Berilah peluang untuk meluah bahagia. Usah cemburu pada mereka yang melahirkan rasa bahagia. Kadangkala ia mungkin penutup luka atau mungkin juga kesan redha yang ikhlas keranaNya. Ketahuilah, mereka yang menzahirkan bahagia itu ada kalanya sudah jemu meratib derita. Meskipun bahagia dirasa sedetik cuma, baginya ia mungkin nikmat rahmat sepanjang usia. Justeru, dia tidak jemu-jemu menyatakan bahagianya.
Ketahuilah, mereka yang menzahirkan betapa dia bahagia tergolong mungkin mereka yang insaf keberadaan fana. Tidak perlu membazir-bazir masa dan ruang. Hidup ini singkat, juga tidak terjangka. Hargai apa di tangan sebaiknya. Ia telah datang dan mungkin tidak berulang. Maka, benarkan bahagia itu menghiasi ruang senyumnya.
Bahagia..berbeza-beza aturannya
Bahagia..berbeza-beza nilaiannya..
November 12, 2011
November 11, 2011
Untuk Permata Hati~catatan 11.11.11
![]() |
| buku untuk Iman |
Untuk ulangtahun kelahiran tahun ini, kami hadiahkan buku-buku cerita untuk Amar dan Iman. Diari ulangtahun kali ini sangat menarik. Iman menjangkau 3 tahun pada 05.11.2011 bersamaan 09 Zulhijjah 1432 (Hari Wukuf) dan ulangtahun ke 5 Amar disambut dengan takbir Aidiladha pada 06.11.2011.
Oh..sudah pasti pencerita setia dan pembaca utama buku-buku ini..Ummi..! Dengan suara dan mimik berbeza-beza..:)
Hadiah sampingan pun ada..set golf mainan!catatan berkenaan golf mainan di entri akan datang..:)..mencabar kesabaran hati dan kelenguhan kaki..!
![]() |
| milik Amar |
November 10, 2011
Senyum
Senyumlah...meskipun hati sedang berduka
senyumlah...meskipun hati terus-terusan diluka
senyumlah...kerana pahit itu hilang dek sakti manisnya
Senyumlah...kerana segala-galanya ujian dan tanda kasih Tuhan yang tidak bertepian
senyumlah...kerana mungkin segarit senyuman itu bisa mengubat lara sepanjang usia
senyumlah...kerana mungkin ia bisa melentur kerasnya sombong dan ego didada
senyumlah...kerana mungkin ia bisa menyiram jiwa yang ketandusan
Senyumlah...ia tidak memerlukan apa-apa bayaran
senyumlah...tak perlu kata apa-apa

November 04, 2011
November Cinta
hari ini 4 november, besok 5 november, lusa 6 november. kalendar dah bertanda, juga reminder di telefon..:)
hari ini 4 november, besok Iman genap 3 tahun, lusa Amar genap 5 tahun
Tahun 2006
4 November 2006..saya sudah ditahan di wad kerana dehidrate. Kandungan sulung genap 36 minggu. Fikirkan ada 4 minggu lagi...
5 November 2006, saya masih di Wad As-Saadah PUSRAWI..masuk air..:(
6 November 2006, sesudah Solat Subuh..dia menunjukkan tanda..maka saya harus ke Bilik Bersalin!
Tahun 2008
4 November 2008..saya di rumah, berbaring atas sofa..ketika bangun untuk bersiap solat Subuh, saya kebasahan..air ketuban dah keluar!Haluan kereta kami terus ke PUSRAWI..
5 November 2008, kesakitan saya melebihi 24 jam, ruang OT saya harungi untuk kali kedua!
...
...
...
Tahun 2011
4 November 2011..kedua-dua Amar dan Iman sedang bermain di hadapan mata saya, terkekek-kekek melayan adik Rayyan yang sedang bertatih manja..:)

November 03, 2011
Panggilan
~Waiting For The Call~
Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye
I am thinking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine
Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges of Safa and Marwa
rekindles my imaan
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaabah walls
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaabah walls
I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say
Standing in ihram making my tawaf,
Drinking blessings from your well
The challenges of Safa and Marwa
rekindles my imaan
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaabah wall

c/o-Labbaikallahumma labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik
Innalhamda wani'mata laka walmulk
La syarika laka labbaik..
