Amar takde?"
Ummi senyum fikir jawapan..
"Azan tadilah AMAR..AMAR kan maksudnya perintah..azan tu tanda perintah Allah..panggil kita"
"Amar suka azanlah Ummi.." sambil tangan di kedua-dua telinga..berdiri tegak lalu Amar azan dengan bangganya..:)

June 24, 2011

trek tek tek

kalau tidak kerana bintang
takkan bulan terbit tinggi
kalau tidak keranalah sayang
takkan saya datang ke mari
trek tek tek
pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandunglah tanah
budi yang baik dikenang jua
trek tek tek

June 23, 2011

edisi julai 2011

saya dah dapat!pa&ma edisi julai 2011 sudah di tangan..majalah kesayangan kali ini membawa isu yang sangat relevan (setiap bulan relevan sebenarnya..)...antaranya;
1.RAHSIA TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU..yg ini sgt relevan!Rayyan hampir menginjak 6 bulan,walaupun dah beranak 3..setiap kelahiran mempunyai kisah dan pengalaman tersendiri..
2.10 langkah senaman sihat bersama bayi..buat masa ini berat saya sudah kembali asal..:)
3.50 rahsia si manja cerdas..isyyy..banyak lagilah yang best..
*ketika catatan ini dibuat,Iman baru shj tumpahkan air atas majalah ummi spt cover di atas.:(

June 22, 2011

anakku

saya suka wajah ini!

June 17, 2011

wanita akhir zaman

oh mengapa semua ini terjadi
kehancuran wanita akhir zaman
akhlaknya kini dipandang hina
maruah tiada terbela

anak gadis menjadi bahan mainan
hawa nafsu serakah insan durjana
apalah daya dirimu wanita
akhirnya batinmu tersiksa

pilunya rasa di dalam jiwa
hidupmu diselubungi duka
jalan yang disangka membawa bahagia
derita menanti di sana

c/o
sedarlah oh wanita
dirimu amatlah berharga
pertahankan maruah
tinggalkan lembah hina

kembalilah pada Allah
carilah keredhaanNya
masih ada kesempatan masa
sebelum kau menemuinya

lagu nasyid ini adalah nasyid kebanggaan Soutul Mujahideen KISAS, juga antara nasyid yang saya gemar nyanyikan sehingga kini..maaf soutul sekiranya ada lirik yang tak tepat..catatan ini dari memori yang masih bersisa, kaset soutul entah ke mana..catatan liriknya juga sudah tiada..

ketika matrikulasi di MIT Penang, saya dan kawan-kawan matrikulasi bawa nasyid ini dalam Pertandingan Nasyid oleh USM..dapat tempat kedua..:)..paling mencabar part tarik masa korus..lagu ini asalnya dicipta untuk dinyanyikan oleh lelaki pada nada yang agak tinggi..bila perempuan yang membawanya maka key tinggi perlu dibawa berhati-hati..kenangan..kenangan..

*
entri ini entri ke 100..saya dedikasikan entri ini untuk kawan2 Soutul Mujahideen dan Soutul Mujahidah, KISAS SPM 96 dan sahabat2 di Pusat Matrikulasi UKM dan USM-Mutiara Institute of Technology Penang 97

June 16, 2011

mereka..usia sama tahun berbeza

abang Amar


kakak Iman


adik Rayyan



Wajah-wajah serius kacukan Jawa-Banjar Selangor..lihat renungan mereka..:), abang agak manja, kakak pula renungan garang anak dara..adik penuh waspada..wajah-wajah tulus pada lingkungan bulan hampir sama..5 dan 6 bulan. Di antara ketiga mereka, Rayyan paling awal meniarap, 4 bulan..Amar dan Iman hampir serupa 5 bulan lebih.

June 15, 2011

Gerhana 14 Rejab 1432/16 Jun 2011

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah.Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya.Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (gerhana)." Riwayat Muslim

* Jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur ya Allah, letak didikkanlah hati-hati kami untuk sentiasa tunduk dan sujud hanya padaMu..kebergantungan kami hanya padaMu..dan cukuplah Kau sebagai tempat kami bertawakal..amiin

June 10, 2011

melayan angin kuala

sepoi-sepoi bahasa..



rasa angin


tengok riak ombak


kaki-kaki yang comel!



secara peribadi..sangat suka gambar-gambar ini juga perasaan ketika ini..tempat ini tidak jauh dari kampung halaman kami..tak jauh dari rumah mertua di batu laut..juga tak jauh dari kampung kelahiran arwah abah di pekan banting..


tambak ini di Pantai Morib..pantai ini zahirnya biasa-biasa sahaja..mungkin airnya tak setanding kehijaubiruan lautan di laut china selatan..tapi kami dah terbiasa dengan keadaannya..dulu masa kecil..arwah abah ada juga membawa kami anak beranak ke sini..acapkali juga arwah pak long bersiar senda dengan anak-anak saudara di Pantai Morib yang tak berapa jauh dari rumahnya..


kala dewasa ini..bersurat sudah jodoh kami..berkampung halaman berhampiran..menyediakan peluang pula untuk anak-anak mewarisi kenangan zaman kanak-kanak kami..biar mereka kenal daerah sendiri..dan cinta dengan tempat sendiri..walau mungkin tak segah emasnya hujan di tempat lain..batu yang turun di tanah sendiri bukan sekadar ungkapan kemegahan tapi juga simbol kecekalan kental anak watan..


saya anak kuala..ibu saya orang kuala selangor..arwah abah saya anak kuala langat..

bapa mertua saya kelahiran kuala langat..ibu mertua saya jati kuala selangor juga!


suami saya lahir di shah alam, saya dilahirkan di klang..meskipun anak-anak kami lahir di KUALA lumpur..saya sayang selangor saya!

June 09, 2011

sayang sarawak..

negeri terakhir pelengkap 13 negeri di Malaysia yang dikunjungi adalah Sarawak..berkebetulan pada hari lahir ke 24 (28 Februari 2003)..masih ingat lagi kenangan pada hari indah itu..segala-galanya manis untuk saya dari Sarawak..:)

saya suka kek lapis asli dari Sarawak..dapat dibezakan rasanya dengan kek lapis buatan lain..manisnya lain..seninya juga tersendiri..memakannya apatah lagi..:)..saya diperkenalkan dengan kek lapis sarawak oleh bekas teman serumah saya..anak gadis Kuching..

saya suka 'jahit putus' pada baju kurung sarawak..halus..kagum saya pada ketelitian mereka..ke'sabar'an saya pasti tak setanding ketekunan mereka yang menghasilkannya..hasrat saya untuk menjadikan baju melayu ber'jahit putus' sarawak sebagai salah satu hadiah hantaran tidak kesampaian..hehhhe..tak sempat..

saya suka ikan terubuk masin sarawak..dulu rasanya jarang terjumpa di sini..sekarang makin mudah mendapatkannya..mungkin kerana terubuk masin sarawak dah bijak merentas laut china selatan agaknya..

saya suka kenangan di sana..malam itu malam hari lahir saya..dan malam itu juga saya terima panggilan rindu yang pasti dari jejaka Selangor..panggilan yang merubah status sahabat kepada teman sepanjang hayat..insha Allah..amiin..masa itu zaman tengah mekar..sedang berstatus anak dara..hhhhehe..

hmmmm..sarawak yang manis..sudah 8 tahun kenangan itu..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...