June 22, 2012

Surprise untuk ABAH

Muka bangga

Abah yang terkedu
Catatan ini khusus buat Amar dan abahnya..:). Peristiwa berlaku pada tgh malam menjelang 16 Jun 2012. Usai solat Isya' saya sedikit terkejut dengan apa yang Amar buat di meja makan, saya fikir dia melayan Rayyan bermain tisu.

U: Amar buat apa ni?
A: Amar nak buat surprise..
U: Surprise untuk siapa..?(hairan dengan sudu garfu bersusun bagai dengan tisu dan belon)
A: Birthday abah..kan ni bulan Jun..
U: Birthday abah 30 Jun lah..
A: Takpe..besok pun hari birthday abah..besok kan hari abah..
U: Hari abah..?

Saya bersegera ke bilik atas, maklumkan abah Amar..

Turun dari bilik, Amar terus tersengih-sengih..'surprise'! Termangu-mangu abah..

Am : Happy Birthday abah!..
Ab : Errr..birthday abah 30hb lah Amar..(serba salah)
Am :Besok pun birthday abah jugak..takpe..besok kan hari abah..(ooooo..baru kami teringat..keesokan harinya Hari Bapa!). Amar nak surprise abah..:)
Ab : Terima kasih..(beliau terkedu seketika)

Aduhai anak..tulus dan kudus..saya pasti..hati abah Amar tersentuh malam itu..

June 15, 2012

Izin Menyepah

Cuaca berjerebu..mereka saya tidak izinkan keluar..

Maka, anak-anak saya izinkan 'menyepah'..menggunting kertas-kertas terpakai..bunga-bunga kering pun jadi mangsa..

Masterchef katanya..

June 08, 2012

Dr Rayyan


Tengok senyum dia..bertuah! Anakanda saya berdahi jendol ni sangat manja..macam magnet. Bila saya sibuk di dapur, dia juga tak kurang sibuk. Bersungguh-sungguh dia menyorong kerusinya ke sinki ketika saya mencuci pinggan mangkuk. Tukang punggah peti ais pun dia.Tukang bawa lari senduk dan periuk Ummi pun dia. Tau-tau dah dengar tung tang tung tang...

Dia sedang tidur, baru lepas menangis..ada garis macho di dahi..budak baik kan..:)

June 04, 2012

Ar Rahman


*
Sebenarnya kami agak terkejut bila cikgu Amar memaklumkan Amar mewakili kelasnya dalam pertandingan hafazan untuk Hari Potensi TBK Kemas Zon Jeram. Ialah, Amar baru sahaja di TBK Warnasari berbanding rakan-rakan yang lain, dia masuk pun pertengahan Mac 2012, 'junior'lah lebih kurang..:)...

Di rumah, memang anak-anak diajar dan disuruh hafal surah-surah pendek, sementelah saya mengajar sendiri anak-anak mengaji. Ada kelebihan dan kelemahannya. Puas hati bila dapat ajar ilmu yg ada kepada anak sendiri, tapi sudah namanya ajar sendiri kadangkala culas juga.
Ok! Balik kepada tajuk, bagi pertandingan ini Amar dikehendaki menghafaz Surah Al-Fatihah (1-7) dan Ar Rahman  (1-9) beserta maknanya sekali. Dipendekkan cerita, hari kejadian adalah pada 22 Mei 2012 bertempat di TBK Sg. Buluh, Jalan Bukit Jeram. Suami mengambil cuti khusus untuk mengiringi Amar dalam pertandingan itu. Meskipun kecil mungkin bagi sesetengah yang lain, tetapi bagi kami ini adalah saat-saat yang penting dan bersejarah buat kami sekeluarga...:).
Kami tidak terapkan untuk anak-anak mensasarkan nombor dalam mana-mana pencapaian. Belajar untuk ilmu, bertanding untuk pengalaman. Berdasarkan pengalaman sendiri, saya tidak dididik untuk mengejar nombor dan juga tidak diajar habuan hadiah penghargaan. Apa yang penting, pengalaman dan kepuasan. Pesaing terbesar adalah diri sendiri!
Sebelum Amar naik ke pentas, saya berpesan kepada Amar..
'do what you please and like to do..Ummi tau Amar suka baca surah ArRahman..yang penting Amar berani'
'abah,ummi,nenek,adik Iman dan adik Rayyan semua ada tengok Amar..' (sebenarnya saya risau dia tak 'berbunyi' di atas pentas..)
Ketika di atas pentas, Amar memang buat cara dia..tak sempat duduk 'proper' dia dah 'bismillah..'..baca sambil berlagu-lagu, yang ini dia memang ikut Ummi..:). Nasib baik dia tak tiru gaya Ustaz Don mengajar..hehehe. Saya berada di sisi pentas ketika itu dan suami di barisan hadapan penonton. Amar tak hafal makna keseluruhannya dan saya kata kepada dia..'tak apa'..:). Ketika Amar memperdengarkan bacaannya..saya dengar sok sek sok sek..'sedap suara budak ni'..errrr..hati ummi saya kembang seketika..:)
Turun dari pentas dia terus peluk saya..'Amar dah good job Ummi!' sambil menyeringai senyum..terus dia mencari abahnya dan bagi 'Five'..'Bagus!'. Sejurus itu, 'boleh tak Amar main taman?' hehheheh..dia memang tak kisah apa pun..kami izinkan dia main 5 minit, hadiah sebab dia berani, kemudian kami bersegera ke kedai makan berhampiran sebab perut belum berisi sedari pagi.