Labbaikallahumma labbaik
Labaika la syarika laka labbaik
Innalhamda wani'mata laka walmulk
La syarika laka labbaik
Labbaik
Labbaik
Nasyid ini hari-hari berkumandang di TVAH terutamanya korus, kegemaran anak-anak..pernah sekali itu, di sepanjang perjalanan dari rumah kakak di Bukit Subang hingga ke kediaman kami..Amar tak putus-putus dengan lafaz talbiahnya..amiiin!insya Allah kita sampai juga satu hari nanti..
Breastfeeding Talk
Saya menerima jemputan melalui facebook ; Breast feeding Talk-1 dari sahabat Ketua HELWA ABIM, Kak Fadh. Program bertarikh 13 November 2011 di Dar Al-Hikmah. Antara pembicaranya bekas rakan serumah saya, kak Nik Zaleha.
Sejujurnya, kesedaran menyusu ibu ini masih belum melata. Sewajarnya ia diperluaskan. Ramai lagi yang tidak tahu, lebih ramai yang kurang peduli. Bermula dari seawal kandungan, hingga saat melahirkan, menyusukan dan membesarkan. Maka, peranan ibu, ummi, mummy apa jua gelaran perlu dipertajamkan dan dikembalikan pada landasannya. Landasan iman dan fitrah.
Meskipun, ini nampak kecil pada sesetengah golongan. Menyusu, susu..apalah sangat. Hakikatnya, ia satu manifestasi jangka panjang. Kesannya sangat besar. Ya, kita mungkin boleh berkata, 'aku pun dulu minum susu lembu..elok je, jadi orang juga..takdelah pula jadi lembu'. Kita mungkin hanya melihat kita. Cuba lihat dari sudut yang lebih luas, lebih mencapah. Orang (manusia) atau lembu bukan hanya pada namanya. Sikap, sifat, cara berfikir, kecenderungan, pilihan cara hidup. Kalau tidak, masakan ada ungkapan 'perikemanusiaan' dan songsangnya manusia itu pula terungkap di balik 'kebinatangan'.
Apa yang kita lalui dan sebahagian keluarga yang lain membentuk budaya dan cara pemikiran. Budaya dan bentuk itu juga dipengaruhi zaman dan pendedahan pada ketika itu. Cabaran dan risiko cabaran juga berbeza-beza. Dunia kita juga di hujung jari, dunia generasi pewaris lebih dari itu. Dunia kita dikatakan tanpa sempadan, maka peranan kita menentukan juga menganjurkan batas-batas sempadan itu.
Walaubagaimanapun, alhamdulillah, sangat bersyukur kerana dikelilingi rakan dan sahabat yang bijak pandai, insaf arah hidup dan sentiasa bersemangat dalam berperanan. Tidak kiralah apa title, pangkat, kerjaya atau kedudukan. Tidak juga memandang kelebihan kebendaan. Saya bangga dengan mereka.
November 02, 2011
Kini~NEST 94
Dinihari kian kurasa
kuimbas kembali waktu bersama
segala kenangan silam
bagai berlaku semalam
hujan membasahi kita
kurasa bagai tangisan gembira
dan burung bagai menyanyi
lagu cinta
Kini hanyalah tinggal kenangan
tiada kurasa dalam genggaman
hanya terdaya mengimbas semula
kenangan yang lalu
tiada kata ucapan dibibir
takku sangka kali terakhir
kini..kau tidak akan kembali lagi
Sejenakku tersedar pilu
hanya bayanganmu yang menemaniku
tapi apakan daya
Tuhan penentu segala
Kesal rasa dihatiku
kerna kali terakhir kita bertemu
tiadaku melafazkan
oh kata cinta...
