March 07, 2013

Belasungkawa untuk Pejuang

sedang tidak rajin mengadu ceria.

saat dan ketika ini ada anak yang sedang kesedihan kehilangan ayah
saat dan ketika ini ada isteri yang sedang menanti dengan doa
saat dan ketika ini ada ayah bonda yang sudah kering airmata

moga mereka selamat dalam perjuangan mempertahan daulat
moga bumi ini kekal dalam berkat dan rahmat

belasungkawa untuk pembela negara!

al Fatihah..

March 06, 2013

Kenduri kendara kerabat


Cuti sekolah hanya akan bermula minggu hadapan tetapi kesibukan kenduri kendara naik pelamin sudah bermula sejak hujung minggu lepas. Akhir minggu ini sahaja ada 4 kenduri kahwin di kampung saya. 2 daripadanya dari kalangan keluarga sendiri, satu di pihak saya (sepupu mak) dan satu lagi di sebelah suami (sepupu suami). Mujur haluan kampung sama!

Bila berkendara kerabat sebegini, di samping seronok bertemu muka, perlu sedia masa dan tenaga. Rutin keluarga suami berketurunan Jawa..paling-paling 2 hari berkampung bersama. Maka saya juga harus bersedia. Pertama!Kain baju kotor perlu ‘settle’ selewat-lewatnya Jumaat!Manakala baju pakai baju salin baju ‘back-up’..sudah tentu tersenarai dalam pemantauan saya. Kurang gemar bila ‘tak cukup’ itu ini, kurang selesa bila balik dalam keadaan nak bersihkan itu ini, jadinya saya kena ‘settle’ awal.
Malas nak penat berganda-ganda..:)

 

March 01, 2013

Bunga Hati

Dari Abang untuk Ayang

Semalam, dia balik dengan 3 kuntum ros dan se bar coklat kegemaran saya. Saya memang sangat terkejut dan sangat terharu..:). Sepanjang usia persahabatan dan perkahwinan saya, tidak pernah kami berbunga-bunga, tahun ini ada bunga pula menghiasi hari kelahiran saya. Tidak perlu banyak, tidak perlu mewah-mewahan. Kesungguhan dan kesediaannya melahirkan rasa kasih dan ingatannya memadai untuk saya benar-benar rasa bersyukur.

Seperti saya sering nyatakan padanya..saya tak menginginkan mewah berlebihan..juga tidak mendambakan intan permata, yang saya inginkan tangan yang mendorong saya rasa dicinta dan mencinta, yang saya perlukan adalah ketulusan dan ketelusan berlandaskan kasih sayang Tuhan..dan yang saya impikan adalah tangan yang memimpin saya ke syurga di sana..amiiin.

February 28, 2013

Ucapan Mak

Catatan pada dinding FB tanggal 28 Februari 2013

Ucapan dari Mak,
'Selamat Hari Lahir, Semoga Panjang Umur.Dimurahkan Rezeki,Ditetapkan Iman,amin..
Sayang Dari Bonda'

ucapan dan doa ini adalah yang termahal buat saya di hari kelahiran saya..:)

pagi-pagi lagi dah telefon mak..'terima kasih mak lahirkan akak 34 tahun lepas, hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mak'


:)

Selamat Hari Lahir

Hari ini hari lahir saya!Alhamdulillah..saya sihat..saya gembira..saya bersyukur..saya masih hidup..saya sangat bersyukur..saya masih ada doa dari mak saya, saya tetap bersyukur saya masih berupaya dan berkesempatan mendoakan kesejahteraan abah saya di alam sana.

Saya sangat bersyukur, saya dititipkan kasih dan perhatian suami..saya sangat bersyukur..permata-permata hati di depan mata ketika usia menginjak ke angka baru, juga bersyukur dikelilingi sahabat dan saudara mara yang tak kering doa dan ingatan..

Saya masih bersyukur, doa itu kekuatan silaturrahmi!

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..:)

February 26, 2013

Sibuk Katanya

sangat sibuk!alasan klise..tapi itulah hakikatnya,saya kurang sempat melayan diri 2, 3 minggu ini..status FB pun saya tak sempat update, baca sahaja perkembangan sahabat-sahabat saya..:)

saya 'paste'kan catatan saya pada dinding FB saya petang ini..

"
 
smlm thari..sambil tunggu Amar..sekonyong2 dtglah seorang murid lelaki berbangsa India..
'Cikgu..cikgu tengok ni..tolong saya cikgu..' sambil tunjuk tali begnya yg tercabut.
saya pdg belakang..nak pastikan dia cakap dengan siapa..rupanya memang dia merujuk kepada saya..dengan selambanya saya tolong betulkan tali begnya sambil cakap..
'ok..make sure lepas ni bawa beg betul2..ikut jadual..beg ni pen...uh sangat rasanya'

selang beberapa saat selepas itu, seorang bapa murid dekat kepada saya..

'cikgu tumpang tanya..kelas Ehsan dah keluar ke semua..anak saya tak muncul2 ni'

'err..maaf encik,saya kurang pasti..saya pun tunggu anak saya sebenarnya..1 Amanah'

'ooo ye ke,saya ingatkan cikgu tadi'..

baru2 tadi usai hantar Amar ke sekolah agama,

'ustazah..ustazah..ujian start pukul 3 kan?'

errrr..tang mananya 'cikgu'nya makcik?tang mana pulak muka 'ustazah'nya..aduhai..tanggapan ini sudah ada pada saya sejak anak dara lagi..:P "
 
*saya ada cerita lagi..tapi belum sempat menari-narikan jari..:) 

February 08, 2013

Susu Hitam

Rayyan sudah 2 tahun menyusu badan. Ketika ini saya beransur-ansur memberikannya susu bancuh. Guna cawan dan kadangkala dengan botol. Ini ayat-ayat Rayyan;

'Ummi, adik nak shu..' sambil tunjuk t/ware berisi susu Fernleaf, susu yang saya dan Amar minum)

Saya bancuhkan dalam botol..