Kami pulang awal kerana ada urusan lain. Sepanjang perjalanan balik kami tergelak-gelak menjadi pengulas pertandingan. Mak saya berulang-ulang beritahu, 'Kawan-kawan mak semua cakap..suara Amar paling sedap, macam orang besar..bekas penyelia mak pun cakap benda yang sama'. 'Tak kisahlah Amar dapat nombor berapa, tapi bagi nenek Amar tetap menang..'

Petang itu, dapat SMS dari Cikgu Nabilah,  Amar dapat saguhati..:)..kami dah agak sebab dia tak hafal makna. Daripada 14 peserta,  Amar dapat tempat ke 4. Bagi kami, ia sangat ok untuk permulaan pengalamannya. Perjalanannya masih jauh lagi...

**
Lebih 20 thn dahulu, saya dan suami sama-sama wakili SRA kami untuk Tamrin Peringkat Daerah Kuala Selangor di Parit Serong, Tg.Karang. Saya masuk pertandingan syair dan suami pertandingan solat mayat (solat mayat pun ada pertandingan tau!). Saya dapat jadi johan dan dia saguhati..hmmm. Usai tamrin tersebut, kami terus terpisah 12 tahun lamanya..tanpa bersua...tanpa khabar berita.

Kami berdua hampir tidak percaya, jodoh antara kami..:). Dan kini, setelah hampir 7 tahun berumahtangga, kami bersama-sama menghantar anak kami ke pertandingan sebegini. Seperti saya nyatakan tadi, mungkin ia hal yang kecil bagi orang lain, tetapi bagi kami..ia antara kenangan yang terindah..:).

May 29, 2012

siapa macho?

Amar: 1 tahun 5 bulan

Rayyan: 1 tahun 5 bulan
Kami ada 2 bujang kecil!Kedua-dua gambar di atas diambil pada usia yang sama. Kenapa saya letak gambar-gambar ini? Jawapannya; kedua-dua bujang kecil kami sering disalah anggap sebagai 'girl'..rasanya muka bujang-bujang ini dah cukup garang..

Cuba tengok sekali lagi...

hmm agak 'macho' lah..:P

May 15, 2012

Saya Rindu

Serasanya mahu bicara tentang sahabat, ada rindu yang tiba-tiba bertamu..mereka yang akrab itu ramai, berbeza-beza. Ada yang terus-terusan bawa bahagia, ada juga yang pernah mencorak keping-kepingan luka. Selalunya saya cenderung berpaling terus dari yang mencalar rasa, juga saya cenderung menumpah perhatian pada ikatan setia.