*lagu ini lagu kami bertujuh..ketika itu kami berpisah seketika. Selepas PMR, saya ke KISAS, Ely ke SMS Muar dan Adila ke MRSM Serting. Laili, Iya, Has dan Fais meneruskan perjuangan mereka di SMKASL. Alam varsiti juga berbeza-beza, cuma saya dan Adila bersama di UKM.
*dulu..kala berpisah selepas PMR, serasa sangat sedih (terasa-rasa hingga sekarang)..persahabatan kami kekal dengan berutus surat dan saling berkunjung. Ada pasang surut..ada juga dugaannya.
*kini..kami masih bertaut hati, masih lagi bersahabat sejati dan ketujuh-tujuh kami sudah berumahtangga..alhamdulillah..kadangkala bertemumuka, namun kami lebih kerap ber'mukabuku'..:)
*mereka..sahabat-sahabat terbaik saya, saya redha dan rela demi bahagia mereka!
Kalau Nak
Kalau dah hati kata nak, kudrat dan keinginan pun ada..maka menjadilah..
pagi, anak-anak hanya bersarapan coco crunch dan susu segelas setiap seorang. terkecuali Rayyan bersusu ibu eksklusif..:), sekitar jam 10.00 pagi persiapan hidangan tengahari telah saya mulakan. ringkas, pasta bersos spaghetti. untuk Rayyan saya asingkan pasta dan rebuskan lobak sebagai pelengkapnya..
di kala anak-anak menikmati hidangan tengahari, saya terbaca entri sahabat berkenaan garlic bread. ringkas dan mudah..berinspirasikan itu, saya mula menyingsing lengan, lihat bahan-bahan di dalam peti sejuk..dan..dah siap pun. saya bakar roti bawang putih dan panaskan/ masak sup cendawan (segera!)..
maka..kami berselera Itali petang ini..:)..terima kasih!

November 01, 2011
01.01.11 ~ 01.11.11
10 bulan lepas, jam 11 pagi, saya disorong ke dewan bedah di Hospital Pusrawi, Jln Tun Razak..dengan tawakal dan pasrah..alhamdulillah tepat jam 11.27 pagi tanggal 01.01.2011 Muhammad Rayyan bin Mohamed Faizal lahir dengan berat 2.74 kg.
Kelahiran Rayyan bertarikh sejarah, saya berselisih dengan Allahyarham Faizal Yusof di ruang dewan bedah. Dalam keadaan masih di bawah pengaruh bius, saya terpinga-pinga bila jururawat bergegas ke sini sana..'Faizal..kritikal..'..'FAIZAL?' mesin denyutan jantung saya berbunyi dan tekanan darah tidak menentu, jururawat bersegera hampir..'kenapa Puan, tenang ye..anak Puan ok, kami dah serah kepada suami puan..' 'siapa yang kritikal..suami saya Faizal'..'maaf Puan, tadi tu Faizal lain, dia sakit jantung..' sambil menegur sesama sendiri jururawat berkata 'itulah..kecoh sangat..patient ni baru keluar OT..suami dia pun nama Faizal'. Rupanya ada kisah sedih di luar sana, suami saya mengkhabarkan, dia canggung seorang di ruang menunggu. Faizal, suami saya ceria dengan keluarnya cahayamata baru, sementara keluarga Arwah menerima berita kehilangan untuk selama-lamanya.
Itu secebis kisah pada hari kelahirannya. Kini..hari ini Rayyan genap 10 bulan. Rayyan mula bertatih seawal 9 bulan 2 minggu. Sedikit cepat berbanding Amar dan Iman. Setiap kelahiran berbeza sifat dan perkembangannya. Sejujurnya kami sangat bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat, sempurna dan alhamdulillah..membahagiakan. Saya dan suami sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam memelihara serta mendidik anugerah terindah ini.
Alhamdulillah 01-01-2011 dia lahir, hari ini 01-11-2011 dia genap 10 bulan.
Nota :
Al-Fatihah buat Allahyarham Faizal Yusof~dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali

October 28, 2011
pandang dengar
Rasa sayang, rasa cinta, rasa rindu..semua itu tak benar-benar dirasa sekiranya kita menutup rasa indera yang ada di sekeliling kita. sebaliknya andai panca berasa tidak dibuka sewajarnya, maka timbul rasa resah, rasa curiga, rasa tak senang. bukalah indera anugerah...
kita mulakan dengan penglihatan...
kita mulakan dengan penglihatan...