'Nanak..bukan..bukan..adik nanak....' mula merengek dan geleng-geleng kepala.

'tadi kan adik kata nak susu'

'nanak..adik nak shu itam (susu hitam)'

'mana ada susu hitam dik..semua susu putih'

'nanak..!' kemudian dia ambil kerusi kecil yang memang ada di dapur, kemudian dia naik atas kerusi tersebut seterusnya menyentuh t/ware berisi serbuk Milo..

'adik nak shu itam'

ohohoho..rupanya Rayyan nakkan Milo..tapi dia cakap 'Shu Itam'..susu hitam..hehehhe

February 07, 2013

Nasi Goreng

Sepanjang Amar sudah bersekolah, saya dedikasikan diri untuk menyediakan bekal dia ke sekolah saban hari. Ringkas, mudah dan yang penting 'air tangan Ummi'. Nasi goreng, bihun goreng, hotdog, spagheti antara menu yang saya sediakan sepantas mungkin sebelum Subuh lagi.

Saya perasan Amar kurang gemar bila saya bekalkan nasi goreng untuknya. Pernah sekali dia langsung tak menjamahnya. Alasannya? 'Sebab Ummi letak sayur dalam nasi goreng'. Benar..saya letakkan kacang pis, lobak, sawi. Amar menambah; 'Nasi goreng kat kantin lagi sedap, dia letak kicap aje..'..aduhai!

Atas tujuan mendidik untuk tidak membazir, saya buat-buat merajuk dan beri 'khutbah' panjang lebar tentang usaha seorang Ummi, juga jerih payah abah mencari rezeki. Ditambah dengan fakta-fakta nutrisi yang saya fikir tak terjangkau dek akalnya buat kali ini.

Semalam, Amar tidak habiskan nasi goreng yang saya bekalkan untuknya..alasannya sama..sayur!Kemudian, demi menjaga hati saya..elok-elok sahaja Amar berkata; 'takpelah Ummi, nasi goreng tu Amar sedekahkan untuk Ummi, tak pun sedekah untuk Rayyan..'

Sedekah?Allah..pandai dia menyusun kata ye!

*hari ini, saya bekalkan dia nasi putih, ayam goreng dan sawi goreng...saya dapat mengagak apa yang tinggal dalam tupperware saya tengahari nanti...:)

Siput Pahat Bagan Lalang

Abah dan Nenek

Atuk dan Amar

 
Minggu lepas kami berhujung minggu di rumah atuk dan nenek di Batu Laut. Suami sangat berhajat membawa kesayangan-kesayangannya 'makan luar'. Malam Ahad, kami ke Bagan Lalang, mencuba makanan laut di situ.

Senandung Malam, itu nama restoran yang kami kunjungi. Siakap stim, sotong goreng tepung, sotong masak tomyam, udang goreng tepung dan siput pahat masak bercili..menu yang kami pilih malam itu.

Alhamdulillah sedap dan menyelerakan, cuma saya fikir pengurusan pengusaha makanan laut ini perlu dipertingkatkan  lagi kecekapan mereka terutamanya ketika mengambil pesanan pelanggan dan tempoh penyediaan makanan yang agak lama.

Setakat ini ia belum menandingi Aroma Ikan Bakar di Jeram :)...



February 06, 2013

Selangor Negeriku


Terbentang indah banjaran gagah

Negeri makmur tanahnya subur

Rakyat bersatu aman sentosa

Selangor negeri tercinta

 

Para petani seluruh negeri

Memadu tenaga mencurah bakti

Pada negeri dan juga bangsa

Di bawah  payung baginda

 

Maju maju arah dituju

Kerja kuat penuh semangat

Gagah berdiri penuh berdikari

Matlamat yang sungguh murni

 

Maju bangsa maju Negara

Padu erat rakan dan taulan

Gagah perkasa di mata dunia

Negeri Selangor Darul Ehsan

 

Tiba-tiba teringat lagu ini. Entah apa tajuknya, saya cuma ingat lirik dan nadanya. Lagu ini ketika saya sekolah rendah kalau tak silap, zaman2 Dr Mahathir menjadi PM. Biasalah, selalunya perkara atau benda yang dihafal ketika zaman kanak-kanak,ingatannya dibawa ke tua..:)

February 05, 2013

Mek Di tukar Ramly

Rayyan

Iman dan Amar

Iman

Kami sudah lama mem'boikot' McD..
Kami ada 'option' sendiri kala lidah mahu mem'burger'
Pilihan di hati kita..:)

Tagging

Pensel warna Iman

Nama dan kelas Amar untuk tampal di buku teks, latihan dan buku tulis

Set alatulis Amar
Saya pernah kongsikan 'hasil' ini di FB, baru ketika ini berpeluang untuk diabadikan 'kerja-kerja Ummi' di blog ini. Terinspirasi dari pengalaman ketika bekerja, saya 'apply' untuk pengurusan barang dan alatulis anak-anak. Semangat dengan Amar yang baru masuk Tahun 1 dicampur kerisauan barang yang bakal hilang mendorong saya membuat tagging berpelekat.

Saya print di sebuah kedai percetakan. Mengambil idea ini, pemilik dan pengusaha kedai tersebut juga membuat tag sebegini untuk anaknya yang juga masuk Tahun 1.

*Setakat ini..pemadam berwajah "Nemo" sudah MIA..:)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...