Benar, saya betah dengan sahabat yang tiada mengenal pangkat mahupun kerabat. Kurang tertarik pada kelompok pemilih-pemilih darjat. Biar siapa pun manusia itu, saya lebih menghargai mereka yang menjadi diri sendiri. Biar cantik dan 'handsome' rupa, tidak menjamin indahnya bicara. Harta mungkin tiada tapi santun dan belasnya?wahhh..sangat kaya. Tidak perlu meletak standard, cukuplah rasa hormat.

Kadangkala, saya rindu sahabat yang diam..selalunya..kata-kata mahalnya pengubat nestapa..
Kadangkala, saya rindu sahabat yang kecoh dan heboh..meski sentiasa riangnya membahagiakan, ada sisi keprihatinan yang sering tak terjangkakan.

Seringkali..saya rindu pada yang karib menemani, tulusnya bila di sisi..
Seringkali..saya rindu pada yang sering bertikam lidah..ibarat cermin diri sendiri..:)

Benar, saya bukanlah terbaik kepada mereka yang baik-baik..:)
Saya juga pernah membawa rajuk..aduhai..maafkan khilaf itu..
Saya juga pernah menjeruk rasa..kerdilkan manusia?

Terima kasih dengan sesungguhnya..
Maaf dengan setulusnya..saya dan anda masih manusia biasa...

Saya rindu sahabat-sahabat saya..


May 04, 2012

Pesta Buku 2~Iman


Iman sangat suka buku-buku 'princess' terbitan PTS, mungkin kerana lukisannya yang cantik dan warnanya yang menarik. Pesta buku kali ini, Amar dan Iman cuma dapat seorang satu buku sahaja..sebab 'tema' pesta buku kali ini ialah..'Hadiah Untuk Ummi'..:) maka buku banyak untuk Ummi ye. Cerita pada buku ini cerita fantasi..sudah tentu membacakannya untuk Iman, Ummi turut 'terpaksa' pelbagaikan intonasi dan suara..tak kira lagi mimik muka dan gerak tubuh..:)..

Puteri Damia dan Kampung Ajaib, cerita tentang pertarungan di antara masyarakat Lampu Suluh dengan Pelita. Boleh tahan imaginasi penulis buku ini...bukan sekadar lampu suluh dan pelita ajaib, ada basikal ajaib yang bongkak, sejadah ajaib yang boleh terbang, tali ajaib..semua ajaiblah..:) 

May 03, 2012

Pesta Buku 1~Amar


Ini buku baru Amar, 101 Info Seronoknya Solat, terbitan PTS One Sdn Bhd. Bagus buku ini, perbincangan berkaitan solat didatangkan dengan 101 soalan yang mudah dibaca dan mudah juga untuk diterangkan kepada anak-anak. Ilustrasi juga menarik dan membantu pemahaman dengan lebih baik.

Menariknya, buku ini tidak terlalu tebal dan mudah dibawa ke mana sahaja, baca dalam kereta pun boleh..:)

April 27, 2012

bestfriend


Permata dua orang ni macam kembar..selang 2 tahun tapi berat hampir sama..:). Iman anak dara comel, Rayyan bujang kecik yg tembam pipi..selalu jadi mangsa gigit Ummi..hhehehe

Permata dua orang ni 'best of the bestfriends' Ummi. Membuatkan Ummi 'maintain' berat badan hahaha!Tukang sepah kad2 ABC,123,AlifBaTa. Tukang sorok remote TV,astro,kipas,CD..jenuh punggah bakul kain tau..(tempat 'favourite' Rayyan). Tukang 'susun' botol dan tin dalam peti ais..aduh!sangat seronok..!

Permata dua orang ni suka menyakat sesama sendiri..Iman sedang bina karakter, begitu 'particular n demand!' juga sangat kuat mengadu.Rayyan pula diam-diam berisi, tau-tau dah sampai bilik atas,dengar dia punggah mainan dalam bilik.

Permata dua orang ni akan bertambah 'power' masing-masing bila kapten Amar dah balik..tambah 'power' menyakat..tambah 'power' menangis..huhu..sangat best!