- pandanglah sesuatu yang kita kasih dengan pandangan sayang. renung mata kekasih hati, mahupun permata hati. bila mata bertemu mata, hati yang memang sudah berpaut akan semakin kuat tautannya. pada mata kekasih ada sinar harapan, pada mata anakanda ada tulus kejujuran..pada mata bonda ada lelah dan kasih tak berkesudahan. renung dan pandanglah dengan pandangan berlandas iman kerana kadangkala sesuatu itu akan lebih mudah difahami dengan bertemu mata.
- dengarlah luahan dan sembang bicara buah-buah hati. mereka, tak kira keluarga mahupun sahabat telah Allah titipkan tanda kasihNya untuk kita. pada bicara suami atau isteri ada senda yang perlu dibalas, ada luah yang perlu ditumpah. pada hikmah kata orang tua pastinya terselit pesanan nasihat tiada tertara..ikhlas tanpa perlu diminta-minta. dengar juga soal tanya anak-anak yang baru mengenal dunia..semakin kita mendengar, semakin kita memahami dan semakin kita menghargai.
- berkata-kata dengan kata-kata baik dan mengesankan. perangsang dan nasihat bagi simanja yang sedang bertatih berpetah. motivasi dan penenang bagi hati-hati yang sedang gundah mahupun yang sedang berceria indah. manusia bukan sekadar perlu dipujuk ketika sedih dan pedih, mereka yang sedang ria dan kaya jauh lebih wajar untuk dipupuk hatinya..pujuk dengan syukur..pupuk dengan sabar pada kesenangan dan kelapangan.
- kongsikan rasa penghilang lapar dan dahaga. bukan semestinya makan yang mewah-mewahan. kadangkala seringkas-ringkas hidangan jauh lebih menyenangkan. ikhlas kadangkala tersalur pada apa yang kita hidangkan. tidak payah jauh-jauh, anak-anak akan makan apa jua masakan bonda hatta telur goreng mata kerbau mahupun ikan bilis goreng bersulam bawang hirisan.
- sentuh dan dakaplah cinta-cinta hati. apa salahnya luangkan barang sekejap masa, urut dan lurutlah tangan ibu atau bapa (pada yang masih ada..). di situ kita akan melihat kesan masa dan usia mereka. tangan yang pernah gagah mendukung kita di suatu masa mungkin sudah lelah. peluklah pasangan halal kita sewajarnya, sesekali sentuh dan usap wajah mereka diiringi kata-kata sakti cinta.halal dan berpahala!anak-anak apatah lagi...
bukalah rasa kita..
October 24, 2011
2 kepada 5
October 20, 2011
Moero Attack
Pada suatu masa dahulu..sekitar tahun 1990-1991..
- Kami anak Selangor yang bersekolah pagi dan petang..istilahnya sekolah mengaji..tiap hari Rabu..kami sekolah petang sekerat (sudahlah separuh hari..sekerat lagi!). Waktu ini juga..siri Moero Attack bersiaran..pukul 4.00 petang setiap hari Rabu dan Khamis.
- Masing-masing bersemangat bola tampar..plastik berbungkus2, suratkhabar berlapik2 pun boleh jadi bola tampar. Piring terbang, somersault berpusing..teknik-teknik itu jadi sebutan dan jadi ikutan. Kadangkala sanggup mencipta pelbagai alasan untuk tidak mengaji. Hatta lagu tema Moero Attack pun dihafal...biarpun bahasa Jepun,hentam saja asalkan berbunyi. Seorang nak jadi Chun..seorang Yojia..:)..tapi sehingga sekarang tak faham fungsi orang berjubah misteri yang merisaukan Chun dan Yojia..siapa dia sebenarnya..
- Kalau nak diikutkan..cerita ini biasa-biasa saja...tapi cerita dan kenangan disebalik ceritanya yang masih menggamit jiwa..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)