April 25, 2012

Rayyan yang Sensitif

Setiap anak ada ragam dan kelainannya. Tulisan ini tentang Rayyan dan 'nappy rash'nya. Rayyan memang berkulit sensitif, ketika awal kelahirannya jenuh mencari lampin pakai buang yang sesuai untuknya. Meskipun saya pakaikan CD untuk Iman dan Rayyan ketika itu, tetapi kekerapan bayi buang air besar ketika awal kelahiran menjadikan pilihan lampin pakai buang sebagai terbaik, tercepat, termudah..tersenang..:).

sebahagian CD yg berbasuh..:)

Namun, saya serik dan kasihan dengan Rayyan, kulitnya akan berbiji-biji kemerahan kegatalan bila ter'salah' pilih lampin pakai buang. Bujang kecil ini memang men'dorong' ke'rajin'an umminya. Saya akur menggunakan CD Iman keseluruhannya untuk Rayyan. Iman juga sudah pandai mengawal 'hajat'nya. Sejak Iman genap 3 tahun, dia tidak lagi berlampin hatta ketika tidur malam, alhamdulillah.

Lagi satu, tidak semua krim cegah ruam juga bersesuaian untuk Rayyan. Kulit Rayyan me'nolak' krim jenama 'Pureen' dan 'Anakku', tak sesuai untuknya dan setakat ini 'Drapolene' yang berkesan..

Makanya, kenalilah anak-anak kita. Ambil tahu kelemahan dia dan cubalah sedaya upaya memberi yang terbaik untuk si manja..chaiyok Ummi!

Amar ke Seremban


 
21 April 2012, Amar pertama kali 'lepas'. Amar mengikuti rombongan kelasnya ke Seremban, tengok burung unta, ladang buah dan Kraf Karya (kalau tak silap). Alhamdulillah, khabar dari gurunya Amar 'ok' sepanjang lawatan.
Amar cenderung 'lekat' dengan saya (istilah lain untuk 'manja'), maka saya dan suami sepakat untuk melepaskan dia sendirian bersama guru dan kawan-kawan untuk pengalaman pertamanya. Pertama kali dia berpergian seorang, pertama kali juga dia berjauhan dengan saya setelah saya berhenti kerja ini..(alah..bukan lama pun..pukul 5 Amar dah balik..:)). Mata dia berkaca ketika saya turun dari bas, sebelum itu dia sudah buat isyarat 'thumbs up' kepada saya..'jgn risau Ummi, Amar ok je'.

 

 
Kami lewat sedikit ketika ambil Amar pulang. Seperti yang dijangka,dia menangis marahkan saya..

'kenapa Ummi lambat, Ummi nak Amar kena culik ke..?'
'...lain kali, Ummi ikut sekali Amar pergi, mana boleh Amar sorang2..tak kesian ke kat Amar' gumam Amar sambil menahan tangis.

Saya dan suami menahan gelak, tanya soalan-soalan ceria untuknya..
'burung unta panjang ke pendek?'
'burung unta busuk ke wangi?'
'dragon fruit ada tak?'

soalan-soalan kami dijawab dengan muncung mulut Amar, jenuh jugalah kami pusing2 Puncak Alam dan akhirnya berhenti di kedai makan.

'saya nak char kuey teow..air tembikai..'..dalam marah-marah boleh lagi order..:). Sambil makan,baru dia bersemangat bercerita itu dan ini.


Apa-apapun, kami bersyukur dia selamat pergi dan kembali, pengalaman pertamanya pasti menjadi kenangan untuknya satu hari nanti.

*gambar-gambar ihsan dari Cikgu Nabilah, terima kasih..:)

April 18, 2012

Edisi Mei 2012

Alhamdulillah, majalah ini sudah di tangan. Edisi ini, keluaran kedua akhir langganan saya untuk tahun ini. Pesta Buku akhir bulan ini pastinya untuk memperbaharui langganan, dengan keizinanNya jua inshaAllah.

Bagi keluaran Mei ini, saya suka dengan fesyen ibu dan anak perempuan yang senada (sesuai untuk tatapan mata Ummi n Iman). Tak lupa siri perbincangan pakar berkaitan 'Aktiviti Bermain dalam Dunia SiKecil'.  Perbincangan ini sudah masuk Bahagian 4. Bagi saya ia info yang sangat bagus dan membantu saya dalam usaha mendidik dan memelihara anak-anak.

Ok..sila-silakan membaca, tambah-tambahkan maklumat yang ada..:)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...